Amalan memakan kurma ketika mengandung dan untuk kanak-kanak.

Semua orang dah tahu khasiat kurma mungkin ? tetapi masih tak amalkan .. rugi laaaa .. sebenarnya dalam rumah saya kurma bukan lah sesuatu yang lain , kerana stok kurma memang sentiasa ada di rumah. Jika anak-anak nak makan kudapan , diorang buka peti ais jumpa kurma je . Kurma ni dapat memberi tenaga dengan pantas. Kandungan serat yang tinggi , di samping dapat mencerdaskan otak anak-anak dan juga kita orang dewasa. 

Tapi kenapa selalunya orang fokos ke ibu mengandung dan kanak-kanak sahaja ye ? orang lelaki dewasa lagi la sepatutnya amalkan kurma ni. Almaklumlah . .. mereka berkerja keras ,siang dan malam mesti perlukan tenaga dan kesihatan yang baik.

KURMA SITI MARIAM

Kalau nak tahu , anak-anak yang duduk di pusat TAHFIZ tu makan kurma hari – hari untuk menguatkan daya ingatan .. sebab tu la bacaan Al-Quran nampak senang dan lancar.

Selain dari itu kurma juga dapat mengurangkan darah tinggi dan juga membuang racun dalam badan. Apa yang saya faham racun bukan lah jenis racun tikus ke .. Racun yang kita dapat dari makanan juga, contoh keropok dan mee segera dan segala jenis jajan . Ianya membuang semua bahan tak elok dalam badan. Tapi memang kena amalkan la.

Seperti madu , kurma juga susah nak dapat yang betul-betul , asyik ada je yang tak kena susah betul nak dapat kurma original.

Jadi semasa membeli kurma haruslah berhati-hati. Saya beli kurma timbang di kedai yang memang import makanan arab.  Seronok sembang pasal kurma dari diorang. Terdapat pelbagai jenis kurma . Kurma kurang manis pun ada tau .

Ada dua jenis kurma yang jadi amalan adalah kurma Siti Mariam dan Kurma Nabi. Kedua-dua jenis kurma ini ada kisah tersendiri.

Comments

  1. baguih bee… nis ni mkn masa bulan posa ja… haha…

  2. Sama dengan saya. Kurma sentiasa ada kat rumah dibeli satu kilo setiap kali di kedai Kurma kat Shah Alam. Memang bagus kurma ni…info menarik dari admin…TQ

  3. Memang bagus kalau makan ikut sunnah Rasullah…
    Selalu beli kat masjid negara hari jumaat… Madu pun kena beli..

  4. kita blend kurma dengan oats PB. Sedap macam nestum..memang jadi favorite everyday..

  5. saya pun suka kurma, tp lepas raya ni susah nak cari

  6. Kurma sudah diketahui banyak khasiatnya menurut kajian ia memberikan pemulihan tenaga serta merta.

  7. sekarang nak dapat pun senang, sepanjang tahun ada. jom la kita amalkan makanan sunnah ni.

  8. saya suka kurma yang dalamnya boleh makan skali..

  9. kurma sedapnya buat jemputt…

Speak Your Mind

*