4 Tips Untuk Lulus Permohonan Belajar Ke Maghribi

Melalui artikel saya yang lepas info tentang   peluang melanjutkan pelajaran percuma di Maghribi  saya mengesan kerisauan ibu bapa yang melihat peluang yang tipis untuk menghantar anak mereka belajar di Bumi Maghribi. Tanpa menafikan rezeki masing-masing, terdapat beberapa tips daripada saya supaya mudah diterima belajar di sana. Disini saya berkongsi 4 tips untuk lulus permohonan belajar ke Maghribi. 

  • Target Beberapa Subjek Penting

Untuk menyambung pelajaran di Maghribi, terdapat beberapa pelajaran penting yang perlu di’score’ semasa peperiksaan SPM. Pelajaran tersebut ialah Bahasa Arab Tinggi. Sebaik-baiknya mendapat A1. Selain subjek ini, para pelajar juga perlu ambil perhatian kepada subjek Bahasa Inggeris dan subjek-subjek Islam yang lain seperti Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

  • Score A Sebanyak Mungkin

Semakin hari, persaingan ke menara gading semakin tinggi. Justeru, eloklah berlumba-lumba untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam semua subjek.  Pada kemasukan 2012, saya difahamkan bahawa kebanyakan mahasiswa/wi ke Maghribi ialah pelajar-pelajar cemerlang di dalam SPM. Rata-rata mereka mendapat 10A hingga 12A di dalam SPM. Tentunya pelajar yang lebih cemerlang akan diberi keutamaan bagi mengisi 15 orang pelajar yang akan dihantar. Namun, peluang ke Maghribi masih cerah jika dibuka pengambilan kedua.

  • Pergi Dahulu Dan Mohon Kemudian

Terdapat cara yang agak berisiko iaitu mahasiswa tersebut pergi dahulu ke sana untuk tujuan belajar Bahasa Arab dan mencuri kekosongan yang ada jika dibuka tawaran tersebut di sana. Ini pernah dilakukan oleh seorang mahasiswa semasa saya belajar. Dia datang sebagai pelajar Bahasa Arab di sebuah institusi pengajian swasta, kemudian beliau memohon untuk belajar setelah ada beberapa pelajar yang menolak untuk datang ke Maghribi. Melalui cara ini, tidak berlaku persaingan kerana nama mahasiswa tersebut dicadangkan oleh pihak kedutaan di Maghribi.

  • Daftar Melalui Yayasan Negeri Yang Berpengaruh

Terdapat beberapa negeri yang mempunyai dana yang besar untuk menghantar pelajar mereka ke luar negara. Antara yayasan yang saya lihat dapat mempermudahkan urusan permohonan ini ialah yayasan dari Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Yayasan di negeri-negeri ini boleh dikatakan menghantar ramai mahasiswa ke Maghribi pada setiap tahun berbanding negeri-negeri lain. Justeru, kebarangkalian untuk diterima itu lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Sekadar itu dahulu, celoteh saya pada kesempatan ini. Semoga terjawab soalan yang bermain di minda para pembaca.

Artikel 4 Tips Untuk Lulus Permohonan Belajar Ke Maghribi ini di tulis oleh :

Nama Pena : Arrazi
Nama Blog : MyArrazi.com
Jom baca :   Melawat Bandar Lama Fes Tapak Warisan Sejarah

Comments

  1. Amierul Haieqal :

    Terima Kasih atas perkongsian Info ini…SYUKRON

  2. Tips2nya sangat bagus nie, semoga bermanfaat bagi semua

  3. Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga lepas ni ramai ramai rakyat Malaysia yang berpeluang menyambung pengajian pergi ke Maghribi…

  4. untung kalau dapat belajar kesana..dah la percuma dapat jugak belajar benda baru berkaitan masyarakat diaorang..

  5. Hehe..kena usaha lebih la nampak kepada jalan cerita PB ni.hehe

  6. Melanjutkan pelajaran percuma ni bagus ni. Dah la dapat belajar, percuma plak tu. Memang satu peluang yang sangat bagus. Berusahalah untuk mendapatkannya. 😉

  7. bagus tip-tip, selamat memohon pada pelajar-pelajar semua.

  8. laaa..igatkan kak bee pernah belajar kat maghribi..rupa- rupanya sekali orang lain yang tulis entri ni..hehehe

  9. nak sambung study ke PB

  10. Terima kasih Puan Bee kerana memberi ruang untuk saya menjawab persoalan pembaca artikel yang lalu.

Trackbacks

  1. […] Nama Pena: ArraziNama Blog: MyArrazi.comArtikel Lalu : Senarai Pembaziran Dalam HidupSambungan entri ini :   4 Tips Untuk Lulus Permohonan Belajar Ke Maghribi […]

Speak Your Mind

*