Adam dan Hawa ( Sinopsis episod 1-4 )

Adam dan Hawa ( Sinopsis episod 1-4 )

Drama Adam dan Hawa menjadi pujaan ramai wanita sekarang ni , saya sendiri menulis tentang drama Adam dan Hawa sejak bulan oktober 2011 lagi. Ramai orang menunggu kemunculan Adam dan Hawa. Special di blog puanbee.com ada sinopsis setiap episod. Seperti yang ramai orang tahu Adam dan Hawa adalah sebuah drama yang di adaptasikan dari Novel Adam dan Hawa , jadi marilah tengok sinopsis novel Adam dan Hawa.

KLIK SINI untuk baca Sambungan sinopsis adam dan hawa episod 5-8 

Sinopsis drama

Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua atas salah faham ditangkap berkhalwat. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya senyap dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu akhirnya mereka diketemukan semula namun adakah mereka akan mengetepikan ego masing masing dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing.

sinopsis adam dan hawa episod 1 hingga episod 4

Sinopsis Adam dan Hawa – Episod 1

Pertemuan tak sengaja antara Ain dan Adam dipersimpangan jalan bersama teman wanitanya Dee membuatkan Ain memandang sinis pada Adam yang tanpa segan silu bermanja-manja di dalam kereta. Perbuatan over dan mengada Dee yang Adam suka layan…hinggakan Adam diberi gelaran ‘playboy’.

Ain yang menuju ke Tadika Bintang Kecil terkejut sekali lagi bila kereta yang sama dipersimpangan jalan berhenti di Tadika tersebut. Mulanya tak kisah namun bila Adam mula mengusik Ain membuatkan Ain rasa semacam. Hakikatnya Ain suka melihat ketampanan Adam..dan begitu juga Adam yang suka mengusik perempuan.

Gelagat cikgu-cikgu di Tadika juga cuba tarik perhatian Adam. Terutamanya Cikgu Zauyah yang cuba sedaya upaya nak tackle Adam. Kenakalan Adam terserlah bila Ain diusik ketika waktu temuduga yang sepatutnya dilakukan oleh Kak Zah.

Kenakalannya jelas membuatkan Ain makin rasa kurang selesa. Tapi terpaksa berdepan dengan Adam. Kehadiran Kak Zah akhirnya menjelaskan siapa Adam sebenarnya.

Ain diterima bekerja di Tadika Bintang kecil akhirnya sebagai cikgu sementara. Sepupu Ain Sharina terkejut bila Ain bekerja…perasaan cemburu pada Ain kerana risaukan Ain akan terpikat pada Adam…Sharina tuntut penjelasan dari Ain..!

Sinopsis Adam dan Hawa – Episod 2

Mama Adam, Maria mula sibuk bertanya tentang pilihan hati Adam untuk berkahwin awal. Adam sentiasa mengelak dan berbagai alasan diberi. Tetapi yang pasti Dee bukan pilihan mama Adam.

Ain rasa seronok bila mula bekerja. Adam akan cari peluang untuk berjumpa dengan Ain di Tadika. Mula rasa seronok melihat dan mengusik Ain. Ain tetap dengan gaya bersahaja yang masih keanak-anakan. Ain risau bila Adam menganggu dan tak mahu cikgu-cikgu dan terutamanya Kak Zah anggap lain padanya.

Dee yang cuba menghubungi Adam geram bila tiada jawapan dari Adam. Dee terus ke tadika dan terkejut melihat Adam bukan main mesra lagi dengan Ain.

Sebenarnya Ain rasa ‘sesuatu’ bila Adam ada di depan nya…aura Adam membuat Ain mula rasa suka pada Adam tapi tetap jual mahal.

Cikgu Zauyah geram bila Adam melayan Ain dan Ain juga kelihatan seolah respon pada Adam. Cikgu Zauyah cari menganggu perbualan mereka. Cikgu Zauyah juga mencucuk tentang keburukan Adam pada Ain.

