Air Terjun Sungai Congkak

Share

Ahad lepas pergi mandi manda di Air Terjun Sungai Congkak.. tak tahan duduk rumah , panas membahang  , tidur tak kena .. makan tak lalu .. hahaha … Gambar sekeping je ada .. sebelum mandi je ambil gambar , lepas dah mandi basah .. tak kuasa nak pegang kamera , walaupun tak lah berapa canggih kamera nya .. Sayang kata orang …

Lokasi nya di Hutan Lipur Sungai Congkak Hulu Langat Selangor. Nanti nak cuba Air Terjun Sungai Gabai pula ..

air terjun sungai congkak

Ni kalau dekat mau pergi terjun hari-hari ..  Air terjun sungai congkak tak sama dengan air terjun yang ada di Taiping , Air Terjun di Pecah Batu Taiping betul-betul TERJUN  ( Nanti update lain ). Air sini cetek jek , banyak batu  .. tapi ok .. persekitaran bersih dan terjaga.. 

Satu je kalau mandi di Air Terjun .. kena hati-hati .. Takut IBU AIR turun .. Walaupun kadang-kadang kat tempat kita mandi , tak hujan dan cuaca ok jek .. Kadang-kadang ke perhati cuaca dan kenal pasti .. takut-takut bahagian atas bukit ada hujan sikit-sikit ..pun boleh menyebabkan terjadinya IBU AIR .. tu yang ramai mati lemas di air terjun.

Ada tips dari En abang .. dia biasa pergi cucuk kan kayu sebagai penanda di air cetek dan berpasir , jika tiba-tiba air naik dan tenggelam penanda tu , korang kena bersedia semua naik dan balik ler .. jangan tunggu dan tengok lagi .. Dulu-dulu pernah kena nasib la saya  dengan abang dah duduk tepi , tetapi  kawan-kawan abang yang asal dari Kuala Lumpur terkandas di tengah-tengah air terjun. Bayangkan kiri kanan air deras … tunggu air surut atau perlahan memang tak akan sesekali perlahan .. kerana di bahagian atas bukit hujan.. Jadi diorang terpaksa menyeberang menggunakan akar kayu yang menjalar (ala-ala mcm rotan ) hutan simpan memang banyak la pokok-poko macam ni .. nasib abang duduk tepi , kalau abang pun duduk tengah-tengan batu memang tak dapat tolong la …  orang kampung tau la nak buat apa  , nasib juga waktu tu bawak segala parang tajam hihi kalau tak nak cantas pokok dengan apa ? kan .. … Syukur semua selamat waktu tu ..

Saya suka sangat mandi di air terjun daripada pantai  walaupun bahaya sikit …. sejuk jekkkk ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. Air Terjun Sungai Congkak Memang best….

  2. dah lama tak pergi air terjun. best!!

  3. best dpt mandi air terjun…

    sllu gak g sgai congkak nie…

    best…

  4. hhuhu..best nya p mandi air tejun.. 🙂

  5. itu yang kene selalu peka tu. tapi memang bes berendam dalam air terjun. sejuk tu, lagi2 time musim panas ni hehe

  6. Sudah lama juga saya tidak ke air terjun, bagus juga sebagai tempat berwisata…

  7. Bahaya juga mandi air terjun ni rupanya…ni yang rasa seram terus ni nak mandi sungai…

  8. Back tu nature,,,
    Senangnya bisa mandi di air terjun dan menikmati pemandangan alam yang asri dan sejuk, bisa meneduhkan hati dan jiwa 🙂

  9. Tak pernah pergi lagi air terjun sungai conkak nie, best ker?

  10. wahhh.. lintas rumah suri yea… tak nyinggah pon aaa………… 😀

  11. Seperti kata akubiomed, setengah orang panggil KEPALA AIR, maksudnya sama dengan IBU AIR. Yang bahayanya bila ia datang tanpa bunyi dan datang seperti tsunami dari hulu.

  12. rajin ke air terjun ye bee…

    klu dekat, mmg best 🙂

    p.s: tukar theme? 😉

  13. esok gua nak pergi air terjun gak. hoho

  14. saya tak pernah tau pun pasal ibu air ni..kat kampung saya pun ada air terjun tapi jarang pi..

  15. sepertinya viewnya keren sekali ya.., salam kenal dari Indonesia..

  16. Owhhh… ibu air namanya. Tak pernah tau. Boleh la diamalkan lain kali

  17. pernah pergi sini..and memang best sangat..especially sekarang ni panas sangat-sangat..so pergi sini sure cooling habis punya

  18. jeram ni, best dapat berendam lama-lam sampai kecut, selamat sikit bawak anak2 banding air terjun.

  19. memang sedap mandi air terjun musim panas nih.

  20. dah lama giler x ke air terjun

  21. Apa yang dibimbangkan adalah kepala air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *