ADAKAH SELAMAT MELAKUKAN X-RAY KETIKA HAMIL?

saya rasa ramai yang tertanya tanya tentang perkara ini termasuk saya. Tadi saya terbaca dari perkongsian di Page Medical Mythbusters Malaysia tentang perkara ini. jadi saya copy paste untuk tidak tersalah menyampaikan fakta

Ramai yang bertanya adakah x-ray selamat dilakukan ketika hamil?

Tahukah anda, tanpa radiasi dari mesin X ray pun, kita memang dah terdedah kepada gelombang radiasi dari alam persekitaran kita.

Radiasi dari udara, tanah, air, permakanan terutamanya bila berada di dalam kereta, keretapi dan lebih-lebih lagi di dalam kapal terbang disebabkan radiasi kosmik dari angkasa. Radiasi dari alam persekitaran sukar dielakkan.

Dalam setiap kehamilan yang sihat, risiko mendapat kecacatan janin adalah 2%. Bermaksud dalam setiap 100 kehamilan tanpa apa-apa masalah, kami akan temui juga 2 bayi yang lahir dengan kecacatan, walaupun kehamilan itu adalah kehamilan yg tidak mempunyai apa-apa masalah.

Radiasi bergantung kepada jenis X-ray yang anda perlukan dan jumlah sebenar radiasi yang anda terima. Lebih tinggi tahap radiasi, lebih besarlah risikonya terhadap bayi. Kebanyakan X-ray seperti X-ray pergigian tidak mendedahkan bayi kepada tahap radiasi yang cukup tinggi sehingga boleh menyebabkan masalah.

Kekuatan X-ray diukur dalam unit rad. Rad ialah unit yang menunjukkan berapa banyak radiasi yang diserap oleh badan. Bayi dalam kandungan yang terdedah kepada lebih daripada 10 rad didapati berisiko tinggi mengalami masalah pembelajaran dan penglihatan.

Tetapi anda tidak perlu risau. Kebanyakan X-ray jauh lebih rendah daripada ini. Jarang sekali bagi X-ray mempunyai kekuatan lebih daripada lima rad.

Apakah tahap radiasi tertinggi yang dibenarkan kepada janin, untuk menentukan kesihatan janin tidak terjejas?

Jawapannya : 5 rad = 0.05 Sv = 50 mSv.

Jika ibu menerima radiasi 0.01 rad bila melakukan CXR, apakah radiasi yang sampai ke bayi dalam kandungan?

Jawapannya 0.07 mrad = 0.00007 rad. 
Jadi, 5 rad ialah bersamaan dengan ibu mendapat sebanyak 71 RIBU kali Xray ( lebih kurang)

Jika doktor anda merasakan bahawa X-ray diperlukan dalam situasi tertentu, jangan bimbang. Jumlah radiasi yang akan bayi anda terima tentu saja dalam lingkungan julat yang selamat. Pada hari ujian dilakukan, pastikan juru xray yang bertugas tahu bahawa anda sedang hamil supaya beliau boleh memberi perlindungan yang sesuai kepada anda.

Semua X-ray bahagian bawah dada dibuat dengan abdominal shielding untuk melindungi bayi dlm kandungan justeru itu, radiasi yang sampai ke bayi dlm kandungan adalah sedikit. Kalau xray pergigian, atau radiasi ke bahagian kepala ibu, tidak perlu abdominal shield, kepala dgn perut jauh.

Harus diingatkan berulang-ulang kali, tanpa pemeriksaan xray, mungkin rawatan dan diagnosis yg sepatutnya diberikan kepada ibu hamil tak dpt dilakukan. Doktor sendiri akan mempertimbangkan keperluan Xray itu.

Apa-apapun, kesihatan dan keselamatan ibu diutamakan berbanding bayi dalam kandungan.

Tiada ibu, tiada bayi

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi 
Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga perkongsian ini memberi info & manafaat kepada semua. Untuk mendapat info kesihatan boleh follow Page di Facebook Medical Mythbusters Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *