Anak dan Teknologi

Share

Mungkin di sebabkan ibu nya seorang blogger yang terdedah dengan dunia teknologi dan gadget , jadi anak-anak turut sama suka dengan teknologi dan gadget ni. Saya ada pengalaman dengan anak-anak yang telebih suka dengan gadget ni. Laptop saya telah beberapa kali rosak apabila anak-anak keterlaluan bermain laptop. Percaya lah .. anak saya masih kecil dan berminat sangat. Kamera DSLR , Smartphone , Laptop , Tablet .. semua mereka dah pun mula berjinak-jinak menggunakan nya , walaupun saya tak pernah ajar mereka.

kanak-kanak suka gadget

Dating dengan blogger semalam , hubungan erat di luar talian. Lebih senang begitu …. BLOG KONGSIBERSAMANORA

Dulu tak ada password untuk kesemua gadget saya , sekarang semua kena letak password dah la tu .. kena letak password panjang berselang seli antara huruf + nombor. Kalau guna password biasa-biasa seolah-olah tak pakai password , diorag pandai .. ada cara untuk dapatkan password tu ..

Antaraya hafal apabila ibu buka password dengan menyorok di belakang ibu. Sunguhh grrrr jugak. Bila dah dapat password mereka tak henti-henti men install game dan applikasi. Diorang tahu di mana nak install applikasi itu sama ada iphone , google play dan juga window 8. Diorang tahu . Berbeza ayah pula semua tanya ibu dia macam mana nak guna smartphone.

kisah anak-anak suka gadget

Entah la orang lain macam mana , tapi untuk anak saya memang saya kawal , dulu mula-mula saya kurang kawalan .. mereka seolah-olah tak boleh fokos ke benda lain. Mata tertumpu pada gadget walau tengah makan berjalan. Jadi sekarang saya kawal .. main di atas kebenaran ibu sahaja. Semasa keluar dari rumah atas sebab nak anak duduk diam. Atau dah memang tak ada permainan lain atau kawan untuk bermain.

Kalau tak tegas bahaya oiii .. pernah anak hantar mesej di app line , beri tahu ibu tak ada pergi klinik dan ayah tidur .. bahaya tak ?

eii seram .. sekarang kena pantau.

Rasanya nak hantar diorang ni ke kelas komputer dan jadi programer komputer je. Dah minat sangat kan .. salurkan ke arah positif .. insyallah.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

25 Comments:

  1. Terbaiklah. Ada kawalan yg tegas, insyaAllah semuanya akan baik2 jer..

    Seronok betul tgk adik beradik tu..hoho

  2. Anak-anak zaman sekarang. Dah tak berminat outdoor activities lagi. Lebih baik dok rumah, main gadgets.

  3. hehehe anak2 ini lahir seiring dengan lahirnya teknologi gadjet

  4. budak2 zaman sekarang ni.hehe. mesti tak kenal mouse nanti.hehe

  5. Hehe. Menarik idea hantar jadi programmer tu.

    Btw, pandai dah tu boleh hantar mesej.

  6. generasi gajet dah skrg kak. budak umur 2-3 tahun pun pandai main game apps.

  7. Mrk lahir dr generasi y yg celik mata dh trdedah dgn gajet2 n ict tu. Kt sk pn seawal thn 1 mrk dh diajar tmk malah penggunaan chrome book mkin brkmbang. Brtuahkn mrk cuma perlu kawalan krn kesan jangka pjg yg xelok utk kesihatan.

  8. sama macam maisara la..mujur ayah dia sedar dia macam ketagih nak main game la,nak melukis guna paint la..sekarang ni tak de dah..dia boleh guna laptop je..yang lain tak boleh.laptop pun guna hari sabtu dan ahad je…takut jugak sebab dia dah nak sekolah ni..nanti malas nak buka buku…lagipun kalau rosak jenuh duit la..heheh

  9. Apa yang saya lihat.. anak2 Bee ni cerdik dan aktif.
    bukan saja tentang komputer tetapi mainan sukan juga
    mereka aktif. Nasib maknya tengah buyung. Kalau tak lama
    dah anak2 ajak main teng teng… kih3…

  10. Generasi Y sudah tidak boleh elak dengan letusan teknologi.

  11. Kadang diorang lagi pandai/cekap dari kita dengan Gajet ni kan 😀

    Tp memang kena pantau, takut nanti2 kan..

  12. Adam pun pandai. Yang bestnya, dia boleh search di youtube dan google. Cari info. Banyak dia belajar dari youtube. Belajar strategy game

  13. anak-anak sekarang membesar ikut arus globalisasi. memanglah tak sama macam zaman kita dulu..

    bukan ke masa kita mengandungkan mereka, kita guna semua gajet-gajet yang berkenaan? jadi tak hairanlah jika mereka pandai gunakan. memang dah biasa sejak dalam perut lagi 🙂

  14. hahaha bijak anak sorok belakang mak dan hafal password yg mak taip, hehehe

  15. nak larang 100% memang tak boleh dan tak sesuai zaman ni. kawal yang terbaik, kalau password pun tak boleh, simpan jelah.

  16. Anak saya yang berumur 4 tahun saja sekarang senangnya main gadget dan kadang tanya..ayah kok main FB terus…?!?
    Kadang malahan tanya apa itu FB yah…kok banyak foto teman ayah, anak-anak teman ayah dan sebagainya.
    memang beda dengan jaman kita dahulu

  17. Anak jaman sekarang bisa sangat dimanjakan dengan banyaknya teknologi dari gadget. Gadget bisa memberi pengaruh positif dan negatif, tinggal kita orang tua harus mampu mengarahkan anak agar bisa mendapatkan hal positif dari perkembangan teknologi ini …

  18. Budak2 zaman skrg lbh advance dr kita…risau jugak dibuatnya , sb tu yg kat rumah ni sis tak bagi pun semua tu..nak pegang time sis ada je kat sebelah , lbh2 lg bila dh umuq 9 tahun ni..mcm2 dh depa belajaq gan kengkawan kat sek

  19. Terror gak anak-anak kak bee, kecil lagi dah pandai guna gadget… sebab saya tgk ada anak mak cik saya tuh, umur 6 tahun tak berapa pandai guna gadget walaupun ibu dia tak kisah kalau dia nak main pun…

  20. budak2 sekarang cepat pandai..dah zaman dorang kan..

  21. Samalah dengan anak-anak saya Kak Bee… Pantang jumpa gedget, pasti takkan lepas kan peluang nak guna…. Mereka lebih expert daripada saya bab-bab bermain game walaupun sorang baru berumur 6 tahun dan seorang baru berumur 4 tahun…. Cuma baby yang baru berumur 17 hari, yang belum tahu guna sebarang teknologi lagi… hehehe

    • sama umur dengan anak saya yg 6 thn dan 4 thn tu , si kakak kurang masa dengan gadget ye la dia sekolah pg dan ptg kan ..

      wuu risau juga kan ? terlebih pandai … la ni pandai pergi youtube search kartun kesukaan , walaupun ejaan tu tak berapa pandai ..

  22. haha.. bahaya tu bee buleh sembang dgn org asing…

    kami buh gak password kat ipad.. kat henfon x letak.. sbb depa dah x heran sgt.. kira boleh kawal lagilah juga ketagihan gajet tu. ummi garang sikit :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *