4 Perkara Cuba Di Elakkan Ketika Suami Sakit

Ilham tengah malam . Waktu nak pejam mata , masa tu lah ilham datang menunjai-nunjai di kepala ni. Saya hendak berkongsi lah , 4 perkara yang kalau boleh kita cuba elakkan ketika suami sedang sakit.

1 : Elakkan membincangkan masaalah kewangan.

Perkara ni , bukan isteri je patut cuba elakkan , tetapi semua sahabat handai , keluarga dan pelawat patut cuba elakkan. Rasa tak patut nak membebankan pesakit dengan masaalah kewangan , tidak enak dan tidak sesuai sangat-sangat. Manalah tahu , sekiranya pesakit menjadi bertambah risau dan menambah beban di hati nya. Dan macam-macam penyakit pulak timbul … Kita tak tahu kan ? Jadi kalau boleh cuba elakkan.

2 : Elakkan bermasam muka dengan suami.

Kalau setiap kali waktu melawat , si isteri bermasam muka , rasanya suami akan kecik hati kot! mesti dalam fikiran dia “suka aku time sihat je , time sakit kau benci ya ” nanti dia balas dendam kesumat bila dia dah sembuh dari sakit pulak. Naya beb!

3 : Belagak macam serba tahu.

Walaupun tak tahu jalan , walau pun tak berapa pandai memandu , walaupun tak berapa pandai nak berurusan dengan pihak lain , yang melibatkan kesihatan beliau .. Buat je! Tetapkan pendirian dan buat je! Tawakal .. Allah bersama kita.

p/s : Ikut pengalaman sendiri , puasa lah sesat setiapkali nak pergi dan balik , salah masuk jalan sikit sesat , berangan masa bawa kereta pun sesat. Pandai memandai nak ikut jalan lain dari biasa pun sesat. Semua tak beri tahu suami tau! layan kan aje… Minyak kereta boleh isi …tak pa.. sabaq … sabaq ….. nak bagi tau minyak kereta parak kalau selalu sesat ni ..

4 : Tunjukkan kasih sayang tak berbelah bagi.

Ahaaaaa…. tapi tak boleh lebih .. ehem.. faham2 sudah .. Masa ni lah nak tunjukkan kasih sayang tak berbelah bagi , bukan selalu orang lelaki nak jatuh sakit dan nampak lemah di hadapan orang tercinta nya , betul tak ? suka tunjuk gagah perkasa je .. kerja kuat untuk anak bini bunyi pun. Sampai tak jaga kesihatan diri . Jatuh sakit pun nak belagak perkasa gak … sabar je lah ..

” amboi dia tu ….. Awak kena tengok juga , bini dan anak awak akan susah hati kalau awak jatuh sakit tau … “

Related :

  1. #ww : Hospital Pusrawi
  2. Vertigo , Darah Tinggi dan Strok Di Otak

21 thoughts on “4 Perkara Cuba Di Elakkan Ketika Suami Sakit”

  1. Let your kids learn while having fun with the Maddie and Matt app series! Visit maddieandmatt.com to learn more about the educational application perfect for your kiddos!

  2. Setuju! Moga dia akan sedar yang kita ni betul2 sayangkan dia. Time susah dan time senang. Insya allah dia tak lupa. Masa sakit dan tak berdaya ni, mmg sangat harapkan empati dan kasih sayang insan tersayang

  3. emm sempat lagi idea datang tu..memag terbaik sungguh ler…emm betul tu puanbee..senyum isteri tu penawar sakit suami tau..hehe

  4. no.2 dan 4 ada hubungkait..kalau time sakit, suami memang nakkan perhatian daripada isteri..kalau isteri layan baik, rasa sakit tu sekejap je nak hilang.

  5. rasanya yg no 1 tu bukan masa suami sakit je. masa suami tgh susah hati fikirkan byk masalah lain pun tak elok disebut2. Kena selalu bersabar dan kuat. Insyallah ada hikmahnya di sebalik ujian ini utk Puan Bee sekeluarga.

  6. lagi satu……..jangan nak melawa lebih² time dia sakit
    biasa tak mekap pun….bila dia sakit, mula dtg hospital mekal kasut 4 inci
    hah…yang tu pun kena elakkan…hihihihi

  7. Bee, Myra tak dapat baca dari No 1-3 sebab kat opis akan keluaq putih je, nanti myra PM kat FB na..

    3 hari dah nak baca kisah Bee kat opis tapi tak leh.
    Balik rumah jarang online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *