3 PEKARA YANG MENYEBABKAN KITA DI TIMPA MUSIBAH

Baru baru ni nampak ramai yang mula berkongsi kenyataan dari seorang pakar motivasi Dr Muhaya berkaitan komen beliau kepada isu Pusat Tahfiz yang terbakar mengorbankan 24 orang.

Antara yang di sebut Dr Muhaya adalah 3 perkara yang menyebabkan sesuatu musibah itu menimpa seseorang.. Antaranya

  1. Musibah adalah kerana Allah ingin membalas dosa yang kita lakukan
  2. Musibah adalah kerana Allah ingin mengampuni dosa kita
  3. Musibah adalah kerana Allah nak naikkan darjat kita

Apabila berlaku musibah dan apa2 masalah kalau kita rasa marah menurut ulama itu petanda Allah sedang membalas dosa kita.

Seandainya kita sabar dengan ujian & musibah tersebut petanda Allah sedang mengampuni dosa kita.

Dan sekiranya kita tenang menghadapi musibah tersebut.. Petanda Allah sedang mengangkat darjat kita.

Kita yang macam mana bila di uji atau di timpa musibah? renung renungkan…

Sekadar perkongsian untuk semua yang membaca blog ini. Moga menjadi ilmu & panduan yang berguna dalam kehidupan seharian kita. Kita manusia yang tidak terlepas melakukan dosa.. Jadi mungkin ada dosa2 Allah sedang balas dari musibah yang kita terima, maka kembalilah mohon keampunan dari Nya.

Speak Your Mind

*