Anak kucing nak cari mak & ayah baru

Share

Anak kucing terbiar sebenarnya. Kucing mana entah la datang rumah selepas saya balik dari melancong dalam negeri kelmarin. Kita pergi melancong , ada pula makhluk Allah melancung ke dalan rumah kita .. 😛  Berapa kali letak dia di luar , tau-tau ada dalam rumah semula. Asal buka pintu je kucing tu cepat-cepat meloloskan diri untuk masuk ke rumah. Kira cam penat la duk bergaduh dengan kucing tu .. last sekali letak ibu kucing tu kat luar jam 1 pagi .. dah penat .. saya pun tidur .. rupanya ada lagi ibu kucing tu .. Ibu kucing tu masuk ikut tingkap bilik aliya yang berlubang atas sekali untuk pengudaraan. Cerdik betul ..

Anak kucing untuk di bela
5 Ekor anak kucing  .. 2 jantan 3 betina ..muka bulat2 comel .. Lahir pada 10 / 12 /2012 sekarang ni baru 8 hari la umurnya

Esok pagi nya , aliya menjerit macam orang kena apa-apa , terkejut la juga .. duk ibu .. ibu .. pagi-pagi buta apahal kan .. Sekali dia cakap .. banyak nya anak kucing ibu .. pastu keluar pulak ibu kucing tu dengan muka tak besalah dari bawah katil. Rupanya kucing tu dah beranak di bawah katil aliya. Patut la dia tak nak keluar rupanya ibu kucing tersebut mencari tempat selamat untuk beranak. Berdarah-darah atas lantai , nasib la dia tak beranak atas baju – baju yang elok lagi tapi di simpan bawah katil tu .. kalau tak habis berbau ..

Lepas cuci kan darah kucing tu , kita orang nak keluar rumah .. sekali lagi pindahkan anak-anak kucing dan ibunya keluar rumah. Saya bukan apa ..risau dia beyak kencing dalam rumah tak lalu woii ..rumah atas kayangan faham je la ..

Bila dah letak luar , kunci pintu semua kucing tu merayu .. mengiau kuat sungguh ulang alik dari anak dia ke pintu rumah , lepas tu kejar saya .. pegi ke anak dia , lari pulak ke pintu rumah ..

Saya pun tak sampai hati , angkat balik letak dalam rumah .. kesian tau .. Si ayah budak2 ni marahkan saya . “Ada ke kucing dalam pantang nak buang-buang ” .. erk ?!

mak angkat kucing di cari Ai malu tau .. tengok bulu ibu kucing ni kembang di jugak ..

Saya cadang nak jaga sampai anak kucing tu cerdik sikit lepas tu nak bagi orang je bela .. memang tak boleh bela .. 5 ekor tu .. rumah kecik atas kayangan nanti bebau dan saya pun tak ada masa nak duduk rumah jaga anak-anak kucing tu . Esok ni sekolah di buka dah sibuk jadi driver ke sana ke sini.

Lagipun saya tak pandai la bela kucing , ayah nya dan aliya jek suka sangat dengan kucing ni. Saya kesian tapi tak sampai tahap nak tidur dan bela kucing .. siyes ..

Kalau lepas keluar takut orang buat apa-apa tak elok pulak kat kucing-kucing ni .. di lema betul la .. Dulu pernah jumpa kucing , selamat dah bawak balik kampung bagi kat orang .. kalau bawak balik ke kampung lagi mak marah pulak nanti , banyak kali sangat bawak balik bagi mak hehe .. mak duk merungut tak larat nak bagi makan dah .  Ingat lagi 30/01/2011  ada juga selamatkan anak kucing – Ini cerita dia ..  —  >  

Tak cukup anak 3 , Nak tambah lagi..

Siapa nak ? email saya tie2kay@gmail.com lokasi ampang KL ..

P/s : Ayah bebudak ni cukup la marah kalau ambik gambar kucing , dia cakap kucing tu akan cepat mati .. betul ke ?

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

29 Comments:

  1. Pingback: Mandulkan Kucing Di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Taiping | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  2. Pingback: Borong makanan kucing , stok 3 bulan | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  3. Pingback: Berapa harga sangkar kucing anda ? | Puanbee.com | Diari Ibunda

  4. Pingback: Waktu sesuai mandikan anak kucing | Mom Blogger & Lifestyle

  5. Rezeki Allah nak beri… fikir mcm gitu je… pelihara le kucing tu sekurang2nya sampai dia boleh berdikari….
    e… bukan gambar je, video pun ada… setakat ni Alhamdulillah sihat2 je kucing-kucing tu tengok kat blog dia org danggebu.com

  6. comel comel kucing…
    geram tgk..!

