Review Mamteen : Makanan tambahan untuk ibu sedang hamil , ikhtiar hamil dan menyusu

Assalamualaikum dan hai semua , jadi saya dah cuba tablet Mamteen ni. Mamteen adalah makanan tambahan untuk ibu sedang hamil , ibu yang berikhtiar untuk hamil , ibu yang menyusu anak dan wanita yang mengalamai masaalah haid tidak teratur. Nak lah share disini. Saya cuba amalkan tablet Mamteen selama lebih kurang 2 minggu dah. Sekarang ni kandungan saya 18 minggu , dalam 16 minggu macam tu selalu kurang cergas lah banyak tidur. Tidur siang untuk ibu mengandung bukan tak bagus. Tapi habis la jadual semua lari ye. Masak…

Review : MYLARA SKINCARE 4-in-1 & HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL

Review : MYLARA SKINCARE 4-in-1 & HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL |  Assalamualaikum dan Hai semua ....  ececeh dah lama tak review produk skincare .. sebabnya muka den sejak 3 tahun lepas mengalami kerosakkan teruk. Mula-mula saya pakai produk skincare yang orang kata boleh rosakkan muka tu , pakai selama setahun lebih kurang. Muka okay glowing putih nampak remaja masa tu. Lepas tu pada tahun 2016 nak raya. Saya pergi buat waxing menggunakan lilin panas dan lepas tu muka rosak teruk.Mungkin di sebabkan skincare yang saya pakai…

Rasanya kena tipu lagi.

Baru 3 hari lepas hantar iphone 5 ke kedai untuk di perbaiki. Kisahnya … Dulu saya pernah ceritakan dalam blog ini kena tipu beli iPhone 5 konon konon original dengan harga up sikit dari iPhone 5 set AP. KONON KONON YA. Saya dapat tahu pun semasa skrin iPhone 5 pecah dan saya bawa pergi perbaik di kedai memandangkan tak boleh claim waranty. Ceritanya ada disini — Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung . Saya tukar di tesco extra ampang je .. RM120 dapat WARANTY 6 BULAN  jika bayar RM79  dapat WARANTY SEBULAN. Saya ambil lah yang waranty 6 bulan. Bateri kalau nak rosak bukan dalam masa sebulan ye dak .. benci la .. mahal bebenor .. tambah benci sebab dapat set tak original. 

Konon konon original sangat lah ye. Eii geram betul. Selepas pakai beberapa bulan. Skrin iphone tu tercongek sikit. Tau tak tercongek tu apa ? dia macam terkeluar atau terangkat kot. Keee terkopek. Saya ingatkan masaalah skrin tu. Rupaya masaalah tu datang dari bateri.

Baru tahu ja ni. Kan dah tukar bateri original konon konon nya dengan harga RM150. Lepas tu sakit hati tak ? bila dapat tahu bateri tu tak original dan murah ja. Saya hantar perbaik di kedai baru ni baru RM60 … RM60 weh .. geram nya lah hai. Tipu orang hidup hidup. Abang yang repair tu sekali pandang ja dia tau. Tu bateri kembung bukan masaalah skrin. Apa ? kalau ku tahu dah lama bawa pergi kedai di tesco dan claim waranty sebab memang tak sampai 6 bulan lagi pun dah iphone tu tersadai.

Penting ke melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ?

Ermm topik , Adakah penting melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ? terlintas di fikiran nak tulis. Selepas ada orang tanya , ” eh syamim pakai pampers lagi ? ” yah .. syamim dah 2 tahun 5 bulan. Dalam gambar tu syamim tahun lepas. Sekarang walaupun baru berusia 2 tahun 5 bulan dah nampak masam 3-4 tahun. Pandai cakap dan buat lagak pula tu. Jadi ramai orang akan terkejut sedikit bila dia poo poo dan beri tahu saya depan orang tu. “ Ibu syamim yak ” biasa nya itu la ayat si syamim. Dan orang akan “ apa ? syamim pakai pampers lagi ?. Haa gitu lah. Saya pula sebagai ibu. ” Aaah .. dia pakai pampers lagi , saya tunggu dia bersedia untuk tidak pakai pampers, lagi pun saya jenis ibu semua nak cepat dan M“. Tak suka renyah renyah.  Tiga lagi anak saya semua pun tak ada yang bersungguh pun nak ajar dan melatih ke tandas. Saya ada terbaca juga. Ada yang buat solat sunat semata mata nak latih anak ke tandas tu. Ermmmm …

SONY DSC
Syamim 2015

Pada pendapatan ibu ibu dan ayah ayah di luar sana , adakah penting untuk melatih anak ke tandas beriya – iya ni ? maksudnya .. sehingga kena keluarkan modal untuk beli tilam khas , lampin khas , dan juga potty khas ? Pada pendapat saya. Ibu ibu dan ayah ayah tak perlu kot terlalu risau. Kerana anak akan pandai rasa tak selesa bila tiba masanya. Dia sendiri akan buka pampers. Nak tahu bila masa sesuai tu ? 

Resepi : Ayam goreng bersalut oat ( mengidam !! )

Hidang resepi ayam goreng bersalut oat la pulak … buat lama dah .. malam – malam terasa nak makan Ayam Goreng , tak kisah la ayam goreng macam mana , macam di pasar malam pun ok , tapi mana ada pasar malam lagi di buka jam 1 pagi .. lapar tak tentu hala perut ni , siang nak tido malam nak berjaga , makan .. akhir nya pergi la ke dapur gaul – gaul ayam yang ada dalam peti , semua bahagian ada .. kepak , hati ayam , kaki ayam , leher , pehe .. belasah je semua .. potong kecil-kecil sama saiz jadi senang nak goreng , takde la yang mentah dan terlebih masak nanti.

SONY DSC

Mikey's Original New York Pizza di Bangsar

Sekarang ni blur sikit nak upload gambar dari telefon sony  ke laptop acer ( tak reti ) , banyak cerita nak tulis di blog tapi susah ya ampun. Ok nak cerita kami pergi cuba makan Mickey Pizza Original yang besar talam tu. Memang besar sungguh , 8 inci lebarnya. Order 2 pizza dan makan ramai-ramai memang best.

Saya dah lupa menu dan harga pizza ni , jangan tanya. Tapi boleh ke website mereka dan klik menu , ada harga dan menu … semua sedap .. ermm … asal habis tu sedap lah tu …Untuk peminat pizza boleh lah cuba. Info dan alamat ada di akhir entri ni ya ..
mickey pizza original new york 1