Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung

Baru-baru ni , saya telah pun menukar bateri iPhone5 saya tuh. Antara sebab yang membuatkan saya syak bateri nya rosak a.k.a kembung adalah kerana , setiap kali cas bateri cepat penuh , bahagian belakang panas sampai tempat kita letak tu pun panas , kalau omputeh cakap dia ” overheat “. Bila cepat penuh , ingatkan full la .. tapi tidak ye .. bateri cepat juga habis menjadi kosong peratu. Tu memang tanda beteri iphone anda telah rosak. Pegang je rasa panas .. panas lain macam…

Saya buat pun status manja di facebook cari kedai repair telefon murah-murah , sekali kakak blogger akmaomar.com tunjuk gambar telefon adik nya , LCD pecah di sebabkan bateri meletop .. bayangkan jap eh .. kalau kita tengah cakap di telefon , letak betul dekat telinga , telefon meletop .. jadi apa la pipi kita yang mulus dan telinga kita tuh.

Seram fikir kan nyeee .. terus la bawak pergi repair .. telefon saya ni penting .. nak video call dengan suami nanti payah ..

tukar bateri iphone 5 murah

Tapi sebelum tukar tu , eloklah check dulu bateri iphone5 korang , dengan APPLE , kot dapat tukar free di bawah program penggatian bateri iphone5 yang di keluarkan antara tahun september 2012 ke january 2013. Apple pernah buat pengumuman bateri yang di keluarkan pada tahun tersebut memang bermasaalah. 

Rasanya kena tipu lagi.

Baru 3 hari lepas hantar iphone 5 ke kedai untuk di perbaiki. Kisahnya … Dulu saya pernah ceritakan dalam blog ini kena tipu beli iPhone 5 konon konon original dengan harga up sikit dari iPhone 5 set AP. KONON KONON YA. Saya dapat tahu pun semasa skrin iPhone 5 pecah dan saya bawa pergi perbaik di kedai memandangkan tak boleh claim waranty. Ceritanya ada disini — Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung . Saya tukar di tesco extra ampang je .. RM120 dapat WARANTY 6 BULAN  jika bayar RM79  dapat WARANTY SEBULAN. Saya ambil lah yang waranty 6 bulan. Bateri kalau nak rosak bukan dalam masa sebulan ye dak .. benci la .. mahal bebenor .. tambah benci sebab dapat set tak original. 

Konon konon original sangat lah ye. Eii geram betul. Selepas pakai beberapa bulan. Skrin iphone tu tercongek sikit. Tau tak tercongek tu apa ? dia macam terkeluar atau terangkat kot. Keee terkopek. Saya ingatkan masaalah skrin tu. Rupaya masaalah tu datang dari bateri.

Baru tahu ja ni. Kan dah tukar bateri original konon konon nya dengan harga RM150. Lepas tu sakit hati tak ? bila dapat tahu bateri tu tak original dan murah ja. Saya hantar perbaik di kedai baru ni baru RM60 … RM60 weh .. geram nya lah hai. Tipu orang hidup hidup. Abang yang repair tu sekali pandang ja dia tau. Tu bateri kembung bukan masaalah skrin. Apa ? kalau ku tahu dah lama bawa pergi kedai di tesco dan claim waranty sebab memang tak sampai 6 bulan lagi pun dah iphone tu tersadai.

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai

Published on: May 20, 2012 @ 17:12 : Satu lagi resepi minimalist , senang di masak sedap dimakan sambal ikan bilis petai , siapa yang tak makan memang rugi ... banyak gambar dalam laptop/iPhone tak di buat entri lagi , pecut ..sambil buat bisnes , hal anak-anak dan masak-masak memang tak boleh tinggal. Semasa pergi beli barang , saya ambil petai , ternampak 2 orang pekerja disitu yang berasal dari Bangladesh bercakap-cakap sambil tunjuk ke dalam bakul tempat saya letak petai , saya pandang bakul dan pandang mereka…

Pandora pertama

Pandora pertama katanya. Teringin sangat …. sangat teringin .. so update la status di facebook , en suami yang di perantauan pun nampak .. di komen ” macam-macam la sayang ni ” dan aku berdebar .. alamak dia nampak pulak .. selalu macam tak online je di facebook. Entahla ek .. en suami macam suka aku update status fb tu kerap-kerap , kalau tak update .. diam je.. dia semacam jelous .. dan dia akan call dengan macam-macam soalan. Sebab tu lah juga selalu update , buat apa .. sekian .. sekian.. nasib lah duduk jauh-jauh ..

Dia di tengah laut , nak harapkan call tanya itu ini kadang-kadang line tak berapa elok. Bila dia letih , dia tengok facebook dapat lah tahu cerita bini dan anak-anak dia .. rasanya la .. So kalau ada yang rimas dengan status den .. unfriend je lerrr … pandoraAntara yang ada dalam gambar moment aku :

  1. Sea glass murano : sebab suami ada di laut
  2. TT Queen bee : melambangkan aku sendiri. Nama bee kan.
  3. Charm L : Pun nama sendiri.
  4. Burst Clips : Tak kisah sangat bentuk clips ni , asalkan boleh guna , bracelet memang kena pakai clips , tiba-tiba ada adik manis jual murah , baru lagi tu , kotak ekslusif lagi tu. Sambar terus.
  5. Bangle Limited Edition Star , saja je beli preloved buat koleksi.

Harga Nokia N9 ??

Salam Bahagia Ehemmm.. selepas kay iaitu suami saya mendapatkan nokia N8 , maka saya pun teringin lalu cakap “bang nanti beli kat sayang henpon canggih lak ye” ok kay jawab nanti lah .. saya cakap “nak iPhone lah ” kay cakap ” iPhone tak best ” saya cakap lagi “blackberry pun ok lah ” memandangkan telefon saya tak berapa nk betul selepas dicelup-celup oleh baby kelmarin huhu so memang nak lah henpon baru .. tak lah kisah sangat canggih mana telefon tu , hanya sekadar boleh bertwitter…

Ada Sesuatu Di Peti Ais ku , Dia Di Tepi Tingkap

Salam Bahagia Semua :) Hurm bangun pagi-pagi macam biasalah bee ke dapur nak mulakan sesi ketung ketang di dapur tu , pagi-pagi haruslah memasak sesiapa yang ada anak kecil tu mesti faham dan mengalami benda yang sama , opss kalau ibu nya tak berkerja lah kalau ibu berkerja ni mesti lain sikit situasinya... Dah siap berkemas-kemas dapur tu , ku pun terus lah ke peti ais ku , tepandang satu kertas di celah celah magnet tu , erm aku pun baca ... Kakak aliya buat saya. kakak…