Adam dan Hawa ( Sinopsis episod 5-8 )

Spread the love

Sekarang dah pun episod 8 Adam dan Hawa ni , Agaknya apa intipati Adam dan Hawa di episod 9 ya ? Di dalam entri lepas saya ada menulis sinopsis ringkas Adam dan Hawa episod 1-4 , sila lah baca mana yang suka tu.. Dan jika hendak tengok Sinopsis Novel Adam dan Hawa pun ada . Klik je!

adam dan hawa episod 5-8
aaron aziz dalam adam dan hawa

klik  Sinopsis Novel Adam dan Hawa

Klik  Sinopsis  Adam dan Hawa episod 1-4

Sinopsis Adam dan Hawa – Episod 5

Cikgu Zauyah yang sakit hati dengan Ain dan Adam sengaja api-apikan lagi Dee…kata-kata sebenarnya lebih melepaskan geram yang terbuku.

Ain cuba control dirinya…yakin dirinya yang dia admire dengan Adam bukan jatuh cinta…Ain sedar diri siapa di mata Adam..apalagi bila dengar-dengar cerita ke `playboy`an Adam.

Gossip Ain dan Adam mula sampai ke telinga Maria dan Kak Zah. Kak Zah sekali sekala cuba melihat reaksi pada Ain bila bercakap tentang Adam.

Mummy Dee datang ke rumah Maria…secara tak langsung untuk ‘ikat’ hubungan Dee dan Adam. Maria cuba berdalih cara yang paling baik kerana dia tak berkenaan langsung dengan Dee.

Adam mula ada rasa rindu pada Ain ketika dia bertugas ke luar Negara dan Adam membeli teddy bear besar untuk Ain..satu perasaan yang Adam sendiri tak pasti.

Sinopsis Adam dan Hawa – Episod 6

Ain terkejut bila ada bunga di bilik kelasnya..tiada nama dari siapa pun…heran tapi suka kalau tu untuknya..! perbuatan Ain yang leka tengok bunga membuatkan Adam ceria dan makin suka melihat Ain yang caranya tersendiri. Adam tetap tak mengaku bunga tu darinya..tapi ada sekali bila Adam terlepas cakap..Ain mula syak sesuatu.

Maria mama Adam luahkan perasaan marahnya pada Kak Zah tentang hal Dee seolah memaksanya Adam berkahwin dengannya. Adam juga terkejut bila Dee mula berani sampai ke tahap itu.

Di tadika kakitangan tadika suka melihat kearkbaan Ain dan Adam, pada mereka ‘sweet’ sangat dan yang makan hati adalah Cikgu Zauyah.

Adam nekad untuk terus terang ada Dee yang dia langsung tak hati untuk berkahwin dalam masa terdekat ni. Berbagai alas an yang diberi. Dee tetap dengan kata hatinya dan sanggup tunggu Adam sampai bila-bila pun.

Ketika Adam terbang ke Zurich…Ain dikejutkan dengan pemberian Teddy bear besar dari Adam. Ain serba salah apalagi pemberian tu melalui Kak Zah…naik tebal muka Ain dan pasti Kak Zah sangka yang bukan-bukan.

adam dan hawa online

Sinopsis Adam dan Hawa – Episod 7

Kak Zah cuba cungkil rahsia hati Ain pada Adam. Ain tetap tak berdolak dalih dengan isu cinta dan juga takut kalau Kak Zah dan keluarga pandang serong padanya.

Sharina sepupu Ain selalu bercerita tentang Adam. Perbuatannya tu seolah memberitahu Ain ‘jangan kacau Adam’. Ain mula dapatkan rasakaan Teddy bear pemberian Adam tu adalah kepunyaan Adam tetapi Kak Zah tersalah bagi padanya.

Adam makin tertarik pada Ain. Mulanya mengatur plan untuk dapat dekat dengan Ain. Kak Zah yang tahu sangat dengan perangai anaknya selalu nasihat Adam…tapi Adam tetap nak terus ‘pancing’ Ain.

Sejak peristwa tu..Ain mula segan pada Kak Zah. Sering kali mengelak kalau terserempak. Tapi satu hari Ain terpaksa berdepan dengan Kak Zah. Ain diberi tanggungjawab untuk membantu Adam membeli peralatan sekolah.

Mulanya Ain mengelak tapi atas ‘desakan’ Kak Zah Ain terpaksa setuju dengan tugas barunya yang terpaksa bersama Adam.

Ain rasa ini semua plan dari Adam. Ain cari cara membuat rosak plan Adam..Ain dapat idea..!

Sinopsis Adam dan Hawa – Episod 8

Ain dapat idea dengan `mengumpan` Sharina mengantikannya untuk membantu Adam. Ain suka bila Sharina sanggup buat apa saja untuk dapat bersama Adam walaupun pada ketika itu Sharina terkena cirit birit. Suka Ain bila plannya menjadi.

Isu Ain akan ‘dating’ dengan mula tersebar di tadika. Bengangnya cikgu Zauyah bila mengetahuinya.

Adam dengan bersemangat untuk bertemu dengan Ain. Sangka rancangannya Berjaya. Bila sampai di rumah Ain terkejut Adam bila Sharina yang meluru ke keretanya. Adam bengang tapi tetap control.

Kedatangan Ain awal ke tadika mengejutkan semua. Mereka yang sedang bergossip terkejut. Ain tetap bersahaja..seronok kerana Adam tertipu akhirnya.

Tak berapa lama kemudian kedatangan Adam di tadika mengejutkan Ain. Heran kenapa pulak Sharina tak pergi bersama Adam. Kenapa Adam memaksa Ain mengikutnya?

Ain terpaksa angkur pada Adam. Tapi difikirkan terusan bertanyakan kemana perginya Sharina…apa yang terjadi pada plan nya..?

P/S : Ternanti-nantikan episod 9 malam ni 🙂

 Adam dan Hawa – Setiap Isnin – Khamis 10.00 Malam mulai 27 ogos 2012. Hanya di Astro Mustika Channel 134

Sumber :  http://www.astro.com.my/adamdanhawa/

11 thoughts on “Adam dan Hawa ( Sinopsis episod 5-8 )”

  1. search engine marketing plan

    Currently it appears like Expression Engine is the preferred blogging platform available right now.
    (from what I’ve read) Is that what you’re using on your blog?

  2. citer nie mmg best…sbb dah bc novelnya…itu yg ikuti citer ni..x sbr nk tgk Ain brbaik ngan Am…mesti romantik..

  3. Pingback: Sinopsis Adam dan Hawa ( Sinopsis episod 1 - 4 ) | Puanbee Ok Je!

  4. Pingback: Drama Adam & Hawa Episod 9 – 12

  5. PnBee ni memang minat betul2 crite ni yer. Boleh geng ngan org rumah sy la ni, siap rakam tiap2 episod lagi. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *