Al-Fatihah , Selawat Syifa’ Dan Air Zam Zam Untuk Sembuhkan Penyakit

Al-Fatihah , Selawat Syifa’ Dan Air Zam Zam Untuk Sembuhkan Penyakit

Baby masih tak sihat , sudah masuk hari ke -5 baby sakit perut , muntah-muntah dan cirit birit , masaalah sikit bila baby sakit muntah-muntah ni , secara automatik baby tak boleh menerima ubat dan makanan , jika cirit birit boleh lagi bertahan kerana dia boleh makan semula , tapi jika muntah , asal masuk je keluar balik apa yang tinggal hanyalah tekak yang dah mula luka.

Dah bawa ke klinik , macam biasa dapat ubat demam , angin , cirit birit dan tahan muntah , malangnya ubat tu tak sempat pun menyerap dalam badan dah keluar balik.

Segala petua yang saya kutip dari makcik-makcik , jiran-jiran tak menjadi , semua antaranya minum 100 plus , minum air kelapa , minum air garam , minum air teh pekat , beri barang yang dijanji , semua dah tak menjadi , risau tengok bila baby asyik tidur dengan badan dah mula menyusut dan nampak tulang.

Mengikut nasihat seorang kawan(nora) , amalkan baca doa Syifa dan tiup di ubun-ubun , itu pun saya dah buat , mungkin cara tak betul sikit , selepas saya baca website darulssyifa , baru saya tahu kena ikut turutan.

Baca :

Al-fatihah dulu : (Surah al-fatihah khasiat dan manfaatnya)—> macam mana lah saya lupa nak baca AL-Fatihah ni ..

Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesem?buhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat bina?tang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ?a minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka ber?kata:

“Kami diberitahu bahawa saudara datang de?ngan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.

Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.

Kemudan baru baca Selawat Syifa’ :

selawat syifa

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Baca berulang-ulang kali setiap pagi dan petang , untuk semua jenis penyakit , Insyallah akan di sembuhkan segala penyakit tersebut , Okey saya nak cari Air Zam-zam pulak , nak cuba biar baby baik juga , sebab nya dah tak tahan tengok badan baby makin susut , tak ceria dan tak bermaya begitu.

“Ya Allah sembuhkan lah sakit laila madihah secepat mungkin .. ganti sakit dengan aku pun tak pa”

Bacaan MP3 oleh Tuan Guru disini

Search

Comments

  1. ummi maisarah :

    baby laila dh ok ke puan bee? sy risau, anak sy pn jd cm tu gak… dh 5 hr dlm wad…

  2. Alhamdulillah, doa nya sangat pas dengan kondisi saya! Semoga baby segera sehat! Aamiin!
    Edi – Aura Ide recently posted..Fatin Shidqia Lubis – Perahu KertasMy Profile

  3. Alhamdulillah, syukur bila dengor baby dah semakin sihat..

    memang kena sabar & ikhtiar lebih utk anak2 sakit ni..

    dah merasa dah, 3-3 anak demam serentak hampir 1 minggu..
    kakyong recently posted..Ingin membantu sahabat blogMy Profile

  4. aduh terharunya baca,kesian baby..klu klinik biasa mmg gitulah checknya..tak smp dua minit amik ubat RM30 ke atas..

    Aiman hari tu yg kena injection doktor tu mmg bagus..lama dia check n bg kita penerangan..pastu ubatnya pun mak aii..bayarannya pun mak aii,smp kena carik ATM.haha..

    tp yg penting anak sihat sudah!duit boleh carik kan.tak sanggup dah dok dengar aiman batuk..macam sakit sgt..tp dia tetap senyum bila kutu tgok muka dia..sayu ja hati…:)

    guna ayat quran dan doa insyaalah berkesan..:)
    puan kutu recently posted..Ajar Anak Berbudi BahasaMy Profile

  5. Kesiannya, kalau anak2 sakit, kita pun suasah hati sangat kan bee.
    Bagus ni bee, baca2 ayat Al Quran dan salawat syifa’, moga jadi peyembuh dengan izin Allah, pahala pun dapat, insyaAllah.
    ummiross recently posted..BELIAN BORONG KAIN PASANG SARAWAK BARUMy Profile

  6. mmg meruntun ati kalo tgk ank dok muntah ape saje yg dimakan kan bee …

    kesian sampai nk luka2 tekak ..

    bagus info ni bee,thanx .. nis nk cube utk mak nis pule insyaAllah tp stok air zamzam tnggal sikit bebenor
    Ummi Hanie recently posted..Jom makan jamuMy Profile

  7. siannya baby..susah hati kan kalau anak x sihat..anak sy hari tu batuk agak teruk juga la n then sy campurkan air zam-zam dlm air susu dia..alhamdulillah..x lama..sehari dua dah ok batuknya..mmg mujarab air zam-zam ni..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Majlis Fatwa Putuskan Bank Susu Ibu HaramMy Profile

  8. Alhamdulillah baby dah ok, hope terus sihat dan cergas macam biasa, nanti nak jumpa heroin2 puanbee selasa ni hikhik :D
    yanmie recently posted..Magic Rice Dan Ikan Bakar TenggiriMy Profile

  9. MasyaAllah.. tak sihat lagi ker bee.. Semua itu ujian untuk kau sekeluarga.
    Anyways, hari tuh pun aku suruh belikan air zam2 dan beri minum serta
    sapu di umbun, badan dan perut.. Setiap amalan haruslah diturutkan dgn
    bacaan Al Fatihah dan selawat syifa.. mudah2an ya bee cepat sembuh..

    Aku doakan juga dari jauh…

    Bee… rumah wall baru ekkkk… lovely
    nurmisnan recently posted..Seorang ayah melayan anaknya tidurMy Profile

  10. semoga baby cepat sembuh..doa syifa dan al-fatihah memang banyak khasiatnya.
    blackrosehunter recently posted..Kereta Paling Mahal Tahun 2012My Profile

  11. Kesiannya. Dulu adam selalu mcm ni. Tiap2 bulan sakit. Alhamdulillah, dh besar ni, ok. Mmg letih dan kesian kan.
    Mama adam recently posted..To Be ContinueMy Profile

  12. mudahan baby laila cepat sembuh. bagus cuba air zam2.
    Denaihati recently posted..Honda Insight Apa Itu HybridMy Profile

  13. mudah-mudahan baby cepat sembuh
    Lela-Lelord recently posted..Cantik Di HatiMy Profile

  14. kena bnyk bersabar bila anak2 ditimpa sakit mcm ni..saya pernah mengalami situasi sebegini sejak anak selalu sakit2 dan demam+sawan masa umur dia antara 1-5 tahun -pernah sampai tak tidur sehari semalaman
    Zarul Umbrella recently posted..Untuk Cukuran Yang Lebih Licin Gunakan….My Profile

  15. Alahai kesiannya baby melepek.:-( Hujung jari dan bibir kering tak? Kalau ia menandakan badan kekurangan air. Kesan muntah mungkin disebabkan angin kerana perut kosong sebab sebelum ini kerap muntah. Bagi memulihkan tenaga mungkin Puan Bee boleh belikan air 100plus kemudian cairkan dengan air suam. Beri minum sikit-sikit supaya dapat menganti kehilangan air yang banyak. Boleh dibuatkan bubur kerana ia lembut dan elakkan makan makanan yang berminyak.
    akubiomed recently posted..Gambar statik yang senyumMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge