Aaron Aziz si lelaki kacak tunjuk kad pengenalan asal

Lelaki kacak lagi … kacak sangat ke ? haha kalau tak kacak tak de lah orang nak gembar gemburkan kisah si lelaki kacak Aaron Aziz ni ye tak ? saya dari mula keluar berita tentang kad pengenalan palsu si Aaron Aziz ni , saya dah mula fikir , kenapa .. cerita kad pengenalan Aaron Aziz ni jadi berita hangat ? dan apa kebaikkan yang akan di perolehi oleh penyebar berita paslu ni ? Buatkan Aaron Aziz bertambah glamour adalah ..

Tunjuk kad pengenalan sebenar

Tambah-tambah si lelaki kacak Aaron Aziz ni akan turut bertanding di dalam ABPBH2012 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012) ini semakin hampir , tak lama dah lagi 2 hari saja. Nasib tarikh mengundi telah pun di tutup kalau masih di buka saya yakin Aaron Aziz akan menang .. hahah tu lah lain kali nak buat sesuatu fikir dulu. Entah apa-apa je..

Tapi tak pe , lelaki kacak harus pandai control kekacakkan nya , jangan cepat melatah beb .. petikan berita dari murai.com.my di bawah :

KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2012: Spekulasi mengenai nama sebenar aktor Aaron Aziz terjawab apabila dia menunjukkan sendiri kad pengenalannya kepada portal Murai sebentar tadi.

Dalam kad pengenalan tersebut, tertera nama sebenar aktor dari Singapura itu yang tertulis, Aaron Mustapha Bin Aziz, bukannya Mat Haron sepertimana yang tersebar luas di internet sebelum ini.

Awal minggu lalu, tersebar gambar kad pengenalan palsu yang tertera di forum-forum internet yang mengatakan nama sebenarnya ialah Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustapha namun ianya segera dinafikan oleh isteri aktor tersebut yang juga pengurusnya, Diyana.

Aaron Aziz yang segak menggayakan suit tajaan Lord’s Taylor untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) siang tadi, segera menunjukkan kad pengenalan sebenarnya kepada jurugambar Murai.

Diharap dengan bukti, ini segala persoalan peminat mengenai nama sebenar pelakon utama Ombak Rindu itu, terjawab.

 

Kalau jadi lelaki kacak pun susah , tak jadi lelaki kacak lagi ler susah .. Oh Dunia.

8 thoughts on “Aaron Aziz si lelaki kacak tunjuk kad pengenalan asal”

  1. Ada kontroversi baru ada yang komen mengenai keadaan kuku Aaron ketika menunjukkan Kad Pengenalan diri tempoh hari. Mahu tak mahu Aaron terpaksa pos gambar jarinya pula. Kesian dengan brother kacak ada sahaja nak dikenakan. 🙂

  2. Takde salahnya pakai nama glamer. Yg bukan artis pun ramai yang pakai nama yang glam githew… Mmg populariti si kacak ni bertambah lah dengan gossip mcm ni.

  3. kalau yer pun nama dia mat haron apa salahnya. ramai je artis pakai nama glamer dari nama sebenar…

  4. pelik betullah orang yang mereka2 cerita ni..tapi apa salahnya pun kalau betul nama dia mat haron.tetap kaak dan popular gitu..hehe..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *