Oct
2011

Aksi Di Ladang Starwberry Genting (Strawberry Farm)

Ekoran mendapat maklumbalas korang di entri wordless wednesday saya yang lepas saya letak gambar strawberry farm yang ada di genting , rupanya ramai yang tak tahu dan tak sedar kewujudan strawberry farm ni ye ? haha .. tapi saya pun baru pergi pertama kali ke ladang strawberry tu .. itu pun sebab mula-mula semasa cari hotel kita terlajak ke situ , so nampak depan ladang tu meriah dengan replika strawberry , macam best je! so bila dah sampai di hotel semasa nak daftar masuk tu , ringan je mulut ni tanya ..

” dik … kat belakang tu ladang strawberry ek ? “

” ya puan , kalau puan nak pergi esok dapatkan diskaun kupon disini …”

” Ooo Ada diskaun, berapa tu ? “

” 15 peratus puan untuk beli buah di ladang tu , masuk percuma ..”

” Ok lah ..kalau sempat esok saya datang ambil kupon”

ok juga lah tinggak di Hotel Seri Malaysia ni , ada diskaun naik genting skyway dan juga strawberry farm , jika tinggal sehari pun dapat sarapan percuma untuk sekeluarga .. ok kan … (nak tak pergi jalan-jalan ramai-ramai ke sana ?) di ladang strawberry nih adalah untuk pengunjung rasa pengalaman memetik buah strawberry . tu je .. dah kutip kena lah bayar buah tu dan boleh bawak balik ..

pintu masuk genting farm
pintu masuk genting farm

pintu masuk ke ladang strawberry genting
pintu masuk ke ladang strawberry genting

So kitaorang pun pergi lah , saja suka-suka nak petik dan merasa tengok pokok strawberry live kan .. budak-budak pun suka petik buah sampai tak nak keluar dari ladang tu , jenuh pujuk ..alahai .. masuk ke ladang tersebut percuma je , cuma bila kita dah petik buah tu kenalah bayar sekilo RM60 , saya beli RM29 saja ..so setengah kilo lah kan. Saya lupa pula nak guna kupon tu ..rugi dah tang situ …

Selepas kutip strawberry
Selepas kutip strawberry
baby petik strawberry
baby petik strawberry
baby tak jemu makan strawberry
baby tak jemu makan strawberry
una memetik strawberry
una memetik strawberry
kakak petik strawberry
kakak petik strawberry
Habiskan Setengah Kilo strawberry
Habiskan Setengah Kilo strawberry

Orang paling banyak makan strawberry sampai perut dia buncit lah ..aiyooo .. lepas kutip terus bayar kemudian jalan-jalan tempat lain pula , ada banyak lagi ladang pokok lain , dan tempat untuk beli cenderahati , ada satu jalan tu pokok anggur dan buah nya duk tergantung atas kepala je .. memang rasa macam duk oversea sangat-sangat dah hahah!

Ada juga perkhidmatan pegang dan bergambar dengan ular , saya tak de gambar tu ..ye lah orang tu buat bisnes.. tapi dia tak tahu kita blogger kan leh majukan bisnes dia sikit2 kahkahkah .. adoi perasan ..

ayah tak lekang dengan kerja
ayah tak lekang dengan kerja

Tu si ayah yang sentiasa ada orang call pasal kerja , rasa nak sekeh-sekeh je pipi dia , ada ke time jejalan nak layan kerja lagi ..pastu buat muka papa bosan je , anak bini kemain eksited .. huhuhu…

komen dari yastro :

Baru tau jugak nih…ingatkan tempat lepak2 je genting nih…
derang meniaga ke strawberry tu??

so kepada yastro , jawapan semua ada dia atas tu .. Tempat ladang ni bukan betul-betul atas genting lah , tempat nya di bawah kaki bukit belakang Hotel Seri Malaysia kalau nak pergi cari hotel tu dulu mesti jumpa …

Search

57 thoughts on “Aksi Di Ladang Starwberry Genting (Strawberry Farm)

  1. Pingback: Seronoknya .. macam kat genting helen la | Puanbee.com | Diari Ibunda

  2. nyum…nyum…sedapnya nmpak anak2 Bee mkn strawberry..anak2 akak makan kalau ada coklat jerrr……

    masa p genting hr tu akak ada singgah gak ttp strawberry genting lebih mahal dr kt CameronHighland ttp cendawan kt genting murah n segar..akak smpt singgah tmpt tanam cendawan tu….rugi beli sikit….
    nza recently posted..Hari Makan Sedunia.My Profile

    • tak masam , manis lah ade masam sikit2 je .. tapi kalau bawak ke tempat panas masam lah dia .. eheh

      ye lah dgn sarapan percuma jimat sikit duit kan ..

    • wasalam . bee dah basuh kat kedai makan berhampiran .. tapi ade org makan tak basuh ..tk pe kata diorang sbb tk guna racun apa2.. cuma tk best lah hehe

  3. tak pernah tau pun ada ladang strawberry …nanti nak usherlah..
    nak review movie semlm tu ker…aduhai teruk aaa filem tu sampai tak tau nak tulis apa..kang kondem teruk-teruk kecian pulak
    kak ina kl recently posted..Kisah ImranMy Profile

    • haa kak ina ,,, usha lah …

      saya pun rasa serba salah ..sy ingat nak letak sinopsis cara skema je .. tak mo komen pape.. semua org ade pendapat yg sama , lingkup ler movie tu kalau kondem betul2 .. huhuhu

      kak ina tk dpt kad.. huhu sayangnyeeeee

  4. comel2 ank bee dengan bakul masing2..si baby paling kiut macam nak gomol perut buncit tu.hehe..

    itulah baru tahu nie kt genting ada straberi farm.hari tu baca blog juga br tau kt perlis ada ladang anggur.nmpk sgt kurang pengetahuan am.lg pulak sejak dulu mmg tak suka geografi.hahaha..
    puan kutu recently posted..Soffiya Makin Best!My Profile

    • ladanganggur di perlis tu lama dah ada kutu ..ish bee tk minat geo juga , tp minat berjalan sana sini .. hehe kalau byk ongkos bukan genting aje byk lagi tempat nak berjalan :)

  5. kali ke 2 tau mengenai ni, sebelum ni baca kat blog sapa ntah..dah lupa pulak…

    ada plan nak ke sana cuti sekolah nanti, sebab dekat dgn rumah berbanding nak ke cameron sana nun.

  6. puan bee…baru nampak muka sebenaq baby,comel anak-anak puan bee semua,ada lebih g dak stroberi tu?huluq kaihh,haha…

    update movie tu?errr…nanti lah,kasi mereka yg update dulu,asal puan bee balik awai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge