32 Tahun Tak Jumpa

Selamat hari raya semua .. saya tak berkesempatan untuk buat special entri bagi mengucapkan selamat hari raya untuk rakan-rakan blogger dan pembaca puanbee.com , semua persiapan di buat last minit macam tu lah … Amacam raya dah habis ke ? masih beraya ? atau mood golek-golek di rumah sendiri ?

Tahun ni , puasa sekejap je habis , cuti raya seminggu pun sekejap juga habis… tak puas rasanya …Tetapi tahun ni , ada juga lah yang bermakna.. Memang biasa setiap kali beraya , saya akan mengajak emak pergi ke rumah saudara mara emak , ramai sedara mara emak yang kami masih tak kenal , dulu kecik-kecik emak tak sempat nak bawa kami melawat sedara mara .. susah sebab kena naik bas segala .. sekarang ni masing-masing ada kenderaan sendiri boleh lah jejak kembali sedara mara kan..

32 tahun tak jumpa

Kononya tujuan emak kali ni nak tengok orang sakit , dengar cerita pakjang sakit di Bagan Serai Perak , tapi semenjak pakjang pindah duduk di rumah lain , tak ada seorang pun saudara lain yang tahu rumah pakjang , di dalam perjalanan jenuh juga call sana sini.. tetapi tetap tak dapat jumpa pakjang.. agak terkilan disitu…

Tetapi di dalam rasa terkilan itu .. kami secara tak sengaja , ke rumah tok saudara emak , tok nek sendiri dah lama meinggal dunia. Emak cakap semasa dalam perjalanan ..

“Haa hang pa belok sini , belok sana dulu-dulu ada banyak ‘anne’ mabuk minum tuak terbaring di kaki lima , dulu-dulu , ramai orang jual kerang di tepi-tepi sungai ni , depa jerit .. kerang … kerang … , dulu-dulu mak datang sini naik bas , berenti di depan tu , bawak abang hang , abang hang kecik lagi dulu “

Sambil bercerita , kami sesat .. apa yang mak bayangkan , kini tak ada lagi .. jalan sudah berubah.. namun… nasib baik .. emak turun bertanya pada orang disitu dan ada yang kenal tuk nek sedara tersebut.

Allhamdulillah sampai juga ke rumah pakcik , yang pertama kali kami tengok , kenal dan beramah tamah.. Syukur pakcik dan isterinya menyambut baik kami.. dari situ .. ramai sedara mara lain yang kami tak pernah kenal , tengok dan tegur.. kalaulah ter sentuh bahu ketika berjalan , pun kami tak tahu yang tu mak sedara / pak sedara kami ..

Emak sendiri cakap … 32 tahun tak jumpa ..sejak emak berkahwin , beranak pinak dan opah meninggal dunia. Emak dan pakcik sama – sama teruja semabang sampai tak hingat nak makan..

Terbayang kegembiraan di wajah emak 🙂

P/S : Gambar memang banyak tak boleh di paparkan atas permintaan tuan rumah , sebab makcik tak bertudung waktu tu hehehe…

18 Comments

  1. puan kutu 29 August 2012 Reply
  2. Nadot 28 August 2012 Reply
  3. titan 27 August 2012 Reply
  4. Hafizul 27 August 2012 Reply
  5. ummiross 27 August 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 August 2012 Reply
  6. sweetkurma 27 August 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 August 2012 Reply
  7. Ibu Mifzal Arsyad 27 August 2012 Reply
  8. eiela 27 August 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 August 2012 Reply
  9. mia liana 27 August 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 August 2012 Reply
  10. mama adam 27 August 2012 Reply
  11. Jebeng Otai™ 26 August 2012 Reply
  12. Ummi Hanie 26 August 2012 Reply
  13. Azman Ishak 26 August 2012 Reply
  14. Denaihati 26 August 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.