Anak mengigau malam

Pernah tak anak mengigau malam ? Anak saya Husna umur 5 tahun selalu sangat mengigau malam , selang sehari dia mengigau lah .. tak tahu betul dia mengigau atau tidak sebabnya satu hari tu terdengar dia bersembang dengan kakaknya bagaimana dia mengigau dan apa reaksi ibunya pada ke esokkan harinya. Itu yang buatkan saya rasa dia sedar bukan mengigau. Tapi kalau di tengok cara dia mengigau tu boleh bikin hati kita seram dan risau. Bukan ibu sahaja jadi seram sejuk , ayahnya terus pucat dan terdiam bila tengok Husna mengigau.

komuter kuala lumpur ke rawang

Saya cuba google pengalaman ibu-ibu yang ada anak mengigau ni , kebanyakkan nya anak-anak diorang mengigau menangis ter esak-esak. Beza dengan Husna .. cara dia mengigau setiap selang sehari tu sama je ..

Biasa anak-anak mengigau bercakap-cakap , bergaduh .. menjerit marah sikit-sikit macam diorang main itu biasalah , tapi sejak akhir-akhir ni husna mengigau lain macam je ..

Dia akan menjerit , buka mulut luas-luas , bunyi nangis dia tu memang lain dari tangisan biasa dia lah .. selalunya bila dia menangis dia akan menitik air mata je sambil esak-esak , ini dia menangis sambil buka mulut luas-luas , macam mana nak cakap entah. Lepas tu dia akan pegang bantal , sambil pulas-pulas bucu bantal tu ,  atau dia akan berlari keliling rumah sambil manangis , atau akan pusing dan langkah panjang-panjang dalam rumah sambil tunjuk kakak dia ,  meraung dan sebut kakak muka dia macam tu , kakak kaki dia macam ni . Apa-apa pun aduan dia dalam mengigau tu , dia tahu pula mana ibu dia duduk dan mesti jerit kakak. Tapi setiap kali dia mengigau mesti di tempat lain selain dalam bilik saya.

Husna ni kadang-kadang manja , dia memang tak nak tidur asing , dia kalau boleh nak mencelah juga tidur dalam bilik saya . Entahlah kadang-kadang saya rasa itu lakonan husna je , sebab lepas tu boleh tidur dengan ibu. Haha ..

Biasanya saya akan peluk dan suruh dia tidur ke bilik saya , dan pasang ayat kursi kuat-kuat di tepi telinga dia sampai dia lena…. kalau suruh tidur bilik saya dia akan pulih serta merta , kalau saya dan ayahnya macam cuak kan atau suruh dia tidur dengan kakak nya juga , dia akan jadi lagi teruk , gaya dia menangis dan berjalan tu lagi teruk. Entah lah nak percaya dia ni betul-betul mengigau ke saja nak tarik perhatian ?

Korang rasa macam mana ? Ada tips tak nak kenal pasti kenapa dia mengingau ?

Search

Comments

  1. Anak saya ada melalui pengalaman mengingau tetapi sekarang sudah kurang. Ada orang kata mungkin kepenatan bermain pada siang hari hingga terbawa-bawa ke dalam tidur.

  2. mungkin betul gak andaian akak tu yg dia berlakon je sebab nak tidur sekali dgn akak…
    bardboo recently posted..Gelagat Along AmmarMy Profile

  3. haha..kelakar jugak mengigau mcm ni…mungkin betul tu PB..sy puan ank2 tak besar lagi..biasa ngigau jerit2 jer..gaya bagai mcm husna tak de lagi..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #25 – Ukur Lilit 19 cmMy Profile

  4. saya pon x tau nak kata apa
    Juan recently posted..Masakan Tradisional Melayu – Resepi Ikan Siakap Tiga RasaMy Profile

  5. pelik jugak..anak saya mengingau nyanyi lagu 1 malaysia je..
    qadar recently posted..Kerjaya di KTMBMy Profile

  6. Budak2 skg ni kreatif…macam2 cara dorg buat utk tarik perhatian…
    Syamila recently posted..Orang SusuMy Profile

  7. akak yang biasa mengigau kata cowok
    sweetkurma recently posted..wordless wednesday – syukranMy Profile

  8. Salam, ntah2 nak skodeng mak pak tak hahhaah.

    Akak ada tgk tv9 ckp psl anak tidur asing ni, kata ustaz tu seeliknya umur anak 2 thn segera diasingkan tmpt tidur, takut nanti tertengok benda yg xpatut antara mak pak dia, bdk2 pandai berlakon, kita tgk mata rapat tido, tetapi tidak.

    Ini yg banyak ibu bapa pandang tingan, sbab tu bila anak2 ckp benda2 gini atau kias2 mesti diorg dh pernah nmpk heheee

    sekadar berkongsi apa yg akak tgk kat bual bicara tv9 (xingat program ape)
    yanmie recently posted..Kek Lapis SarawakMy Profile

  9. ace try geletek dia… ;)
    tips recently posted..Terapi Petang IsninMy Profile

  10. anak akak biasa mengigau bercakap dan menangis je..x de plak cam husna..mgkin jugak bee sekadar lakonan..kdg anak ni otak dia mcm2 idea..tp risau jgk kalau ada gangguan lain sebenarnya…hanya dia je yg nampak kan..mintak dijauhkan lah..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Adam & Hawa Episod 9 – 12My Profile

  11. ank2 nis mengigau cakap2 ketawa2 je…

    mungkin juga lakonan utk tarik perhatian kan? wallahua’lam, nis xberpengalaman yg mcm tu
    Ummi Hanie recently posted..Wordless Wednesday #53: Badut naik motorsikalMy Profile

  12. kalau masa ngingau mata betul tertutup, betullah ngigau. buat testing sikit. takde pengalaman yg hampir mcm ni nak share, yg bercakap2 memang biasa.
    Denaihati recently posted..11 September bermula kebangkitan IslamMy Profile

  13. basuh kaki sblm tidur. pesan org tua tua..
    muazfaris recently posted..PSY ajar Gangnam Style pada Britney dan EllenMy Profile

  14. selalunya anak mengigau kerana terbawa2 pada perkara yang mereka lakukan pada siang hari..

    sblm tdo Bee bagi susu panas + badam serbuk sesudu.
    amalkan mereka membaca ayat 3 QUL. insyaAllah.. akan berkurangan

  15. Budak kalau seronok sangat bermain disiang hari, biasanya malam mengigau! Berdasarkan pengalaman dan pengamatan keatas anak sendiri.
    anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #52My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge