6 JENIS ROTI PALING TERKENAL DI DUNIA

Siapa kata artis je boleh terkenal di dunia. Roti pun ada yang terkenal jugak ok. Selama ni kita hanya tahu makan roti tapi tak ramai yang kenal jenis jenis roti yang di makan. Bagi dia, semua jenis roti adalah roti jer hehehehe

Tapi tak salah kita ambil tahu serba sedikit pasal roti ni. Ia juga salah satu cabang ilmu juga lebih lebih lagi bagi mereka yang nak sambung belajar dalam bidang masakan. Maybe dalam pastri ke kan. So penting juga untuk tahu jenis jenis roti yang ada

Kalau nak cerita semua jenis roti yang ada kat dunia ni memang terlalu banyak.. Tapi saya akan sharekan dengan anda 7 jenis roti yang paling popular di dunia.

Mesti ada nak tahu kan 7 jenis roti tu kan?

1. French Bread

Roti French ni paling legend dan unik! Kenapa? Bentuk yang panjang, tekstur keras tapi bila masuk mulut rangup rupanya! Roti French sangat berkualiti kerana bila dibakar, ia menghasilkan tekstur agak pecah atau retak. Lawa je rupa roti korang nanti!

Orang Eropah dan Australia suka guna roti ni buat sandwic untuk sarapan dan kudap-kudap di waktu siang. Tambah pulak sayur, daging dan keju, memang kenyang la cerita dia!

2. Baguette (baca: baget)

Susah kan nak sebut? Roti Baguette ni lebih kurang macam roti French tapi versi besar. Teksturnya juga keras tapi panjangnya mencecah 60cm dan permukaanya biasanya berbelah. Rasa dia tawar je! Biasanya, orang beli roti Baguette ni bila nak buat sandwic atau garlic bread.

Nak buat garlic bread senang je. Potong roti Baguette serong-serong, kemudian sapu garlic butterdan bakar dalam ketuhar sampai rangup. Sedapnya kalau dapat cicah dalam mushroom soup kan?

3. Foccacia

Roti Foccacia ini berasal dari Itali. Bentuknya lebar dan tebal macam bantal. Teksturnya pulak lembut, agak padat dan sangat mengenyangkan kalau dibuat sandwic. Selepas dibakar dan sebelum dihidang, permukaan roti Foccacia ditabur tepung supaya nampak menyelerakan!

Dalam pembuatan roti Foccacia, sedikit campuran rosemary ditambah supaya adunannya harum dan rangup!

4. Rye Bread

Bentuk roti Rye sama macam roti French. Tapi, ia diperbuat dari tepung rye, seakan gandum. Warnanya coklat tua kerana kandungan rye. Teksturnya juga keras seperti roti French. Kalau nak tahu, roti Rye sangat berkhasiat, tetapi ramai yang kurang suka sebab ramuan ‘rye’ masih kasar dan terasa di mulut. Huhu!

5. Multigrain

Haa, kalau roti Multigrain ramai yang suka sebab ia lembut dan berkhasiat. Bentuknya segi empat seperti roti tawar biasa, tapi jangan main-main dengan khasiatnya tau! Sama seperti roti Rye, Multigrain juga termasuk di dalam jenis roti gandum yang kaya serat. Ia berwarna coklat dan kalau korang perasan, kelihatan gandum di setiap hirisannya. Yumm!

6. Bridge Roll

Roti Bridge Roll ni bukanlah roti jambatan ya! Jenis roti ni paling digemari orang Indonesia dan ia juga biasa dipanggil soft roll. Bentuknya panjang, padat dan mempunyai tekstur lembut. Ia dibuat dari tepung gandum, berwarna putih dan rasanya tawar. Orang Eropah atau Australia jarang makan roti ni.

Sedikit perbezaan, roti Bridge Roll ni lebih kecil berbanding roti French atau Rye. Comel je kan?

Sumber : OhBulan

Moga info ini memberi manafaat kepada semua penggemar roti. Lepas ni korang dah tahu kan jenis jenis roti ni.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *