Syamim 3 tahun – 11.11.16

Assalamulaikum , syamim dah masuk 3 tahun pada 11.11.16. Cepat nya masa berlalu kan. Sekarang ni syamim masi lagi menyusu susu ibu. Tak mau air / susu lain. Bercakap agak pelat. Tetapi syamim menjadi anak paling romantik , paling sweet talking , paling pandai memuji orang. Pampers masih lagi pakai. Berapa hari dah cuba ceraikan pampers tu. Tapi budak dah cerdik , sendiri ambik pampers nak pakai . Selamat hari lahir anak ibu. Walaupun syamim selalu ngaku anak ayah je! Doa ibu .. tak ada lain ..…

Potong line streamyx , Langkah penjimatan kos

Assalamualaikum , Hai … apa khabar semua ? hee berita gembira kat korang , sekarang potong streamyx boleh bagi alasan langkah penjimatan kos tau. Saya sebenarnya malas nak register baru di rumah sewa baru , jadi potong saja lah. Salah satu sebab nya nak jimat kos juga lah. Sekarang semua mahal lah. Terasa betul. Tetapi ..

Semasa nak potong line saya pergi ke kaunter TM Point , bil saya sebulan RM134. Tak sangka pula ye. Kalau kita nak potong sebab nak jimat  pegawai tu offer kepada saya RM100 sebulan , jika saya nak teruskan langganan. Wah !  kalau tau dah lama buat. Jimat RM34 sebulan tau. Hurmm tapi dah lewat lah.potong-line-streamyx

Lepas potong TM Streamyx , pergi langgan u-mobile hero pakej pulak. RM98 sebulan. Tukar nombor yang sama dari tunetalk ke umobile. Tunetalk pun bukan elok sangat. Line internet laju tapi kalau nak bercakap macam dalam gua. Walaupun tunetalk sebenarnya best. Topup RM30 dapat percuma 1gb data. Topup RM50 dapat percuma 1.5gb data. Tetapi .. saya jarang call orang. Semua whatapp saja. Call mak pakai telefon rumah.

Itu dulu , sekarang kena call mak guna mobile lah. Lagi pun takpe sebab umobile bagi unlimited call ke mana-mana nombor.

So saya jimat

RM134 + RM30 – RM98 = RM 66

Husna & Laila di Milo Champions Clinic 2016

Assalamualaikum , Siapa yang ada pergi ke Milo Champions Clinic 2016 nih ? Tegur-tegur lah kita kalau terserempak ye. Saya daftarkan 2 orang anak iaitu husna dan laila. Kalau boleh nak daftarkan semua je , tapi si sulung dengan si bongsu umur tidak menepati syarat. So simpan sikit gambar di sini. Korang nak tengok live update kena follow intagram lah .. Instagram saya @puanbee. Biasa nya apa-apa gambar sampai ke ig dulu. Blog lambat … kadang-kadang tak update langsung.