Hobi Baru Kraft Flet !!

Salam Bahagia Semua :) Ngantuk ..Ngantuk.. Dan pening semalan tidur lewat sakit gigi hari ni bangun awal ok ! pagi-pagi harus lah ku bangun dan melakukan kerja-kerja rumah yang biasa untuk para-para ibu .. Mengantuk amat ! tapi tak nak tidur sebab takut gemuk ! haha walau pun dah gemuk tapi takut jugak , Opss pertama nak bagi tau pasal post Bertajuk wordless wednsday tu , amboii ..ada jugak yang perihatin kot-kot puan bee di timpa poblem masaalah yer..hee tak de lah masaalah apa tapi saja suka-suka…
Setahun sekali je ke aku update blog ni ?

Setahun sekali je ke aku update blog ni ?

Assalamualaikum geng .. aku baru rasa sihat dan hobi-hobi aku datang balik. Update sedikit recap tahun 2023 untuk aku ingat-ingat. Tak semena - mena aku kena penyakit " kemurungan " . Tersangat lama kehidupan terumbang ambing. Terlalu banyak liku-liku perjalanan dan dugaan aku lalui dengan penuh rasa " blurr " . Apa aku nak pesan kepada diriku di sini. 2024. Tak semua perlu di luahkan, jaga diri jangan terlalu percaya orang. Sangat sangat perita ya azab dia. Tak ada orang boleh di percayai kecuali Allah s.w.t. Aku…
Beli mesin jahit sulaman singer SE300 – mesin pkp nama dia

Beli mesin jahit sulaman singer SE300 – mesin pkp nama dia

Saya tak ada apa nak cerita pasal life sangat , dah hari-hari duduk rumah saja. Hari-hari menjahit dan fikir makan pakai anak-anak je lah. Tapi ada cerita yang saya happy sangat nak share di blog. Di musim pkp ramai orang update shopping sana sini. Beli pokok dan tak lupa juga ramai suami-suami pening dengan " pulut dakap " saya ? tiba - tiba meroyan nak mesin sulam. Hari hari tengok youtube pasal sulaman. Hari hari tak boleh tidur terkenangkan mesin sulam. Saya tak boleh sabar. Satu perangai…
Resepi kuih kaswi kenyal guna sukatan cawan

Resepi kuih kaswi kenyal guna sukatan cawan

Sejak dah pandai buat kuih kaswi ni kan. Pandai la nak tempek resepi di blog pula. Allhamdulillah. Blog dah okay sikit. Mood dah cantik sikit. Anak yang paling kecik dah tak banyak ragam. Hutang dah banyak nak settel. Apa lagi kita nak ? Masak la kerja nya. Hobi lama kembali lagi. Iaitu masak dan tempek resepi di blog. Kuih kaswi ini saya belajar dari blog juga kawan-kawan. Tak menjadi pada mulanya. Tapi dah banyak kali prektis lama-lama periuk kukus menyampah kena sesumpah. Terus jadi elok. Resepi Kuih…

Rasanya kena tipu lagi.

Baru 3 hari lepas hantar iphone 5 ke kedai untuk di perbaiki. Kisahnya … Dulu saya pernah ceritakan dalam blog ini kena tipu beli iPhone 5 konon konon original dengan harga up sikit dari iPhone 5 set AP. KONON KONON YA. Saya dapat tahu pun semasa skrin iPhone 5 pecah dan saya bawa pergi perbaik di kedai memandangkan tak boleh claim waranty. Ceritanya ada disini — Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung . Saya tukar di tesco extra ampang je .. RM120 dapat WARANTY 6 BULAN  jika bayar RM79  dapat WARANTY SEBULAN. Saya ambil lah yang waranty 6 bulan. Bateri kalau nak rosak bukan dalam masa sebulan ye dak .. benci la .. mahal bebenor .. tambah benci sebab dapat set tak original. 

Konon konon original sangat lah ye. Eii geram betul. Selepas pakai beberapa bulan. Skrin iphone tu tercongek sikit. Tau tak tercongek tu apa ? dia macam terkeluar atau terangkat kot. Keee terkopek. Saya ingatkan masaalah skrin tu. Rupaya masaalah tu datang dari bateri.

Baru tahu ja ni. Kan dah tukar bateri original konon konon nya dengan harga RM150. Lepas tu sakit hati tak ? bila dapat tahu bateri tu tak original dan murah ja. Saya hantar perbaik di kedai baru ni baru RM60 … RM60 weh .. geram nya lah hai. Tipu orang hidup hidup. Abang yang repair tu sekali pandang ja dia tau. Tu bateri kembung bukan masaalah skrin. Apa ? kalau ku tahu dah lama bawa pergi kedai di tesco dan claim waranty sebab memang tak sampai 6 bulan lagi pun dah iphone tu tersadai.

Pageview sebulan blog Puanbee.com

Tadi , nampak seorang blogger update status tanya pageview blog di facebooknya. Baru lah tergerak hati nak tengok pageview blog sendiri. Ok lah pageview ni sebab jarang sangat update blog sekarang. Tetapi saya menerima traffic 100% dari google. Mereka mencari info dan kebanyakkan tips yang saya tulis dari pengalaman saya sendiri. Sebenarnya saya ada masaalah theme blog. Kalau anda perasan kejap-kejap tukar. Saya tengah mencari theme yang betul betul kena dengan jiwa. Header dalam proses. Kemudian saya akan buat sesuatu untuk mendapatkan income menggunakan blog ini. Saya tak rasa ada blogger guna cara ini lagi. Saya nak cuba dahulu sendiri. Untung ka rugi buat macam tu.

Allhamdulillah. Rezeki ALLAH nak bagi. Duduk diam-diam tiap bulan duit masuk dari adsense dan initty (tipu , tak lah duduk diam sangat sebenarnya ). Kalau tak ada rezeki tu buat macam mana pun tak dapat juga kan. Yang penting tak berhenti berusaha dan teruskan buat apa kita suka. Pedulikan apa orang kata. BLOG adaalah hobi saya dengan penuh minat. Belum masa nak bersara. Insyallah anak dah besar sikit nanti boleh update gila-gila. Minta anak jadi editor pun boleh. Berangan sebentar.

Di bawah adalah gambar pageview untuk sebulan bagi bulan MAY (tak cukup hari lagi ) , bulan APRIL dan bulan MAC. 
pv 4

pv 2

Tutorial mendaftar iklan ADSense bagi blog wordpress

Assalamualaikum dan hai , tutorial mendaftar iklan ADSense bagi pengguna blog wordpress ini di minta oleh seorang rakan blogger iaitu ciktom. Saya sebenarnya agak malu nak berkongsi , ye lah blog saya tidaklah hebat mana , tapi allhamdulillah dengan tidak menghadiri mana-mana event atau menerima banyak iklan dari adsvertiser Malaysia ni , blog saya masih mampu menjana duit. Duit ini lah yang akan di gunakan untuk membayar kos hosting dan domain serta bil internet saya. Jadi lah tu. Hobi menulis di masa lapang masih boleh di teruskan tanpa perlu modal dari poket suami. Saya surirumah tetapi bukan jenis suka meminta minta dengan suami. Saya seorang yang .. jika saya mahu saya akan dapatkan sendiri. Sebab tu lah saya buat bisnes emas kerana saya nak simpan emas sendiri. Termelalut pula.

adsense

Allhamdulillah , bulan ni merasa lagi cashout ADSense , harap berkekalan lah hendaknya dengan ADSense ni. Seperti yang semua blogger dah tahu , ADSense membayar blogger dengan matawang USD . Jadi agak lumayan lah juga.. Ciktom meminta saya buat tutorial bagaimana saya memohon ADSense dengan menggunakan blog wordpress berbahasa melayu. Sebenarnya saya pun ingat-ingat lupa. Saya mohon dulu diam-diam semasa ramai blogger mula memohon setelah ADSense menerima blog bahasa melayu. Malu lah nak kecoh – kecoh takut tak lulus.

Kemudian setelah membuat pemohonan kali pertama , ADSense reject blog saya. Atas nasihat blogger kak yanmie , beliau meminta saya buang semua banner iklan lain dan mula memakai theme blog yang simple , kemudian cuba mohon lagi kali ke dua. Mana tahu ADSense telah menerima pemohonan saya.

Cara mendaftar 

Tips Menjual Barangan Preloved Anda Di Facebook

Facebook , ada kebaikkan ada keburukkan , dah alang-alang menjadi pengguna facebook marilah kita gunakan sebaiknya. Walaupun dah ramai beralih ke instagram. Tetapi masih ramai juga pengguna facebook. PRE-LOVED bermaksud , barang yang kita sayang , masih elok dan cantik tetapi kita dah tak guna , so kita jual murah-murah. Itulah masudnya preloved , berbeza dengan bundle.

preloved item di internet

Baru-baru ini saya terjebak dengan group preloved di facebook. Tak sangka .. masih ramai mendambakan barangan pre-loved. Sesetengah orang berlumba-lumba membeli barangan mengikut jenama , trend. Tetapi sesetengah orang bertindak bijak dengan berlumba-lumba mendapatkan barangan pre-loved dan juga menjual barangan pre-loved sendiri. Jualan saya laris … macam pisang goreng. Saya jual banyak tudung AJ , baju anak-anak semurah RM5 ke RM20. Saya jual beg tangan , saya jual kasut , saya jual pandora .. semua pun laku lah. Allhamdulillah.

Tips Kurus Selepas Beranak Pinak

Saya dapat banyak PM ( Private Messege ) di Facebook , kebanyakkan nya dari pembaca setia blog puanbee.com ni. Terharu saya bila masih ada juga yang mengikuti perkembangan diri saya secara diam. Siapa lah saya ni .. hanya seorang surirumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa. Blog ni pun saya tulis sekadar hobi. Tak ada apa yang istimewa sangat pun.. kecuali bebelan biasa seorang ibu dan pengalaman pengalaman rakyat marhaen biasa.

Tapi .. di sebabkan dah berjanji juga dengan 2-3 orang pembaca yang saya akan share tips kurus dan kecantikan dari saya .. mereka nak tahu sangat apa saya buat terhadap diri saya , dari segi kulit dan bentuk badan telah berubah.

Saya kurus sikit .. saya masih gemuk. Huhu .. untuk mencapai berat ideal saya perlu buangkan lagi 25kg. Walaupun saya telah buang hampir 20KG lemak sebelum ni.

pb kurus 2

Di atas gambar saya dulu-dulu … masa ni anak baru 3 orang .. sihat sungguh … lebih 100kg berat saya waktu tu. Memang saya selalu tulis nak kurus , nak kurus , tapi tak pernah tercapai pun … macam-macam dah buat la .. makan segala ubat kurus duk macam tu juga. Pakai corset .. nampak shape tapi tak kurus juga.

Dua di bawah ni gambar terkini …

Macam mana nak kurus ?

Dah Besar Sikit Pandai Memilih

Dah besar sikit mula lah nak bangkang cakap ibu nyer huh ! anak-anak..nasib ko comel jer di mata ibu ekeke.... tengok si baby ni..dah besar sikit kan..tapi still kurus..hobi memanjat tak hilang lagi tu...pergi lah seluruh pelosok dunia pun mesti nak memanjat...kalau ada orang lain tengok baru lah nak pandai malu-malu sopan-sopan sikit kalau idok memang fenin kepala !..Tengok selipar baby..warna apa ? merah uuuuu...al -kisah nak pilih selipar nih cukuplah susah...ibu pilih pink dia tak mo...dia ambil selipar yang ibu pilih di campak nyer jauh-jauh..tapi tak…