RAYA 2017 – KEBAYA KEMBALI MENONJOL

pic:kebayaku_pastel

Raya 2017 fesyen kebaya kembali menonjol dan menjadi trend untuk tahun ini.Rata-rata penggemar fesyen mula mencari kebaya untuk dipakai menjelang lebaran nanti.Selepas bertahun-tahun kebaya bagaikan dipinggirkan akibat perubahan fesyen yang lebih tertumpu kepada fesyen  peplum, kurung moden dan  jubah yang menghiasi dunia fesyen masyarakat kita sejak beberapa tahun lepas.

Apa yang menarik nya kebaya kini bukan saja dikomersilkan dengan menggunakan fabrik yang pelbagai malah rekaan nya juga dimodenkan bersesuaian dengan citarasa dan trend masa kini.

Kebaya dikatakan berasal dari Indonesia  kemudian menyebar ke Tanah Melayu beratus tahun yang lalu.Pada masa itu  kebaya dipakai bersama kain batik ketat untuk menojolkan ciri-ciri kewanitaan pada si pemakai.Dengan peredaran masa kebaya indonesia dan kebaya dinegara kita mula menampak kan perbezaan.

Pic: na_ratna12

Sekarang kebaya direka dengan tidak mengenepikan budaya dan permintaan pemakai.Rata-rata masyarakat kita sejak bertahun yang lalu sudah meninggalkan Fesyen kebaya pendek bersama kain batik ketat demi menghormati  norma penduduk setempat.Namun ciri-ciri dan unsur kebaya itu tetap dikekalkan untuk menjaga tredmark nya dalam menghasilkan kebaya moden

Kebarung , kebaya labuh ,kebaya nyonya,kebaya panjang dan ada beberapa lagi jenis kebaya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Berbeza dengan kebaya dari Indonesia , tidak banyak yang dimodenkan dalam kebaya di negara kita.

Kebarung- Pic:syinotikin

Contohnya seperti kebarung ini.Ianya masih mengekal kan ciri-ciri tradisional kebaya  cuma ianya lebih ringkas dan tidak terlalu ketat.Kebarung sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk badan agak besar .Dipadankan dengan kain selisih depan dan lebih manis lagi dengan tambahan dokoh di bahagian depan nya

Kebaya peplum- pic: Nusshop

Kebaya peplum paling popular di masa kini.Ianya menggabungkan kebaya dengan potongan rekaan  peplum.Kebaya peplum yang pendek sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai potongan badan yang ramping namun bagi mereka yang berbadan besar boleh memilih potongan pelum yang labuh .Kebaya peplum sesuai dipakai dengan kain potongan mermaid dan dihiasi dengan dokoh.

Kebaya Nyonya – Pic: Helloraya.co

Kebaya Nyonya pula biasanya potongan nya lebih pendek dan digayakan dengan kain batik . Jika dulu kebaya nyonya tidak lengkap jika tidak disertakan dengan keronsang dan sulaman serta  kerawang dibahagian bawah baju.Tapi kini rekaan nya lebih ringkas dan lebih menekan bahagian kain nya.Bagi pendapat saya kebaya nyonya tradisional lebih menarik dan cantik.

Itu lah serba sedikit mengenai kebaya yang menjadi trend Raya 2017 kali ini.Mungkin anda sudah memikirkan fashion kebaya manakah yang akan anda gayakan di lebaran nanti.

Terima Kasih..

Kungfu Steam Seafood – Rasa seafood sebenar

Hai .. Salam ramadan dan salah sejahtera buat sahabat pembaca blog puanbee.com. Diharapkan semua anda berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Meh sini akak nak rekomendasi satu restoran seafood yang saaaaaaaaangattttttttt sedap masakan nya. Saaaaangaaaatttttt fresh dan manis isi seafoodnya. Tak tipu .. sungguh ni akak cakap.

Restoran Seafood Kungfu Steam terletak di Puchong Selangor . Akak pergi makan dengan anak-anak. Enjoy sangat makan di situ cuma terkilan sebab ayahnya tak ada. Akak dengan anak-anak memang peminat seafood  tau .

Tak de sorang lagi dalam gambar ekk ..

Set Makanan Tengah Hari – Ramen Seafood Pilihan

Istimewanya di sini , anda pilih nak makan mee dengan bahan apa dan kuah apa. Hanya dengan 3 langkah mee hoon atau ramen pilihan akan terhidang. Akak cuba ke tiga – tiga jenis kuah . Kuah kari , kuah sup dengan kuah tomyam. Sedapnyaaaa .. ya ampun .. nasib baik jauh , kalau dekat nak juga pergi hari hari. Tapi akak cuba ramen je hari tu. Mee hoon biasa dah makan kan

Cara nak pilih

  1. Pilih kuah seperti  Superior Soup  , Curry Laksa Soup dan Tom Yam Soup.
  2. Pilih Mee hoon atau Ramen
  3. Pilih bahan  – contohnya macam akak pilih di bawah ni.

Read More

CARA KERINGKAN PAKAIAN DENGAN LEBIH CEPAT DIMUSIM HUJAN

Cuaca sekarang tak menantu.Ada kalanya cerah dan kadang-kadang seharian hujan turun tidak berhenti-henti. Bagi wanita yang menguruskan kerja-kerja rumah mengikut jadual ianya tentu agak menyukarkan anda untuk keringkan pakaian dengan lebih cepat dimusim hujan .Jika dibiarkan dalam keadaan lembab dan basah  tentu pakaian akan berbau , dan kita juga yang akan stres sendiri.

picture:gogingham

Tapi jangan risau ,ada beberapa cara  keringkan pakaian dengan lebih cepat dimusim hujan yang akan saya kongsikan dengan anda .

Zaman sekarang mesin basuh memudahkan kerja-kerja mencuci pakaian namun kita tetap perlu mengeringkan nya supaya ianya lebih kering sempurna dan pakaian tidak berbau busuk.Anda boleh  menjarakkan gantungan baju .Elak kan pakaian yang dijemur  saling bertindih ,Cara ini akan buat pakaian lebih cepat kering .

picture:walworthappliances

Jika sebelum ini anda tidak menggunakan hanger ketika menjemur pakaian, sebaiknya anda mulakan dari sekarang.Menjemur pakaian menggunakan hanger membuatkan pakaian lebih cepat kering dan penggunaan ruang nya juga maksima.Walaupun diruangan yang kecil mampu untuk mengantung pakaian yang banyak.

Anda juga boleh menggunakan kipas angin untuk buat pakaian cepat kering di musim hujan.Angin pada kipas akan menyejat air pada pakaian dan menghapuskan bau serta membuat pakaian lebih cepat kering .Anda boleh keringkan pakaian dalam masa 5 jam jika menggunakan cara ini

picture:pinterest.com

Untuk keringkan  jeans atau jaket dengan cepat  anda boleh menggantung nya di dalam bilik yang hangat .Pastikan lampu dibuka kerana cahaya lampu juga boleh membuatkan pakaian cepat kering di musim hujan.

Penggunaan alatan seperti pengering rambut atau hair dryer  dan seterika juga  mampu keringkan pakaian dengan cepat. Lalukan hair dryer pada pakaian dan kemudian gantung di tempat yang mempunyai angin.Anda juga boleh menggosok pakaian menggunakan seterika dan kemudian anginkan pakaian anda selama 3-4 jam.namun cara ini hanya berguna untuk fabrik tertentu sahaja kerana dikhuatiri fabrik akan rosak.

Bagi anda yang ingin keringkan baju dengan cepat di malam hari ,cara keringkan baju yang dikongsikan ini juga boleh anda praktik kan .

Terima kasih

 

Tak ada masa untuk mencuci ? Ini berita gembira untuk mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

MAMA WOSH – Menyediakan perkhidmatan (Dry Cleaning & Delivery ) untuk kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

MAMA WOSH mencuci pakaian harian seperti t-shirt , stokin , seluar dan lain lain pakaian anda . Bukan sahaja terhad kepada pakaian malahan juga boleh mencuci barangan kelengkapan rumah lain seperti selimut , tuala , cadar , sarung kerusi , lapik meja dan lain lain barangan berkaitan kain. Selepas pakaian / barangan anda di cuci MAMA WOSH akan melipat pakaian anda dengan penuh kasih sayang.

Anda juga boleh meminta MAMA WOSH menggunakan pencuci organik jika anda alergik terhadap sabun pencuci biasa. Mama WOSH juga menawarkan perkhidmatan mencuci kotoran degil dengan tangan. Cucian tangan untuk memastikan kotoran degil yang melekat hilang tanpa merosakkan pakaian anda. MAMA WOSH menggunakan air jernih & segar dan bahan pencuci mesra alam yang terbaik untuk memastikan pakaian anda berbau segar, kekal cerah dan sentiasa membuat anda kelihatan kemas .

Jika pakaian anda memerlukan cucian kering jangan risau MAMA WOSH ada sediakan DRY Cleaning juga contoh nya cucian untuk jaket dan sut  , rawatan stain removal untuk  pakaian untuk kawasan tertentu juga ada dan akan di lakukan oleh ” angle ” MAMA WOSH.

