Alat untuk lancarkan saluran air di bilik mandi

Bila bilik air tiba-tiba airnya perlahan menjadi masaalah juga bagi saya yang tinggal di atas kayangan ni , lantai rumahku adalah bumbung rumah orang lain. Jadi tak boleh ketuk sebarangan , tak boleh repair sebarangan lagi-lagi bahagian bilik air mahupun tandas. Dulu kecik-kecik duduk rumah kampung , tak pernah pun rasa semua ni…

Ini adalah tips rumahtangga yang mungkin ramai tak tahu.. selepas saya baca blog makcik kujie tentang cara tampal periuk bocor saya tergelak. Oh tips tu saya dah tahu lama dulu , dek kerana suami sendiri buat kerja-kerja maintainence menggunakan benda alah tu. Tetapi ye lah .. tak terfikir nak berkongsi kepada umum sehinggakan susah pula makcik kujie mencari petua untuk tampal periuk nya yang bocor.

Alat untuk lancarkan saluran air di bilik mandi di bawah ni. Pernah tengok ?? Boleh di dapati di kedai hardware ataupun DIY berdekatan rumah anda. Nama alat ni saya lupa dah.

petua bilik air tersumbat

Kadang-kadang benda remeh temah tak suka juga nak cari orang lain untuk betulkan , contoh macam lampu ke .. sinki tersumbat ke .. macam tak suka la panggil orang datang rumah semasa ketiadaan suami.

Lagi pun boleh buat sendiri… Alah .. orang perempuan saja je tak nak tunjuk pandai, bukan tak pandai .. habis kalau perempuan pandai sangat nanti suami rasa tidak di perlukan pula.

Cara nya :

Ambil bahagian hujung masukkan ke dalam lubang aliran air yang perlahan tadi , tak sesuai untuk tandas kot ( geli )

2013-07-07 12.35.28

Gunakan bahagian pemegang dan putar perlahan. Bahagian hujung tadi akan berpusing menyebab kan apa yang ada di salam lubang akan terlerai  ( agaknya).

Kadang-kadang bukan apa yang ada dalam tu , rambut .. pernah jumpa pisau cukur , chewing gum , sticker pelekat anak-anak , pemadam , benang , kertas ..

Itu semua kerja anak-anak baru nak membesar …

2013-07-07 12.36.47

Air akan begerak laju selepas pemegang atas di putar , macam pusar pun ada .. dan bermakna masaalah air tak lancar tak ada lagi … tunggu la anak mana pula buat perangai nakal tu ..

Tergelak bila fikir kan perangai anak-anak ni.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

32 Comments:

  1. Dah penah guna n berkesan.. Tp pinjam kat tmpat keja.. Bila dah tukar syarikat.. X tahu nk beli kat mana…dah cari still x jumpa… Ermmm… Susah betul kalau paip tetsumbat nih….

  2. saya ade beli besi ni…da try buat…tapi xjadik ape2 pun…cmne ye…

  3. wahh,,info yang menarik sekali,,lubang air saya juga sering mampet.

  4. Teringat dulu, masa dekat asrama saya tinggal dekat apartment. Ada masalah macam ni saya panggil maintenance datang haha. Dah la orang atas ketuk suka-suka hati dia je sampai pecah paip tangki hala ke bawah. Nasib baik bukan paip taik tu, kalau tak, terus pindah la saya..

  5. oo..barulah tau kegunaan alat ini..mmg x pernah tgk pun..biasalah bdk2 kalo mandi..ank akk suka bwk kertas dalam bilik air kalo mandi..dia suka basahkan,pastu kasi hancur..pastu masuk lah dlm lubang tu..sabu je la kan

  6. dulu2 pakai pump yg kaler hitam tu kan

  7. eh same lak problem kita… abis banjir bilik air time mandi…

    kena cari kat DIY ni

  8. Uui…biar betul skali pandang tadi,ingatkan skipping rope nampak gambar ke2 baru nampak jelas…!

  9. kalau kat umah ni suami cuma guna besi halus tu je..
    biasanya memang rambut la..rambut saya la tu..hahaha

  10. Dulu masa duk kuarters mmg ada alat ni… kali pertama beli handlenya tercabut… cik abg marah marah2 katanya tak berkualiti la apa la…. bila saluran air tersumbat la, terpaksa jgk cari yg lain benda alah ni….. sekarang dah duk umah teres benda tu pun tah hilang ke mana masa pindah dulu

  11. Kat rumah ni pun memang ada Alat macam Puan Bee tu, pertama kali tengok suami guna baru tahu fungsinya.

  12. Bro kalau jadi kes macam tue.. selalunya DIY punya barang je.. Tak keluarkan duit tetapi rasa puas dengan hasil yang diperolehi huhuh

  13. Pernah guna tetapi tak jalan juga.

    1. Kalau tersumbat ringan boleh guna cuka, soda bikarbonat dan air panas ke dalam lubang untuk mencair lemak. @beli bahan kimia khas untuk mengatasi tersumbat di Ace Hardware.

    2. Kalau gumpulan rambut tidak akan berkesan dengan cara ini. Perlu guna wayar khas ‘cobra auger’.

  14. yang saya tahu cuma guna air panas aje kalau sinki tersumbat. Tak tepikir plak ade benda gini kat DIY.

    Bagus.. bagus..!

  15. bee.. apa nama benda ni ? nak sebut apa kat kedai hardware…..

    ops… buka blog tunjukkan je kat dia ” saya nak benda mcm ni”

    hahahaha

  16. Dulu saya biasa guna alat ni… Semasa tinggal di Quaters kerajaan.. Masa tu rumah saya dekat tingkat tiga, selalu tersumbat… Tapi sekarang ni dah duduk rumah teres, dah tak ada lagi masalah tersebut…

  17. alat ni biasa tengok, guna belum lagi. ada pengalaman cucuk guna besi kecik je….

  18. camtu eh…baru la tak tersumbat lagi…k sya duduk rumah kampung…sesekali tersumbat…cabut je paip air kt belakang rumah…done…

    tp boleh juga cari ni…sbb sinki ruang tamu selalu tersumbat….sinki pun boleh guna kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *