DUA lagu nyanyian dan ciptaan Yuna iaitu Penakut dan Gadis Semasa antara 12 karya dipilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-26. Dan penakut akan bertembung lagi dengan sedetik lebih. wow!
Turut tersenarai ialah lagu hits yang menjadi tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih karya Edry Abdul Halim nyanyian Anuar Zain,
selain lagu hasil ciptaan dan nyanyian Najwa Latiff , Cinta Muka Buku .
Aizat dan Faizal Tahir terus memberi saingan apabila lagu nyanyian mereka juga turut disenaraikan ke peringkat akhir. Aizat akan bertanding atas tiket lagu Sungai Lui, manakala Faizal menerusi lagu Karma.
Lagu lain ialah Kalau Berpacaran milik komposer Shohaimi Mior Hassan, Karma (Audi Mok);
Kisah Hati(Manusia Putih), Awan Nano(M Nasir), Beribu Sesalan (Kevin Chin), Kekanda Adinda (Monoloque) dan serta Wanita Seluruh Dunia (Boy Clifford).
Semua lagu yang berjaya ke peringkat akhir diumumkan pada separuh akhir ketiga AJL26 di Shah Alam, Jumaat lalu.
Ulasan mereka yang berjaya:
Yuna
“Selain bersyukur, tidak sangka lagu yang jadikan eksperimen ini dihargai. Saya ada mengharap tetapi tidak mahu terlalu tinggi. Apapun seperti peminat tahu, saya bekerja keras dalam melahirkan lagu saya dan amat sayu ia diiktiraf.
“Seperti lagu Penakut, ia sebuah lagu yang berentak perlahan dan ada korus sekali. Saya tidak jangka ia terpilih,” kata Yuna.
Monoloque(komposer dan penyanyi lagu Kekanda Adinda)
“Syukur lagu ini terpilih. Terus terang saya tidak jangka terpilih sebab saingan hebat. Banyak lagu lain yang saya lihat cukup kuat tetapi juri mengikut sistem penilaian yang tepat. Jadi ini masanya berentap dan membuat yang terbaik,”
Shuhaimi Mior Hassan (penyanyi kalau berpacaran)
“Maranya lagu ini ke peringkat akhir mengimbau kembali kenangan saya ketika menyertai program Cipta Ekspres MACP di Port Dickson. Saya selalunya lebih cenderung membuat lagu laju tetapi kali ini mereka paksa saya buat lagu laju dan ini hasilnya,”
Najwa Latif (penyanyi dan komposer Cinta Muka Buku)
“Syukur kerana lagu ini mara ke peringkat akhir. Saya akan membawa harapan peminat sebaik mungkin dan lagu ini juga adalah ilham dari kakak saya, Ika,”
Aizat( penyanyi lagu Sungai Lui dan komposer bersama abangnya, Anas)
“Saya sedia berjuang dan lagu ini turut dihasilkan abang, Anas dan saya sudah mahu mula memikirkan apa kelainan yang boleh dibawa masuk ke dalam lagu ini. Semua ini tidak diduga seperti mana saya menduga lagu Pokok akan ke peringkat akhir,”
Alyah ( penyanyi Kisah Hati)
Saya sudah bersedia bersaing dan berharap dapat memberikan satu kelainan kepada peminat nanti.
Projek Pistol (penyanyi lagu Wanita Seluruh Dunia).
“Ini pertama kali kami masuk AJL dan rasa teruja. Kami melihat ia sebagai landasan untuk mara ke dalam industri muzik.
INFO : Lagu ke peringkat Akhir AJL26
- Sedetik Lebih (Edry Abdul Halim/Anuar Zain)
- Penakut (Yuna)
- Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/Altimet/Ana Raffal)
- Karma (Audi Mok/Faizal Tahir)
- Gadis Semasa (Yuna)
- Kisah Hati (Manusia Putih)
- Awan Nano(M Nasir/Hafiz)
- Beribu Sesalan (Kevin Chin)
- Kekanda Adinda (Monoloque/Atilia)
- Cinta Muka Buka (Najwa Latif)
- Sungai Lui (Aizat dan Anas)
- Wanita Seluruh Dunia (Boy Clifford)













kat mna nak dapatkan tiket/pas masuk AJL nih nanti?
kenapa lagu pokok tak lepassss..
ohcikgu recently posted..Video Dokumentari Perjuangan Harimau Muda Majalah 3 (Sukan Sea Indonesia 2011)
byk lgu best2 nih .. sengit2 jgn hangit sudeh :p
Ummi Hanie recently posted..Comel & Unik ? of cozlah , special edition punya barang
Pasti ada kejutan di finalis AJL26. Saya jangkakan Projek Pistol boleh menjanjikan kejutan kerana lagu lain adalah biasa didengari.
Lagu muka buku pun boleh lepas.. macam mana tu ?
sabree hussin recently posted..Dua Kumpulan Pekerja Di Kalangan Ahli Dunia
tak tahu nak cakap lah sabree
saya pilih AWAN NANO…
CMRatu recently posted..Rekod Baru untuk Dunia CMRatu
yah awan nano memang best , tp saya lebih suka lagu kisah hati atau beribu sesalan hikhik
puanbee recently posted..Suara Sedap Betul Tak Padan Dengan Kecil , Artis Youtube Akan Datang kah ?
saya suka lagu aizat, sungai lui
Juan recently posted..Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM
sedap jugak ~
puanbee recently posted..Suara Sedap Betul Tak Padan Dengan Kecil , Artis Youtube Akan Datang kah ?
saya suka lagu Faizal Tahir…Karma
kimmie recently posted..Novel Contengan Jalanan – Hlovate
bila AJL tahun ni kak? dis weekend ka?
ainun recently posted..Contest Gadget Impian Anjuran Denaihati.com
januari lah ainun , ini finalist baru ..
puanbee recently posted..Suara Sedap Betul Tak Padan Dengan Kecil , Artis Youtube Akan Datang kah ?
rindu blog kak bee.. dah lama sy x datang.. hehe
Fakarepain recently posted..Lame aku tak update blog
bila peringkat akhir? saya suka sangat lagu sedtik lebih tu..
bardboo recently posted..Pos Barang Dari Malaysia
klu tak salah bulan Jan thn dpn
kimmie recently posted..Novel Contengan Jalanan – Hlovate
yup januari , ni lagu yg akan berentap untuk ke AJL tau belum tahu sapa layak ..
puanbee recently posted..Suara Sedap Betul Tak Padan Dengan Kecil , Artis Youtube Akan Datang kah ?
Suka Aizat…
ummiross recently posted..SMOOTHIE OH SMOOTHIE MEMANG BEST
cam x best ja tahun ni
haha sejak2 akhir2 ni anugerah apa pun dah tak rasa best sgt ..
puanbee recently posted..Suara Sedap Betul Tak Padan Dengan Kecil , Artis Youtube Akan Datang kah ?