MAMA WOSH .. Bagaimana dengan langsir ? MAMA WOSH boleh cuci ? Read More

INI CARANYA PAKAI JEANS KE TEMPAT KERJA

Hi Semua..

Jeans memang menjadi pilihan ramai orang malah kita boleh melihat dimana-mana sahaja pasti ada yang memakai jeans.Ianya bukan perkara aneh jika anda memakai jeans untuk acara dan aktiviti santai namun bagaimana jika jeans dipakai ketika di tempat kerja.Ada banyak pendapat mengatakan jeans tidak sesuai di pakai di tempat kerja.Apa pandangan anda?

Hari ini  saya akan kongsikan beberapa tips berpakaian ke tempat kerja dengan jeans.Mungkin  ianya akan mengubah persepsi anda terhadap jeans sebagai pakaian ke tempat kerja.

Jeans Yang sesuai dengan persekitaran kerja

Memang selesa memakai jeans apa lagi jika dapat dipakai ke tempat kerja.sebelum mengenakan jeans sebagai pakaian kerja anda sebaiknya anda teliti dahulu bagaimana suasana dan persekitaran kerja anda.Adakah sesuai mengenakan jeans atau pun tidak.Ada pekerjaan  yang tidak sesuai mengenakan jeans contohnya  seperti guru .Tapi masih dikira beruntung kerana anda masih boleh mengenakan jeans untuk aktiviti-aktiviti sampingan berkaitan sekolah .

Gambar: iowagirleats.com

Terdapat 10 jenis potongan jeans yang selalu dipakai oleh wanita.Ianya terdiri dari Straight leg,Boot cut,Super-flare ,Skinny ,Wide leg,Ankle legth,Boyfriend cut,Trouser cut ,High-waist dan Acid-wash.Anda perlu elak kan memakai jeans jenis Acid-wash dan Boyfriend cut sebagai pakaian ke tempat kerja . Acid wash adalah jeans yang ketat di bahgaian atas sehingga ke bawah.Ianya seakan-akan legging .Jeans jenis ini sangat terkenal pada awal 80an.

Yang kedua nya ialah  jenis boyfriend-cut. Jeans jenis ini biasanya lebih singkat, seksi dan ianya sangat sesuai untuk dipakai bersama blouse pendek dan t-shirt .Sesuai digayakan untuk party dan makan angin .

Gaya berpakaian dengan jeans ke tempat kerja

Read More

CARA MEMILIH KASUT YANG BETUL DAN TEPAT

Hi Semua… Di zaman sekarang tujuan kita memakai kasut bukan lagi semata-mata untuk melindungi kaki tapi juga ianya untuk melambangkan keyakinan dan  status diri. Begitu lah peredaran masa merubah kepentingan sepasang kasut.

Namun kepentingan utama sepasang kasut tetap diutamakan dalam pembuatan dan pemilihan kasut.Kasut yang dipakai mestilah selesa dan selamat.Kasut jenis A mungkin sesuai untuk rakan anda tapi tidak bagi anda kerana itu memilih kasut yang betul adalah sangat penting .

Cara Memilih Kasut Yang Betul

Read More

10 GAUN PERKAHWINAN JIMMY COUTURE YANG PALING CANTIK

Nama Jimmy Couture bukan lagi asing dalam dunia fesyen.Rekaan nya sering menjadi pilihan golongan selebriti untuk digayakan di majlis-majlis anugerah dan menjadi pilihan raja sehari . Apa yang membuatkan busana perkahwinan rekaan nya  sentiasa menjadi pilihan adalah kerana rekaan nya moden dan ringkas namun cukup cantik untuk digayakan.

Saya cukup tertarik dengan beberapa rekaan Jimmy yang saya boleh kategorikan sebagai paling cantik dan gempak.Untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang ramping dan tinggi anda sangat sesuai mengenakan dress perkahwinan Jimmy Couture.Bagi yang merasakan dirinya tidak mempunyai bentuk badan yang cantik, rekaan Jimmy Culture juga sesuai untuk anda kerana potongan nya akan membuatkan anda nampak ramping dan menawan.

Saya kongsikan 10 rekaan gaun Perkahwinan dari Jimmy Couture untuk anda sebagai inspirasi dan idea untuk anda di hari bahagia anda nanti. Read More

#MYTravelAdventure – Sehari di SAFARI PARK BUKIT GAMBANG

Hai semua. Cerita #MYTravelAdventure ini khas buat Traveloka , demi support contest mereka untuk blogger. Ampun terlewat agak sibuk. Gambar ni semua adalah hasil jalan-jalan dalam Malaysia pada tahun 2015. Tapi belum pernah di publish di blog. Saya pergi masa tu memang tak rancang. Jika korang semua jenis travel sesuka hati je boleh lah geng. Jam 11 malam macam tu suami cakap jom jalan. Kita pun terus pack baju masuk dalam kereta jalan.