  7. comel-comel anak kucing tuh…betul tuh PB, agak-agak dah besar sikit boleh kot serahkan pada yang berminat…:)

  8. Banyak kucing terbiar sekarang ini. Mungkin kita perlu fikirkan untuk mula mengambil tanggungjawab membelanya. Kalau tidak, habis segala barang dalam rumah digeledahnya untuk mencari makanan.

  9. Wah ada keluarga baru. Kena cari kotak untuk letak anak kucing.

  10. hahaha…kucing pun ada pantang tu…. 🙂 kucing ni comel…..tambah kalau yg baru lahir…. tp dalam suka tu x mampu lg nak menjaga…. kot terabai nanti … kesian….

  11. wow comel betul kucing ni…bertambhla anak kak bee hehe..tangkap gambar boleh mati cepat??mungkin itu hanya mitos jer kot….cuba tengok papa hero Malaysia…dia tangkap gambar kucing nya takder apa pun…

  12. Alahai comelnye kucing-kucing tu. Tapi tak terjaga pulak nanti. Dulu ada jugak orang tua-tua pesan kalau ambil gambar kucing, hayat dia tak lama. Tapi sahih atau tak tu, wallahu’alam..

  13. kakak saya pun suka bela kucing.saya suka kucing tapi nak ambik bela memang tak la.lagi2 saya ada anak ni.tak nak la ada kucing katrumah.saya pulak jenis pemalas..kalau berak kencing,mau saya jerit suruh kucing tu basuh sendiri..hahah

  14. Alhamdulillah..baiknya nawaitu Bee, moga diberkati Allah SWT niat baik Bee tu. Masa MAHA baru ni, jumpa persatuan yg kutip kucing terbiar dan jaga kemudian bagi pada sapa2 yang nak buat ‘anak angkat’, yang bertugas hari tu semuanya agama dan bangsa lain, prihatinnya mereka.

  15. kami dah ada 2 ekor kucing betina yg dibela kat luar rumah. sy tak berapa minat kucing jugak tp dah ada yg lain yg minat nk jaga kucing2 tu kat rumah ni.

  16. comelnya kucin2 ni ..huuuu… cute sgt

  17. ujian tu puanbee, akak pun sebenarnya tak rajin dengan kucing2 ni, tapi lagi tak suka lah dia datang, nasib baik rumah atas tanah, jadi kucing2 tu duk luar jer, luar rumah pun lapang, jadi kucing tu rasa selesa lah…

    mudah2an ada rezeki Allah kerana kesabaran puanbee kat kucing2 tersebut

  18. comelnya anak-anak kucing tuh,,

  19. macam dah serasi je kat rumah pbee. kalau letak luar, takut2 kena baham dgn kucing jantan lain. x pe, bela sementara, mudahan bertambah2 rezeki.

    • aah… betul kata DH… deme rasa serasi le tuu…

      rumah nis pun slalu jadi tempat tumpangan kucing baru lepas bersalin. kat stor luar rumah tu. tp mmg tamau bela…

  20. Apa- apa pun akak jaga dulu…msukkan dalam kotak je..jgn risau sbb kucing dia x berak tempat tinggalnya..yg si kecil lak lau die org yak nnt ibunya jilatkan^^…orang kata tiap kali kucing dpt beranak diumah, murah rezeki kot hihi…

  21. carnationbeauty

    alahai comelnya kucing-kucing ni. try minta tolong dekat papa hero. nanti papa hero boleh iklankan untuk adopt kucing. nama fb papa hero Mohd Hairey Yahya. tapi sebenarnya, lagi molek kalau kita bela sendiri. ada juga yang jaga rumah dari serangan cik ti.

  22. jaga je dulu, biar anak2 kucing tu besar sikit bru bagi kt orang..

  23. Comelnya anak kucing tu, saya memang suka kucing tapi kat umah ni tak boleh pelihara kucing. Pernah dengar juga!, pasal tak boleh snap pic kucing nanti kucing tu mati. Kadang2 secara kebetulan jer Akak.

  24. baka comel jugak ni. sama kes macam saya dulu, balik dari cuti tengok2 ada kucing baru beranak 4 ekor kat belakang rumah. mata tak boleh lagi. ambik bela sampailah dah jadi anak kucing nakal berlari2 dalam rumah. tapi yang sedihnya lepas sekor, sekor mati sebab saya tinggal agak lama balik cuti raya sampai 2 minggu. diorang kena penyakit.

  25. mama3hero punya cerita

    haha..sabo je la bee..tggu pas abes pantang bru lepaskan mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *