Apa ada dalam Jerebu ?

Selamat mengharungi jerebu , saya kongsikan gambar jerebu pada petang sabtu 3 / 10 / 2015. Paling teruk rasanya di ampang. Saya yakin saya boleh harungi jerebu jika di bandingkan masaalah tak ada air. Di kesempatan sekolah yang asyik di tutup ni , boleh lah saya fokos meniaga untuk kurangkan stok baju di rumah. Biasanya tak sempat nak jual pun. Gambar jerebu tahun 2013 klik link . Amboi tiap tahun ada gambar. Isnin dan selasa sekolah di tutup ya. 

keadaan jerebu di ampang
keadaan jerebu di ampang  

Apa ada dalam Jerebu ?

sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.

Pencemaran udara atau jerebu  [ sunting sumber]

Semoga semua manusia tak kira mereka yang berada di negara jiran iaitu Indonesia dan Singapore atau Malaysia dapat mengharungi dugaan ini. Udara milik ALLAH s.w.t . Kita pinjam je .. udara sihat ke udara tak sihat ke , bukan lah milik sesebuah negara. Walau apa pun … saya merasa pelik. Pembenihan awan tak dapat di lakukan ke di Indonesia ya ?

Hurmmm …

Show 3 Comments

3 Comments

  1. tak terbela kita ni, kenapa indonesia tidak ambil kira kemaslahatan sejagat? dosa tu pada berjuta2 orang

  2. hampir semua kena berjerubu gara” oknum yang tidak bertanggung jawab membakar hutan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.