Tuan WAN NONG MUZAFAR – Ini Bisnes Bukan Propa ( IBBP2017)

Assalamualaikum dan hai.

Hai orang Ā sahabat .. dah bangun tidur ke belum ? šŸ™‚

Akak dah bangun dah semalam. Semalam akak sempat lah jumpa dengan seseorang yang telah menjadi viral satu ketika dulu di The Vocket. Tajuk : 9 Perkara Saya Belajar Ketika Hampir Bankrap Akibat Berbisnes. Akak suka sangat dik … teruja sungguh. Maklumlah akak cita – cita nak jadi tukang jahit brjaya abad ini. Tapi tak tahu lah macam mana nak mula pun.

Jadi allhamdulillah , semalam akak telah di beri peluang bertemu dan bertentang mata dengan Tuan Wan Nong Muzafar. Pertemuan ini telah pun dapat membangunkan akak. Tuan Wan Nong Muzafar yang asalnya dari keluarga sederhana , belajar sampai keluar negara. Mempunyai banyak pengalaman dalam dunia bisnes kini berjaya hidup mewah senang , sampai duit banyak tak tau buat apa. Kalau dia boleh , kenapa kita tidak ?

Akak bukan nak mewah sangat dik .. Cukup la kalau akak dapat beli rumah , anak – anak pergi sambung belajar tanpa hutang. Boleh hulur duit denkat mak 2-3 ribu sebulan. sob sob sob .. belum mampu.

Ye lah kita tak belajar tinggi sangat. Tapi kita boleh belajar bisnes dengan orang yang ada PENGALAMAN dan telah terbukti. Tertimoni atas pengalaman Tuan Wan Nong Muzafar banyak. Bukan sedakar sifu pandai cakap sahaja ye. Hampir 2000 usahawan telah di latih oleh Syarikat ILM Legacy sendiri walaupun baru sahaja di tubuhkan pada tahun 2015. Sangat agresif.Ā 

NIKMAT TIDUR

Assalamualaikum , selamat pagi. Wahh seronok nya pagi ni rasa segar bugar. Badan rasa sihat. Dah berapa hari tak sihat sakit kepala nyut nyut. Tak tahu kenapa , tapi mungkin dek kerana stress makan dan tidur tak menentu. Bila sakit tu terlentang je tak boleh buat apa. Badan dah bagi signal suruh rehat tetap berdegil. Sampai satu tahap tak tahan. Mata pun tak mampu nak buka. Di penghujung cerita saya dapat tidur awal seawal jam 10 malam . Dah berapa lama tak rasa nikmatnya tidur. Jam 2.30 pagi dah boleh bangun , cergas sambung menjahit. Masak sarapan untuk anak-anak. Badan dah lama tak rasa berpeluh kembali berpeluh segar. Masyallah. Nikmat yang dah lama saya tak rasa. Takde la lama sangat. Seminggu cuma . Tapi macam lama.. Tak sanggup.
Laila siap cakap , seronok bila ibu sihat macam ni. Saya hanya mampu senyum kelat. Maafkan ibu korang sedikit terabai bila ibu layan tak sihat ni. Saya siap dah la minta ampun dari suami melalui whatsapp kot kot tak lama hidup di muka bumi ini. Huhuhu.
Sakit itu “Dzikrullah”.
Sakit itu “Istighfar”.

Semoga terhapus lah dosa dosa. Amboi macam teruk sangat je.
disebabkan rasa sihat sangat.. maka terhasilah .. cucur bawang letak ubi kentang didadukan , cicah sos panas2 ..

Ayat di bawah copy dari status facebook sesorang , saya belajar tak tinggi sangat , tahu lah tidur tu Nikmat dari Allah. Cuma tak reti nak tafsir , tapi nak juga share. JANGAN KECAM AKAK.
Tidur merupakan salah satu nikmat dan rahmat Allah. Sebagai istirahat bagi tubuh agar esok dapat beraktiviti kembali.