Anti HFMD/FLU SPRAY dari THYMOS LONDON

Assalamualaikum dan hai semua … apa khabar ? sihat ke ? Saya dan sekeluarga allhamdulillah, beransur baik. Selepas satu keluarga di jangkiti demam dan flu , saya dah tak berani memandang enteng terhadap kesihatan anak-anak. Enam orang demam serentak bukan perkara mudah. Kerana takutkan tragedi ini berulang saya pun dah mula mencari-cari satu produk yang dapat membantu saya dalam memberi pertolongan memelihara kesihatan anak-anak terutamanya daripada terkena virus demam / flu mahupun penyakit tangan-kaki-dan mulut (Hand-Foot-Mouth Disease).

ANTI HFMD / FLU SPRAY keluaran dari THYMOS LONDON ini membuatkan saya sedikit
lega. Jika anak ingin ke sekolah saya spraykan sedikit mengikut dosage 4 semburan atas baju dekat bahagian bahu, dan juga tudung mereka. Maka mereka akan mendapat perlindungan sepenuhnya. Paling penting si kakak-kakak yang bersekolah ni. Jika terbawak balik virus habis jangkit pula adik bongsu yang masih kecil tuh.

Bukan main-main na virus demam ni. Di rumah saya semburkan di atas bantal , tilam ,
permainan , langsir dan sofa tempat anak selalu bermain. Diharapkan anak saya mendapat
penjagaan dan tiada lagi tragedi demam berjemaah di dalam rumah .. seram sejuk ibu tau.
Kadang tu kita rasa , alah demam je pun. Wehhh demam ada banyak jenis tau. Demam kuman ni memang susah nak baik. Banyak masa dan wang di laburkan. Siapa sanggup tengok anak sakit , tak selera untuk makan , muka semakin cengkung , badan semakin kurus . Tanya lah mana-mana mak di dunia ni. Siapa sangggup ? saya memang tak sanggup.

THYMOS – Merupakan spray anti HFMD / FLU. Ianya bertindak seperti sanitizer
namun dipermudahkan cara penggunaannya dengan cara semburan. Hanya spray dan tak perlu nak tuang ke tapak tangan. Banyak tempat boleh di spray, mudah dan cepat .


Tahukah anda ?

1. Satu SPRAY boleh mendapatkan 10 hari perlindungan dari kuman-kuman yang paling kecil dan merbahaya, seperti virus HFMD dan FLU.

2. THYMOS juga dapat membasmi serta merta 99.99% kuman HFMD ( Hand Foot
Mouth Disease ( EnteroViruses ) dan Influenza A/ H1N1 Virus

3. Bebas Alkohol , Bebas Paraben , Selamat jika terkena kulit, pH 5.5

Kotak memang kecik sahaja , botol pun kecik je … size purse je sumbat saja dalam handbag
jika nak keluar rumah. Sumbat dalam poket pn boleh . Janji senang tak memberatkan.
Maklumlah beg mak mak kan dah macam poket doremon lagi. Lagi pun 1 spray tahan 10 hari.

(Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang.

Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.)

Tapi kalau dah sembur dekat tangan , lepas tu cuci kena lah sembur lagi yekkk..

Model tak nak bagi kerjasama , maafkan hamba .. Ini budak ni macam dah nak demam.

Sebelum apa-apa baiklah ibu sembr dulu keliling dia. Haa ibu memang seram sejuk kalau
model ni demam. Habis lah kerja ibu tergendala. Musim hujan sekejap , panas sekejap ,
kadang-kadang ada kawasan di naiki air . Kita mesti sentiasa berjaga-jaga. Sediakan satu spray THYMOS Anti HFMD / FLU cepat.

Korang boleh beli di Watson dan Guardian terdekat . Di jamin berkesan. Bukan saya jamin . Di kotak tu tertulis CLINICALLY PROVEN dan CE certified. Jaminan ler tu kan.

Kalau nak tengok fb diorang pun boleh klik link di bawah ni.

 

FB : https://www.facebook.com/thymos.uk/

Link : https://www.thymosglobal.com/hfmdspray

Instagram : thymos global

GUARDIAN – thymos

Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/

https://www.facebook.com/enapakmalaysia/

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

One thought to “Anti HFMD/FLU SPRAY dari THYMOS LONDON”

Leave a Reply to Thenewsia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *