al-awfar junior – Bank Simpanan Untuk Kanak-Kanak

Pagi tadi saya pergi ke Bank Islam untuk mencarum duit simpanan anak-anak , duit diorang kumpul sendiri .. tak de lah banyak sangat , tapi gagahlah bawa pergi biar dia tengok dan bersemangat untuk simpan duit kan. Tapi bukan simpan di Bank Islam , simpan di dalam akaun Tabung Haji.

Saya tertarik dengan program Bank Islam untuk menarik lebih ramai pelangan dengan mengadakan satu cabutan bertuah berjumlah RM 100,000 untuk simpanan yang kita buat di Bank Islam. Mendengarnya sudah cukup buat kita berangan-angan “kalaulah aku menang

syarat buka akaun Bank Simpanan Untuk Kanak-Kanak

Untuk akaun simpanan al-awfar junior , pencarum hanya perlu membuka akaun dengan hanya RM 10 dan layak menyertai cabutan bertuah tersebut , selain dari wang berjumlah RM 100,000 ada lagi pelbagai hadiah lain RM 1000 dan RM 100 serta gadjet – gadjet terkini.

Aliya si anak dara saya tu apa lagi , terus lagi semangat nak buka akaun satu lagi. Nak buka akaun hanya bawa surat beranak , mykids tak boleh guna ye dan RM 10.

Untuk dewasa pun ada … Simpan RM 1000 minimun layak menang cabutan bertuah berjumlah hampir RM 2.3 juta .. Tapi kena buka akaun dulu Rm120 je untuk buka akaun , pastu kena simpan RM 1000 tu , tak boleh kurang bermula 30 November 2012 ni sampai lah Feb tahun depan .. tudiaaa

Ok tarik nafas kejap :) ada lagi syarat2 lain sebenarnya .. cukuplah info disini , kalau lah ada yang berminat kan .. boleh lah terjah ke cawangan Bank Islam berdekatan.

Ps : Tadi pergi Bank Islam Cawangan Ampang dekat tesco ampang , punya peramah pekerja nya dan selesa tempat dia , sampai org yang duduk atas sofa tu tertidur lah hehe .. good!

(Visited 9 times, 1 visits today)
About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. untung anak-anak zaman sekarang..semoga terus tanamkan sikap ingin menyimpan dalam diri anak-anak puanbee..hehe

  2. Promosi yang menarik daripada Bank Islam

  3. kan… bestt

    ank2 nis sume dah buka akaun kat bank islam, tp xpasti al awfar or not

  4. duit raya anak2 bolehlah disimpan disini..

    wah bestnya kalo menang 2.3 juta…. boleh beli berbiji2 rumah… 😀

  5. Sesuai sangatlah mendidik dari usia muda… teringat pula tabung2 dari bank pesaing seperti tabung unta yang masih disimpan heeee

  6. berangan dulu, mana tahu ada rezeki drNya. mantap hadiahnya pulak.
    tempat menuggu bank islam memang selesa n santai, kalau dapat minum teh tarik lagi best…heee

  7. Simpanan untuk masa hadapan .. =)

  8. Kalau tak menawarkan hadiah pun tetap kena teruskan amalan menyimpan ni 😀

  9. Mana tahu rezeki menang boleh kongsi-kongsi. :-)

  10. Bagus nih.. nanti aku sebarkan pd adik badik semua..
    Thanks Bee…

Speak Your Mind

*