Dee rancang sesuatu untuk terus Adam bersama…dan dalam masa yang sama Dee terus melayan Adam seperti biasa. Dee cuba nak ‘hapuskan’ Ain dari terus menganggu Adam.

adam dan hawa sinopsis episod 1-4

Sinopsis Adam dan Hawa – Episod 3

Dee rancang untuk berkahwin dengan Adam secepat mungkin. Dee paksa mummy nya untuk meminang Adam. Marah sungguh Mummy Dee seolah macam terdesak aje. Dee tak peduli yang penting dia tetap nakkan Adam dengan cara apa sekalipun.

Ain mula rasa seronok dengan adanya Adam yang selalu mengusiknya..hanya perasaan suka kerana dia tahu Adam ada kekasih hati. Ain makin terkejut bila Sharina sepupunya turut kenal Adam. Bermakna Adam ni adalah dikalangan yang agak popular.

Kak Zah mula risau bila Adam mula sibuk bertanya hal-hal tentang Ain. Kerana tahu perangai Adam yang suka berpoya-poya dan kesian Ain masih mentah tentang soalhati dan cinta.

Ketika Ain balik bercuti di kampungnya Sharina sedaya upaya untuk terus rapat dan tackle Adam. Sharina lega bila Ain tak nampak langsung sukakan Adam. Ain bukan begitu kerana dia notis Sharina sukakan Adam. Dan Adam tetap dengan caranya…selesa dengan mana-mana perempuan yang sudi padanya…

Ain mula gila bayang dengan Adam…(hanya mimpi).

Sinopsis Adam dan Hawa – Episod 4

Ain heran kenapa dia boleh termimpi Adam…padanya dia Cuma admire dan suka melihat wajah Adam yang tampan bukan jatuh cinta. Keadaan di tadika mula hebo cikgu Zauyah makin cuba tawan hati Adam. Malah pekerja di tadika juga bergossip melihat Adam banyak habiskan masa dengan Ain cikgu baru tadika. Ain sememangnya peramah turut terkena tempias gossip.

Isu Adam mula jadi perhatikan ahli pekerja tadika. Mereka tahu kini Adam ‘attack’ Ain..banyak perkara yang mereka cungkil dari Ain…adakah perkara yang sama juga berlaku pada mana-mana perempuan yang Adam kenal. Kakitangan tadika suka melihat Adam dan Ain dari cikgu Zauyah yang perasaan dengan Adam.

Ain mula rasa Adam memang suka mainkan perasaan dan kaki perempuan. Dan mula perlu jarangkan dirinya. Ain tak dia jadi bahan gossip di tadika kerana di baru bekerja dan tak nak mendatangkan masalah.

Ketika Ain dipanggil Kak Zah tentang scope kerjanya. Adam mencari peluang untuk makin rapat dengan Ain dengan mencari alas an supaya Ain temankannya. Kak Zah tahu itu trick Adam.

Dee tetap mendesak mummy nya untuk `dapatkan` Adam secepat mungkin. Malah Dee beranikan diri ajak Adam kahwin.

Adam dan Hawa – Setiap Isnin – Khamis 10.00 Malam mulai 27 ogos 2012. Hanya di Astro Mustika Channel 134

Sumber :  http://www.astro.com.my/adamdanhawa/

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

10 Comments


  1. rasa rindu pulak kat citer adam dan hawa..
    episod 1-10 paling mencuit hati…




    1. Author

      tak lari lagi kan ? haa mesti lah orang ank buat perbandingan ..

  2. jalan cerita drama ni best juga n ada kelainan(tak pernah tengok seluruh episode) tengok sikit2 kat blog k yan. tak bosan rasanya kot dgn pelakon2nya yg mantop

    1. Author

      memang tak bosan , tetapi syg saya pun tk de chanel astro mustika hd tu ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *