Anak ku Syamim , jadi lah lebih lagi ..

Anak ku Syamim , jadi lah lebih lagi ..

Assalamualaikum dan hai semua, tetiba keluar tajuk macam tu kan? Bukannya apa, semua ni terjadi gara-gara tertengok iklan terkini Dugro di Youtube dan televisyen baru-baru ini. Tajuk iklan tuh ” Dear Mom ” dan saya rasa budak comey tu seperti anak sendiri ja. Memang tersentuh kalau anak kita buat sesuatu yang sweet sangat tu. Sebagai ibu, mesti setiap orang ada pengalaman moment terindah bersama anak kecil kita kan? Jom share moment indah tu dengan saya.

Saat saya menulis ni teringat pula gelagat si Syamim, agak susah nak luahkan dengan kata-kata, tapi saya cuba lah yer. Syamim ialah satu – satunya anak lelaki , yang 3 lagi perempuan dan dah besar. Boleh dikatakan semua orang dalam rumah ni sayang sangat dengan Syamim. Syamim ni pula jenis kanak – kanak yang suka berceloteh. Dia punya bodek memang boleh buat orang cair. Pandai memujuk dan sangat-sangat berterus terang. Dalam nakal dia, dia boleh agak masa mana ibunya tengah marah dan masa mana ibunya tengah mood baik.

Kadang-kadang geram juga. Di saat kita tengah naik angin puting beliung dan marah si kakak bertiga, dia datang dengan senyuman sambil buat suara sengau “sayanggggg ibu”… kemain pandai membodek. Sampai ayah dia selalu ajuk cara dia punya sayang tu. Kadang-kadang bila Syamim sendiri sepahkan mainan dan ibu buat muka garang sikit, Syamim terus kemaskan mainan dia. Dia punya jujur tusiap boleh tanya, “Kenapa marah amim tadi? Ibu tak sayang amim ke?” Masa dia tanya soalan macam tu, memang cair lah awakkk … cair sungguh-sungguh.

Mesti akan ada adegan peluk-peluk pula. Dia punyalah manja. setiap kali nak tidur, ajaklah masuk bilik, tolong tutupkan suis tv dan mesin jahit dan tak bagi ibu buat kerja dah – “Stop lah ibu.” Ya ampun, sifat caring Syamim mengalahkan ayah…

Ayahnya pun kalah. Ayah pula memang kerja jauh-jauh, jadi dia lah pengganti ayahnya. Syamim selalu buat lagak. Macam mana nak cakap ekk… dia, kalau jumpa bunga ke box cincin ke, dia suka sangat buat gaya macam nak melamar,siap melutut sambil bagi benda tu seolah-olah hadiah untukibunya. Kadang-kadang tu,tak ada apa pun dalam kotak tu. Kadang-kadang tu bunga plastik je dia bantai bagi ke ibu. Tergelak besar kalau teringat telatah Syamim ni.

Syamim lah yang paling sweet, yang pujuk ibu dikala ibu tengah stress, yang tak bagi ibu kerja lewat malam dan yang menjadi peneman semasa kakak-kakak pergi sekolah. Masa begitu cepat berlalu, dah 4 tahun dah umurnya – pejam celik pejam celik, dah besar. Saya kadang-kadang tu fikir, semoga perangai ambik berat terhadap perasaan orang lain dan caring ini berterusan sehingga dewasa dan berkahwin nanti. Senang anak isterinya. Bangga ibu tauuu …

Sebut pasal iklan Dugro korang dah tengok? Korang bagi susu apa kepada anak – anak? Macam saya memang beri susu Dugro je ke Syamim sejak dia dah masuk 3 tahun dan Syamim serasi dengan Dugro. Bila minum susu Dugro, Syamim jadi berselera makan dan senang ke tandas. Masalah Syamim kalau tak sesuai susunya, dia sembelit.

Buat Backpack istimewa & Jadilah Lebih Lagi di roadshow Dugro

Baru – baru ni saya dan anak – anak sempat singgah ke roadshow Dugro di 1 Utama Shopping Mall di Petaling Jaya. Di sana kami dapat meluangkan masa rmain game dan menyertai sesi bergambar sekeluarga. Sayangnya ayah tak ada… jika tidak, lengkap lah gambar kami sekeluarga. Tetapi tak mengapa, anak – anak happy dan enjoy dengan game yang disediakan. Disamping itu, dapat mempelajari jenis – jenis vitamin di dalam susu dan kebaikan minum susu.

Saya juga sempat mendesignkan sebuah backpack dengan pembelian 6 bungkus susu Dugro 900g di roadshow tersebut. Backpack dengan sulaman nama anak dengan nota khas buat anak kecil kita sangat cantik dan sweet. Sesuatu yang sangat berharga, saya rasa.

Jika anda berminat hendak dapatkan backpack istimewa ini, para ibu perlu membeli susu Dugro 900g di roashow yang dijalankan di seluruh Malaysia. Jangan lupa like fan page Dugro di Facebook untuk mengetahui info semasa tentang roadshow ini, atau melayari website Dugro di http://www.dugro.com.my/

Syamim telah pun dapat backpack yang kebetulan warna kegemarannya, iaitu hijau. Memang dia suka hijau jadi ibu pun pilihlah warna hijau. Selain tu, ada warna merah juga. Merah pun cantik.

Saiz sedang elok dengan badan anak-anak berumur 6 tahun ke bawah. Boleh guna pergi tadika, taska atau dibawa rjalan – jalan. Ada nama dia…. penting tu!

Syamim memang suka buat mimik muka.

Nota khas dari ibu untuk Syamim. Dapatkan untuk anak kesayangan korang sekarang …Duhai Syamim permata hati ibu, kekasih jiwa ibu jadilah lebih lagi naaa ..

Susu Dugro ada pelbagai variasi. Pilih je rasa kesukaan anak korang. Di roadshow Dugro itu juga, boleh rasa semua perisa yang sedia ada. Syamim tak ada lain dan dia memang suka perisa madu sahaja.

Dugro Dear Mom TVCLINK

Like fanpage Dugro di Facebook atau melayari website Dugro untuk mendapatkan info tentang 259 roadshow yang sedang di adakan di seluruh Malaysia: LINK

Website Dugro :

Website Dugro : www.dugro.com.my

Info promosi, backpack dan roadshow: LINK

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

3 Comments

  1. Memang semua mak ayah sangat inginkan anak berjaya dalam hidup
    .
    Semoga anak puan bee, adik Syamim berjaya dunia dan akhirat
    .
    Buatkan mak dan ayah bangga dapat anak soleh macam ni

  2. Wah anak tu minum susu yang banyak…. Mestilah kuat badannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *