8 Sebab Kenapa Anda Patut Melabur Dalam Jual Beli Tanah

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kebanyakan rakyat Malaysia sangat suka untuk mengubahsuai dan menjual semula rumah, atau membeli hartanah komersial dan persendirian untuk disewakan sebagai pelaburan dalam bidang hartanah. Bagaimanapun, ramai yang tidak peduli untuk melabur di lot tanah yang kosong. Mungkin ia tidak segah memiliki hartanah sewaan, tapi pelaburan di tanah kosong ini menawarkan potensi yang banyak.

Tiada Apa Untuk Digantikan Atau Diubah

Bila anda membeli tanah kosong, tiada apa yang perlu anda ubah atau baiki. Tiada apa yang boleh dicuri dan diganti. Dan anda juga bukan membeli tanah itu untuk dibangunkan, maka anda tidak perlu ada pengetahuan atau kemahiran dalam pembinaan atau mengupah mereka yang berkemahiran. Yang anda perlu titik beratkan adalah, sama ada tanah itu sesuai untuk dibangunkan – jika sudah ada yang melakukan pembinaan di parsel tanah itu, maka anda juga tak perlu risau tentang ini lagi.

Tiada Penyelenggaraan dan Tiada Kecemasan

Disebabkan tiada struktur binaan, anda tidak perlu berurusan dengan penyewa atau kutipan sewa. Anda juga tidak perlu mengupah pengurus hartanah, tukang kebun, atau tukang paip. Anda tidak akan menerima panggilan di waktu hujung minggu tentang bombong bocor atau apa-apa saja.
Tanah kosong tidak “kasar” dan “banyak songeh”. Ia juga tidak berhutang sewa dengan anda. Ia pelaburan yang baik dan tidak banyak karenah, walaupun beratus batu jauhnya. Tentu saja tidur anda tidak akan diganggu.

Tiada Persaingan

Kebanyakan pelabur hartanah cuma mensasarkan hartananh berstruktur – rumah, pangsapuri, dan hartanah komersial – dan mereka berada dalam satu bidang yang mempunyai banyak saingan. Lebih sedikit orang yang memahami dan tahu tentang kelebihan dan faedah melabur di tanah kosong, jadi persaingan sangat kurang dalam bidang ini.

Anda Tidak Perlu Berurusan Dengan Bank

Berbanding dengan binaan komersial dan kediaman, harga tanah kosong adalah jauh lebih murah. Ia bukan sesuatu yang pelik jika anda dapat memiliki tanah dengan wang yang ada pada anda (hanya beberapa ribu berbanding ratusan ribu Ringgit). Jadi, tidak seperti melabur di rumah kediaman, anda biasanya tidak perlu berurusan dengan bank, syarikat gadai janji, atau peminjam wang berlesen untuk membeli sebidang tanah.

Anda Boleh Berurusan Secara Maya

Dengan menggunakan portal seperti PropertyGuru, anda akan menemui banyak tanah untuk dijual dengan mudah di bandar dan kawasan berhampiran anda. Anda tidak dihadkan untuk membeli hartanah hanya di satu-satu kawasan sahaja, malah anda juga boleh membeli tanah yang jauh dari tempat anda. Adalah biasa untuk kita nikmati keuntungan dengan membeli, memiliki atau menjual tanah yang kita tak pernah jejak.

Belanja Yang Sedikit Dan Murah

Jika anda mendapat sekeping tanah dengan harga yang baik, biasanya masalah anda habis di situ. (Seperti yang kita huraikan di atas, tak banyak pun masalah yang perlu dihadapi). Tanah itu tidak berstruktur, jadi, tiada bayaran gadai janji; cukai hartanah pula rendah; dan jika anda mahu menginsurankan tanah anda, belanjanya juga agak rendah.

Anda Boleh Menjana Pendapatan Dengan Tanah Kosong

Bergantung pada lokasi dan jenis tanah anda, anda boleh sewakan sebahagian tanah anda kepada syarikat telekomunikasi untuk dibina pencawang, atau syarikat bekalan elektrik untuk projek penjana kuasa pacuan angin. Di sesetengah kawasan, anda juga boleh mengenakan bayaran kepada pemburu yang ingin berburu atau penternak yang mahu menggunakan tanah anda sebagai tanah ragut.

Anda Boleh Membuat Aliran Tunai Dengan Pembiayaan Penjual

Bila anda membiayai penjualan tanah anda, apa yang anda buat adalah mencipta satu aliran pendapatan pasif sama seperti anda sewakan hartanah anda, tanpa melibatkan liabliti yang sama dengan tuan rumah.

Ia berfungsi begini: Anda beli tanah dengan harga yang rendah. Bila nilainya meningkat, anda akan jual dengan nilai lebih tinggi. Dengan menjadi pembiaya, anda mungkin mendapat pulangan pelaburan anda bila pinjaman diluluskan. Kemudian jumlah bayaran yang anda dapat menguntungkan anda 100%.

Kesimpulan

Ada kata-kata yang memang sesuai untuk tanah, “Makin lama makin sikit”. Dengan mengalih arah pelaburan anda ke kawasan yang banyak “pertumbuhan”, anda tentunya akan mendapat pulangan wang dengan keuntungan yang melimpah ruah.

Comments

  1. kena pandai juga cari hartanah mana yang bernilai..sebab tu kena banyak membaca jugak kalau nak belajar pasal hartanah ni

  2. Jual beli tanah di lokasi yang betul memang boleh jana keuntungan yang lumayan. Tetapi skrg byk bank tidak mudah keluarkan pinjaman, susah sgt utk dapt kelulusan utk buat laburan atas tanah.

Speak Your Mind

*