Baju Bendera Malaysia Untuk Hari Merdeka 2016

Anak minta ibu buatkan baju bendera Malaysia untuk sambutan kemerdekaan Negara Malaysia ke – 59 di sekolah mereka. Kesian dengar nya ibu buatkan lah walaupun sebenarnya masa sangat terhad. Si kakak aliya berulang pergi klinik , hospital dan lain lain.. letih rasanya.

Baju husna tu siapkan malam sebelum husna nak pakai. Memang terlentok lentok ibu menjahit nya. Dengan bangga anak-anak pakai siap bagi tahu semua orang  ” ibu buatkan ” berbunga juga hati ku ini. That feeling .. hanya Allah s.w.t yang tahu.


husna merdeka

Husna di dalam gambar atas , saya buatkan baju sahaja . Saja tambah sedikit ropol di bawah. Hehehe entahla .. saya ni memang jenis suka lain dari orang lain kot.Untuk diri sendiri ok lah merapu cipta design. Tapi untuk orang lain tak berani lah.

Menjelang peperiksaan UPSR

Menjelang UPSR yang semakin hampir ni. Rasanya tekanan tu mula terasa dari pihak sekolah. Saya ? rilek je. Anak tak berhenti sakit dan tak sihat. Saya tak bagi apa-apa tekanan pun pada anak. Pada saya UPSR je pun. Tetapi sekolah memang buat pecutan habis habisan. Kesian juga tengok anak. Demam seminggu , ok 2-3 hari .. Muntah muntah 2-3 hari. Ok balik seminggu. Lepas tu demam lagi. Lepas tu sekarang ni sakit telinga pula. Tak pernah pernah si aliya ni sakit memanjang dalam sebulan. Rasanya dia stress…

Karipap King Kong Desa Pandan

Cerita pasal Karipap King Kong tiba – tiba. Dulu masa saya muda remaja ada seorang kakak tu jual karipap besar macam karipap king kong ni. Harga dalam RM2.50 , Itu cerita 13 tahun lepas. Tetapi nak cakap. Size nya sama . Rasa tepung di luar sama. Tapi inti di dalam lain. Masa lalu lalang di depan gerai karipap king kong desa pandan ni. Teringat lah karipap besar kakak 13 tahun lepas. Jadi teringin. Tetapi pandang harga tak jadi lah nak beli. Sebab nya kalau beli satu dua memang tak cukup.

Karipap King kong desa pandan berdekatan sekolah Desa Pandan Ampang ..
Karipap King kong desa pandan berdekatan sekolah Desa Pandan Ampang .. kalau teringin atau mengidam boleh lah singgah beli. Hari – hari ada …

Entah macam mana , hari ni terrbeli.. padahal nya ..huhuhu .. part ni biar lah rahsia. Ku ingatkan inti sama dengan kakak 13 tahun lepas. Inti karipap besar kakak 13 tahun lepas. Ada sebiji telur dengan salad kubis di campur hirisan bawang. Cicah dengan sos special buatan sendiri. Uols boleh bayangkan tak ? sedap nya perghhhh …

Isi Karipap King Kong

KOD jarum mesin yang sesuai dengan mesin

Rasa nak menjerit bila tersalah beli jarum  mesin jahit . Eh bukan salah beli. Memang tak tahu pun. Bila dah balik rumah tengok balik dengan bekas jarum yang lama baru lah tahu. Dan secepat kilat kita google kod dia. Kenapa lah tak google sebelum ke kedai. Bukan nya dekat … wuuuwuwuwu dan sebenarnya lagi tak sabar nak jahit blouse tu. Kain satin . Tak sabar tengok hasilnya. Dan pertama kali nak jahit satin pun.jarum mesin

KOD    Untuk    MESIN YG SESUAI

Perkembangan kelas menjahit di Bangi

Assalamualaikum  dan hai .. Kali ni nak share perkembangan kelas menjahit di bangi . Kali pertama jahit dan menjadi dengan kemas. Sebelum ni saya jahit juga. Tapi ya ampun punya tak kemas , nak pakai sendiri pun malu ehh … Sekarang ni rasa sangat PRO dah. Boleh masuk rancangan runway tu dah. Saya memang minat bahagian ni. Memang susah payah pun akan ku teruskan kelas menjahit ni sampai pandai jahit 20 patern. Mujur lah cikgu tu ambik upah mengajar one to one murah je. Dan paling best sebab senang faham. Baru pergi beberapa kali dah berani sikit pegang mesin jahit industri yang laju tu.

palazo 1

Kalau korang nak belajar menjahit , boleh je contact kak zu ni.

Ni di bawah saya copy paste iklan yang menarik hati saya kali pertama dari Kak Zu Zulkifli