Anak-anak main bunga api

Setakat main bunga api je la yang boleh ye . Mercun tak boleh ye sayang-sayang .. bahaya sikit .. kalau setakat pop-pop tak pa. Anak-anak tak minta pun bunga api ni , ayah nya pula beli lepas tu kirim mesej suruh bagi anak-anak main bunga api. Kesian .. hati tu ada nak bersama-sama anak-anak untuk memeriahkan bulan puasa dan raya ni , tapi kerja untuk mencari nafkah tu lebih penting. Bulan puasa ni ayah kena kerja lebih , tak jumpa anak-anak sangat , ayah balik anak dah tidur.

bunga api

Shopping raya pun ibu bawak sendiri je , ibu mengandung dengan anak 3 yang masih kecil  .. kecoh kedai tu …  itu baru belikan baju je , tudung dan kasut tak beli lagi .. tu pun dah terasa lomah badan. Sehari pilih baju .. wahh banyak kerenah pula tu anak dara bertiga ni. Diorang aktif macam biasa. Kalau ada ayah senang sikit nak uruskan diorang ni . Ayah cakap ambil .. ambil.. kalau ibu cakap ambil .. banyakkkkk komplen.

laila

Berbalik kepada kisah main bunga api.. diorang ni main bunga api tak macam ibu main dulu .. kalau ibu kemain lompat-lompat sambil pusing bunga api tu sebesar-besar yang boleh. Nyanyi pula lagu ” selamat hari raya , aidilfitri mulia ” ulang 2 ayat tu je sampai ke sudah. Lepas tu boleh pula potong bunga api tu dan baling-baling macam mercun kan.

Diorang main ala-ala sopan .. yang husna duduk besila .. bakar dan tengok je bunga api tu terbakar. Aliya duduk bertinggung pun sama , tunggu je bunga api habis .. laila pun .. pegang bunga api takut-takut  , kejap je .. lepas tu dia campak .. tak sempat habis tebakar … takut sungguh dia rasa.

saya ? memerhati dan geleng kepala .. ye la nak suruh lari pusing-pusing pun tak ada padang yang lapang , main di koridor je .. buat terkena anak orang susah juga.  Terima je la … haha .. ada pun seorang 5  batang je …. mana ayah diorang dapat tak tahu la.

Sibuk buat kuih raya la , mak order minta bawa balik .. sonang mak den .. hehehe

Comments

  1. kat mana ada jual bunga api.. kat sini macam susah je nak jumpa berbanding tahun lepas….

  2. Main bunga api secara sopan??
    hehe..
    Alaaa..
    Dah hilang keseronokan main bunga api kat situ..huhu

  3. Tahun ni keluarga tak main mercun dah. Bunga api pun tiada ni.

  4. best la kanak-kanak sekarang yekk..

  5. wow dah main bunga api dah

  6. Wah, meriah sekali ni menikmati malam bulan ramadhan sambil menyalakan bunga api, ramadhan jadi makin berwarna ….

  7. heheh.. kaku je kannn.. berani sgt pun xboleh. api tu. melecur nanti.. tapi siyes la aku dulu pun dapat bunga api kemain melompat.. menari2 jugak… kalo dah dpt di luar malam2 tu masuk rumah pun tak nak dah… main puas2… time raya dulu pulak sama dgn gong xii fa chai.. ada serangga tu.. “riang2” ha.. apa lagi berani2 tajut tangkap masuk dalam plastik,pusingkan dia.. sampai pening.. weeeenng… weeeenng.. weeeenng dia bunyi.. hahha.. (modal main lepas bunga api habis di bakar)

  8. hehe..baik-baik main tu nanti jangan sampai terkena jari..

  9. rindu nak main bunga api 🙁

  10. main bunga api baru sampai dia punya feel raya…hati-hati

  11. Alahai teringin sangat nak main bunga api ni, nak2 yang jenis boleh sangkut kat pokok tu. Jaga-jaga takut bunga aapi ni risau terpercik kat mata je.

  12. Kena hati2 walau bunga api… mak2 jangan terlepas pandang..

  13. Macam 2 kerenah anak anak akak ni. .. pasti meriah suasana dkt rumah akak. ..

  14. dulu-dulu, panggil bunga api pateri, patah, bakar dan baling…terbang bunga api tu. sekarang tak nampak dah, bahaya.

  15. Yang paling seronok main bunga api batang dawai. Bengkokkan dawai dan boleh sangkut kat mana-mana. Ada lagi ke bunga bunga api jenis tu?

  16. Seronok adik beradik main bunga api. 🙂

  17. saya agak khuatir anak-anak main bungai api..

  18. hati-hati ye..nanti tak beraya pula.

Speak Your Mind

*