Anak Tak Pakai Pampers Dah

Akhirnya berjaya juga mengajar si laila ni supaya tak pakai pampers , semua anak saya berjaya diajar tak pakai pampers apabila umur mencecah lebih 3 tahun , tetapi anak saudara saya yang lain kebanyakkanya tak pakai pampers sejak berumur 2 tahun lagi. Tak tahu lah kenapa dan mengapa. Mungkin bergantung pada kerajinan mak – mak jugak.

Saya selalu drive kan , so memang susah jika laila tak pakai pampers , karang nak kencing dia kencing je dalam kereta , marah pulak kang si lelaki kacak tu.

Jadi sekarang ni makjang ada dirumah , boleh lah buat latihan tak pakai pampers di siang hari.

Hari Pertama

  • Ok ..kencing beri tahu , beyak pun beri tahu sebab mak dia pun rajin ingatkan.

Hari Kedua

  • Ok lagi .. semua dia beri tahu , mak dia pun selalu ingatkan “nak kencing pergi mana ?”

Hari Ketiga

  • Dia kencing , dan berak dalam seluar .. mungkin sebab maknya pun lupa nak pesan selalu , ingat dah boleh pergi sendiri , ingatkan dia dah ingat. Tapi tak ..laila masih perlukan pesanan dari mak dia selalu.
  • Nampaknya setelah 2 minggu ni pun saya masih kena pesan pada laila , nak kencing bagi tahu , atau nak kencing pegi mana ?
  • Pesan selalu
    Bermakna : pantang jumpa mesti tanya dia .

Sekarang dah 2 minggu laila tak pakai pampers siang . Bila malam je dia pakai .. itupun kalau boleh nak juga latih dia tak pakai pampers di waktu malam .. tapi laila pandai menjawab.

puzzle

Kenapa laila nak pakai pampers waktu malam pulak ? siang kan dah tak pakai..

  • Biar la… sebab .. laila sejuk nanti , kuat kencing
  • Biar lah .. sebab malam gelap , susah nak bangun
  • Biar lah sebab dah malam kena tidur , tak yah bangun.

Hurmmm ..tu semua alasan dia .. layan kan saja ..

belajar supaya tak pakai pampers

Asalkan siang tak pakai , dah jimat 5 keping pampers .. hehehe … korang macam mana pulak ?

Dua gambar dah di edit dengan instagram , saya sangat suka instagram sekarang ni …

(Visited 3 times, 1 visits today)
About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. Anak saya sii Adam 2 Tahun lebih siang dah tak pakai pampers…
    Bulan 8 nie genap 3 tahun…
    Tapi malam still kena pakai tak tau nak ajar camna lagi…

  2. bagusnya..anak akak 4 tahun br x lepas pampers..mgkin betul jgk ikut kerajinan si ibu…cam akak ni malas sket..hehe

  3. bagus tu. lama-lama dia akan biasalah tu.

  4. Sudah boleh berjimat dengan tidak lagi memakai lampin pakai buang. Anak saya abang yang berumur 8tahun masih lagi terlepas. :-)

  5. Hehe..macam mana la ank aku nanti..nk kena pesan seminit skali agaknya..hehe..pengalaman mcm ni memang sukar dilupakan…

  6. leh save cost..pki mlm jer.. :)

  7. pampers tu aper puanbee

  8. betul la! berbeza ikut tahap kerajinan mak dia la…. adam pun 3 tahun lebih. kawan2, ramai yang setahun lebih je, asal anak boleh cakap, terus train.

  9. baguslah. dah leh jimat banyak tuu..

  10. comey betul lailabee ni… kalo nis jumpe, kena cubit2 pipi… heheee…

    samelah, ank2 hanie pun atas umur 3thn baru free pampers… tp skrg ni dah mula pakai cloth diapers, byk juge berjimat… tak lama lagi giliran zaid la utk berlatih tidak pakai lampin… tinggallah sorang je lg yakni si bby huzaifah… haihh ramainye anak… :p

    • dia tk suka org cubit pipi , tp kalau bee suka ngacau dia … hehehhe

      tak pa anak ramai , kecik2 je agak renyah tp dah besar nanti best kan ..

  11. Malam elok pakai sementara dia baru nak belajar…siang tu mmg kena blajar lah tak pakai.- anak pakai cloth diaper dari kecik lagi.

  12. bulat mata laila, macam model korea pulak. biasanya malam ambik masa sikit supaya tak pakai pamper.

  13. Good girl…
    Takpe masih dalam proses tu, moga berjaya :)

  14. Banyak boleh jimat perbelanjaan kan PnBee.

  15. laila sangat comel!!, hehe..

Speak Your Mind

*