25.01.2012 & Duit Baru Ditangan

Share

Selamat hari lahir abang … maaf lambat beri hadiah 🙂 sebab nya 25.01.2012 bukan kah kita tengah menggila duk dalam kereta dari Taiping ke KL , KL pulak ke Melaka dan Melaka ke KL , semuanya membuatkan saya rasa sangat letih .. dan tak mampu nak beli hadiah ..kehkehkeh alasan yo!

Gambar duit RM5 baru

Sebenarnya dah 9 tahun kawin ni , membuatkan saya kenal sangat-sangat suami saya , kalau tak beri hadiah pun tak apa .. saja je nak beri hadiah juga .. kebetulan si Maya nak jual koleksi duit baru ni , dan si suami saya juga pengumpul duit sama ada duit baru atau lama , so saya teringin nak tolong tambah koleksi tu ..

Gambar Duit RM1 dan RM20 baru

Gambar atas duit RM1 dan RM20. Gambar bawah pandangan depan frame duit yang di beli ni .. semasa lepas beli dari Maya saya naik LRT pulang , sambil tu saya belek-belek duit ini .. ada seorang untie tegur .. banyak lah yang di tanya .. bila saya cakap ..duit ni beli dengan harga lebih sikit dari jumlah sebenar .. terus untie tu cakap ..aiyyooo beli duit pun mau cas .. saya pula terkedu .. nak terangkan kenapa duit ni special.

Pandangan Depan

Puas hati dapat tengok duit RM20 baru , bila tengok gambar duit baru di berita kelmarin , dengan duit RM20 secara live , memang nampak perbezaannya ,,,rupanya duit RM20 bukan warna kuning , tapi warna oren ke emasan gitu .. cantik..

Gambar Duit RM20 baru

Sekali lagi ..

Selamat hari lahir abang ..moga murah rezeki , sihat walafiat ..dan menjadi ketua keluarga terbaik buat sayang dan anak-anak kita .. amin ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

36 Comments:

  1. cantiknya warna duit rm20 tu…

    slamat ulang thn utk hubby Bee…

  2. selamat hari lahir abang.opss selamat hari lahir en kay.kihkih..

    untung dpt hadiah dari isteri..kutu sejak dah kawen tak pernah bg hadiah.haha…

  3. Een suka collect duit syiling.

  4. hepi besday encik kay…cantik semua duit tu bee tapi akak belum lagi dapat tengok kat depan mata..huhuh

  5. Semoga panjang umur murah rezeki. X tgk lg duit kertas yg baru. Duit syiling 10 sen 20 sen dah byk. 50 sen pun x tengok lagi

  6. tak meraso lagi den pgg duit baru …

    epi besday utk zaujatuki (suamimu)

  7. wa, masih lum merasa tuk memilikinya…

  8. bestnya dapat duit baharu ye.. cantik pulak tu kak.. happy belated birthday untuk suami akak,..

  9. bilalah dapat rm20 yang baru tu ya..

  10. sy nak RM20. cntik !!!

  11. rezeki suami Puan bee…

  12. cantiknya rm20.. bila nak jumpa ni.. dah jumpa 50sen dgn 20sen ja..

  13. wahhh, selamat hari lahir dan semoga kekal bahagia

  14. selamat hari lahir…:)

  15. Selamat hari lahir kepada suami Puan Bee. 🙂

  16. selamat hari lahir buat suami PBee.

  17. selamat hari lahir buat suami bee..semoga panjang umo,murah rezeki dan eppy2 selalu di samping keluarga tersyg..beruntung tul..dpt hadiah duit baru dr isteri terchenta =)

    chii nak gak bleh :p

  18. smart doe duit rm20 dengan rm5 2…
    kena simpan buat koleksi nie

  19. wah cantik betul rekaan duit baru kita ye, suka warna keemasan tu 🙂

  20. Salam Bee,

    Happy Belated Birthday untuk hubby Bee.
    yeayyy sedapkan bee bau duit baru hahahaha 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *