Aaron Aziz , Maya Karin dan Lisa Surihani Antara Pelakon Utama Ombak Rindu

Hahah korang mesti ingat bee nk promot filem ombak rindu ni bukan ??? oh tidak bee tak pernah baca novelnya tapi bee terpegun tengok gambar mereka , sungguh cantik tak tahan sungguh ler tengok !..dan dan je terasa nak bergambar dengan latar belakang cam ni ..cantiknya gambar-gambar mereka 🙂

Tapi bila baca balik jalan cerita nya movie nih memang best dan bakal menyentuh perasaan , apa lagi kalau sebelum nih novel ombak rindu pun dah ada peminat fanatik lagi-lagi dalam movie , leh le meroyan sekejap penonton hee..apa-apa pun benda tak keluar lagi tak boleh puji lebih-lebih , nanti dah keluar movie baru komen , kutuk , keji ker ..hahah..korang nih !!!….

Apa-apa pun bee suka gambar depa nak simpan dalam blog nih jd koleksi …erk ada ke koleksi gambar dalam blog ? urmmm….layan je lah…

Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
maya karin bertudung dan kaftan
maya karin bertudung dan kaftan
lisa surihani bertudung dalam ombak rindu
lisa surihani bertudung dalam ombak rindu
Maya karin bertudung
Maya karin bertudung

Filem ‘Ombak Rindu’ diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae. Filem yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Thailand ini telah memakan masa selama 45 hari sejak pertengahan Julai 2010.

Ombak Rindu turut dibintangi oleh Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

Selain menampilkan pelakon-pelakon hebat, filem ini turut dikuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Ombak Rinduku’, nyanyian Hafiz dan Adira. Lagu gubahan Nurzaidi ini dijangka bakal menyentap jiwa penonton yang dibuai dengan emosi dan kesedihan watak utamanya.

Ombak Rindu mengisahkan tentang dilema dan pergolakan hidup wanita bernama Izzah. Izzah lakonan Maya Karin ini mewakili kaum wanita yang tersepit, tertindas dan menjadi mangsa keadaan. Namun, Izzah juga seperti wanita lain yang ingin dicintai dan mencintai. Apakah yang terjadi dalam kehidupan Izzah, jangan lupa untuk menonton filem ‘Ombak Rindu’ yang bakal ditayangkan di pawagam tanahair tidak lama lagi.

Aaron & Maya Karin Terajui Ombak Rindu Malas copy banyak-banyak , korang sambung baca di GUA.COM

Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu film
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu film

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Ombak Rindu merupakan adaptasi dari sebuah novel popular nukilan, Fauziah Ashari.

Malah, duta Innershine ini perlu menjadi Melayu sejati dan pandai mengaji Al-Quran. Justeru, bagi menguatkan lagi wataknya, Maya mengambil masa selama tiga minggu dalam mempelajari proses menjadi Izzah. Malah, Maya turut mengupah seorang Ustazah untuk mengajarnya ilmu agama.

Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu film
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu film

Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.

Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan feel. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung, ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu di Bukit Kiara baru-baru ini.

Ingin lihat sejauh mana kemelayuan Maya dalam filem terbarunya, Ombak Rindu, jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam berhampiran anda tidak lama lagi. Filem ini turut diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.Maya Karin Dilacurkan Bapa SaudaraMalas copy banyak-banyak korang sambung baca lagi di: GUA.COM

FILEM OMBAK RINDUKebanyakkan gambar bee ambik di sini , macam biasa malas copy banyak-banyak korang boleh sambung baca di : myforum

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari. Filem ini sedang menjalani pengambaran dalam bulan julai 2010 dan bakal menemui penonton pada awal 2011.

Berikut adalah senarai tenaga kerja serta barisan pelakonnya;

Tajuk : Ombak Rindu

Lokasi: Cameron Highland, Langkawi, Perlis, Penang, dan Kuala Lumpur.

Tarikh pengambaran: 9 Julai 2010 – 15 August 2010

Terbitan: Tarantella Pictures

Penerbit : Sharad Sharan/Renu Sharan

Pengarah: Osman Ali

Penulis Skrip: Armantono

Lakonlayar: Osman Ali

Pengarah Fotografi: Khalid Zakaria

Pengarah Seni: Khairu Akek

Pengurus Produksi: Yusneezam Yusop

Penolong Pengarah: Rizzo

Penata Busana: Andy Sulaiman

Penata Rias: Nan

Pengarah Muzik: Nurzaidi Abd Rahman

25 Comments

  1. mil 18 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 24 March 2012 Reply
  2. review filem ombak rindu 3 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 3 December 2011 Reply
  3. harlina seth tan 14 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 15 November 2011 Reply
  4. puan kutu 27 April 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 27 April 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 27 April 2011 Reply
  5. mjali 27 April 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 27 April 2011 Reply
  6. achie 27 April 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 28 April 2011 Reply
  7. solomolo 27 April 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 28 April 2011 Reply
  8. cik sakura 27 April 2011 Reply
  9. Ummi Hanie 27 April 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 28 April 2011 Reply
  10. ArdiniHumaira 27 April 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 28 April 2011 Reply
  11. zures 27 April 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 28 April 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.