Anak mengigau malam

Pernah tak anak mengigau malam ? Anak saya Husna umur 5 tahun selalu sangat mengigau malam , selang sehari dia mengigau lah .. tak tahu betul dia mengigau atau tidak sebabnya satu hari tu terdengar dia bersembang dengan kakaknya bagaimana dia mengigau dan apa reaksi ibunya pada ke esokkan harinya. Itu yang buatkan saya rasa dia sedar bukan mengigau. Tapi kalau di tengok cara dia mengigau tu boleh bikin hati kita seram dan risau. Bukan ibu sahaja jadi seram sejuk , ayahnya terus pucat dan terdiam bila tengok Husna mengigau.

komuter kuala lumpur ke rawang

Saya cuba google pengalaman ibu-ibu yang ada anak mengigau ni , kebanyakkan nya anak-anak diorang mengigau menangis ter esak-esak. Beza dengan Husna .. cara dia mengigau setiap selang sehari tu sama je ..

Biasa anak-anak mengigau bercakap-cakap , bergaduh .. menjerit marah sikit-sikit macam diorang main itu biasalah , tapi sejak akhir-akhir ni husna mengigau lain macam je ..

Dia akan menjerit , buka mulut luas-luas , bunyi nangis dia tu memang lain dari tangisan biasa dia lah .. selalunya bila dia menangis dia akan menitik air mata je sambil esak-esak , ini dia menangis sambil buka mulut luas-luas , macam mana nak cakap entah. Lepas tu dia akan pegang bantal , sambil pulas-pulas bucu bantal tu ,  atau dia akan berlari keliling rumah sambil manangis , atau akan pusing dan langkah panjang-panjang dalam rumah sambil tunjuk kakak dia ,  meraung dan sebut kakak muka dia macam tu , kakak kaki dia macam ni . Apa-apa pun aduan dia dalam mengigau tu , dia tahu pula mana ibu dia duduk dan mesti jerit kakak. Tapi setiap kali dia mengigau mesti di tempat lain selain dalam bilik saya.

Husna ni kadang-kadang manja , dia memang tak nak tidur asing , dia kalau boleh nak mencelah juga tidur dalam bilik saya . Entahlah kadang-kadang saya rasa itu lakonan husna je , sebab lepas tu boleh tidur dengan ibu. Haha ..

Biasanya saya akan peluk dan suruh dia tidur ke bilik saya , dan pasang ayat kursi kuat-kuat di tepi telinga dia sampai dia lena…. kalau suruh tidur bilik saya dia akan pulih serta merta , kalau saya dan ayahnya macam cuak kan atau suruh dia tidur dengan kakak nya juga , dia akan jadi lagi teruk , gaya dia menangis dan berjalan tu lagi teruk. Entah lah nak percaya dia ni betul-betul mengigau ke saja nak tarik perhatian ?

Korang rasa macam mana ? Ada tips tak nak kenal pasti kenapa dia mengingau ?

16 Comments

  1. akubiomed 14 September 2012 Reply
  2. bardboo 13 September 2012 Reply
  3. Hafizul 12 September 2012 Reply
  4. Juan 12 September 2012 Reply
  5. qadar 12 September 2012 Reply
  6. Syamila 12 September 2012 Reply
  7. sweetkurma 12 September 2012 Reply
  8. yanmie 12 September 2012 Reply
    • Syamila 12 September 2012 Reply
  9. tips 12 September 2012 Reply
  10. Ibu Mifzal Arsyad 12 September 2012 Reply
  11. Ummi Hanie 12 September 2012 Reply
  12. Denaihati 12 September 2012 Reply
  13. muazfaris 12 September 2012 Reply
  14. nurmisnan 12 September 2012 Reply
  15. anif 12 September 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.