#MYTravelAdventure kali ini kami pergi ke Gambang Waterpark dan Safari Park yang terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang. Kalau rajin nak tengok gambar boleh ke instagram tapi kena scroll ke belakang lah dalam 87weeks macam tu.

Safari Park Bukit Gambang adalah Safari Park Terbesar di Malaysia. Ia bertujuan untuk membawa anda bertemu dengan haiwan eksotik dari seluruh dunia secara tertutup . Terdapat lebih daripada 300 spesies haiwan, sebanyak 138 ekar hutan sekunder dan hanya 35km sebelum bandar Kuantan, Safari Park Bukit Gambang adalahZoo Safari Park yang terbesar di Malaysia.

Saya tak mahu cerita waterpark lagi , nak cerita pasal safari park. Sebab ini merupakan kali pertama saya ke sana. Waterpark dah pergi beberapa kali.

Semasa di menuju ke Gambang , memang tak sempat booking hotel pun. Kami terus menuju ke gambang dan cari hotel. Sehingga lah terjumpa hotel yang masih available biliknya iaitu Arabian Bay Resort , korang nak tahu maklumat tentang hotel ini boleh lah klik link Traveloka ini.

Maaf gambar tak ada sangat  , di instagram ada  satu ini  ( klik link ). Apa yang best nya tinggal di Arabian Bay Resort adalah , hotel ini seperti sebuah apartment , di dalam nya terdapat 2 bilik. Bilik master room di sertakan dengan bilik air. Bilik ke dua ada bilik air sendiri di luar. Ada ruang tamu dan ada pantry nya sendiri. Jika pergi berkeluarga dengan anak – anak kecil seperti saya dan inginkan privasi bersama pasangan tanpa anak tidur sekali boleh lah cuba menempah di Arabian Bay Resort. Harga sangat berbaloi.

Saya ambil pakej bilik dan waterpark + safari park. Termasuk makan  pagi dan malam. Weh .. makan malam tau. Makan pula sedap. Bukan macam hotel biasa. Berbaloi sangat lah.

Bergambar di pintu masuk Gambang Waterpark. Pintu masuk ke Safari Park sebelah nya sahaja.

Ada banyak gambar di hanphone saya , tapi handphone saya sudah arwah. Maaf .. ini yang tinggal gambar dari suami. Selamat sebab dah sync dengan laptop. Mari lah sama-sama melihat serpihan gambar yang tinggal.

Seronoknya pergi ke Safari Park adalah kerana dapat melihat haiwan yang boleh di katakan haiwan liar dan hidup di habitat asalnya. Mereka melepaskan haiwan di sini. Ada singa dan harimau yang hampir pupus juga.

Di Safari Park ada 2 bahagian , satu bahagian lagi haiwan jinak-jinak satu bahagian haiwan seprti singa dan harimau ni. Tapi penat sikit lah pergi dengan anak kecil macam syamim yang berumur 2 tahun pada ketika ini. Meragam.Mula-mula ya eksited.

Read More

KOLEKSI RAYA RIZMAN RUZAINI DI FASHION VALET

Hi..

Seperti tahun-tahun yang lepas Rizman Ruzaini bersama-sama dengan fashion Valet mengeluarkan koleksi untuk Raya dan begitu juga tahun ini dimana koleksi raya 2017  dengan nama Julliette dan Romeo di lancarkan.

Untuk permulaan koleksi kali ni  hanya dijual di semua outlet Fashion Valet di Pavllion, Bangsar , Singapore dan di Publika sahaja sehingga kelmarin (14 mei 2017) . Untuk jualan online ianya masih belum dikemas kini.Mungkin akan ada dalam masa terdekat ini.

kalau tahun lepas Koleksi raya dari RR ni banyak bermain dengan campuran warna tapi bagi tahun 2017 ,RR lebih banyak menghasilkan koleksi mereka dengan menambah kain Lace di bahagian atas .Antara koleksi Julliette yang mencuri tumpuan:-

 

 

Penambahan kain lace pada busana membuatkan ianya nampak lebih mewah dan tidak terlalu sarat jika dibandingkan dengan penggunaan manik .Yang paling saya suka dengan koleksi ini ialah kain lace yang diguna kan adalah warna hitam dan nampak sangat kena dengan fabrik yang berwarna pastel. Read More