Resepi Bihun Sup Utara Dan Cara Buat Sambal Kicap – Sup Ayam

Kali ni saya nak kongsi kan resepi bihun sup utara dan cara buat sambal kicap nya sekali. Kali ini saya gunakan ayam. Saya jarang masak sup daging kecuali jumpa daging yang betul-betul segar sahaja. Anak pun leh suka kan ayam. Jadi menu biasa nya ayam je. Apa yang lain nya bihun sup utara ? setakat saya di kuala lumpur belum jumpa lagi orang menjual tepi jalan bihun sup yang rasa nya sama di kampung saya di besarkan iaitu Taiping , Perak. Baiklah di ringkaskan cerita. Sesiapa sahaja…

Resepi Bihun Sup Utara Dan Cara Buat Sambal Kicap – Sup Ayam

Kali ni saya nak kongsi kan resepi bihun sup utara dan cara buat sambal kicap nya sekali. Kali ini saya gunakan ayam. Saya jarang masak sup daging kecuali jumpa daging yang betul-betul segar sahaja. Anak pun leh suka kan ayam. Jadi menu biasa nya ayam je. Apa yang lain nya bihun sup utara ? setakat saya di kuala lumpur belum jumpa lagi orang menjual tepi jalan bihun sup yang rasa nya sama di kampung saya di besarkan iaitu Taiping , Perak. Baiklah di ringkaskan cerita. Sesiapa sahaja yang pernah cuba bihun sup utara atau memang dah asal dari utara pasti rindukan bihun sup utara ni.

Baru – baru ini saya sembang dengan kawan-kawan di whatsapp. Semua dah berkahwin dan merantau masing-masing memang rindukan bihun sup seperti yang saya akan beri resepi nya. Ada sambal kicap. Ada bihun warna kuning dan juga tidak di lupakan ayam goreng carik-carik. Nyumm .. semua resepi dan cara ada di bawah.Enjoy !

BIHUN SUP UTARA 6

Resepi kuah bihun sup. 

Mr boss miss stalker , Drama adaptasi Novel oleh Aesya Azahar

Wah dah lama Ashraf Muslim tak muncul di layar televisyen , mimpi apakah agaknya Ashraf Muslim menerima tawaran lakonan kali ini ye ? Tiada gosip di sini.Saya cuma nak share sinopsis dari novel Mr. Boss Miss Stalker ni. Rasanya boleh ikut drama ni kalau tak sibuk sangat lah. Ini lah peluang nak santai dan rehat setelah seharian melakukan tugas hakiki gitu.  Mr. Boss Miss Stalker di slot Dahlia TV3 mulai 22 April 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Sinopsis Novel : Mr Boss Miss Stalker oleh Aesya Azahar.

Lakonan Mia Ahmad dan Ashraf Muslim
Lakonan Mia Ahmad dan Ashraf Muslim

Pengalaman Sauna dengan FIR (Far Infrared)

Siapa suka ber sauna ? Saya suka sangat , jika di beri pilihan nak je bawak sauna balik rumah. Seronoknya ber sauna tu bila peluh keluar dengan banyak nya. Kemudian badan akan berasa segar bugar. Kali ni saya nak kongsi pengalaman ber sauna dengan FIR MALAYSIA ni. FIR bermaksud FAR INFRARED. Sauna yang meggunakan far infrared ini lain sikit dari sauna biasa. Saya pernah bersauna dalam bilik yang ada batu tu. Rasanya lain sikit. Yang tu nak kawal suhu dia kena simbah air .. Tetapi FIR ni senang .. suhu di kawal secara automatik. Dari permulaan dalam 38 darjah sahaja ke 44 darjah , sampai pertengahan suhu menurun balik. Duduk dalam kabin dalam 5 minit je dah rasa peluh keluar dengan banyak nya .. sampai nak bercakap pun susah .. menitik-nitik peluh. Tengok video di bawah nanti ekk.
sauna4

Kelebihan yang kita akan dapat dengan sauna FIR ini :

Shopping kasut raya part 2 – Taobao lagi

Haaaa .. ok dah siap dah beli kasut raya konon-konon nya. Pilihan encik suami satu je tapi mahal. Pilihan saya dua pasang tapi murah je. Orang lelaki suka perli kita kasut banyak kan ? tetapi diorang tak sedar kasut diorang tu harga cekik. Sepasang kasut diorang , kita boleh dapat 4 pasang. Itu beza orang lelaki dengan orang perempuan. Untuk anak-anak dah siap dah shopping kasut raya. Entrinya shopping kasut raya part 1 .Mak pak pun dah siap. Insyallah baju akan menyusul. Ada orang tu siap dengan tudung semua dah beli dah. Saya mungkin tak beli tudung dah kot. Stok tudung aidijuma banyak .. beli masa jualan gudang hari tu. Lupa nak update di blog. Ngeeee ~

kasut part 2

Saja je upload gambar cenggini. Biarlah rahsia .. hahaha … mood ting tong .. encik suami dah balik ke JOHOR. Ingat tak nak pergi kerja Johor dah. Tapi malang nya usaha minta kerja lain belum ada rezeki daaa..

Mudahnya shopping online. Pilih-pilih dari semalam lagi. Lepas tu tinggal sekejap pergi hantar suami ke TBS. Kemudian balik singgah KFC tapau .. makan-makan .. sambung bayar pula ke taobao ni. Mudah mudah ..

Shopping kasut raya part 1- Taobao

Assalamualaikum , raya dah nak dekat. Masa ni semua orang sibuk ganti puasa dan juga shopping sikit-sikit dah untuk raya. Saya ni dah lama tak shopping apa-apa. Jadi di kesempatan nak sambut raya kita shopping lah sikit-sikit. Nak beli serentak semua mahal tak sanggup lah . Satu lagi saya tak sanggup juga usung anak-anak ramai – ramai ke pasaraya. Tahun lepas okay lagi syamim kecil lagi. Sekarang jangan laaaa .. boleh hilang anak nanti. Suami pun tak tahu boleh cuti ke tidak raya ni.

Kesudahan nya kita shopping online saja. Masih boleh di katakan awal lagi. Lebih kurang 53 hari lagi nak sampai ramadan tu. Jadi sesuai lah beli barang di Taobao. Murah berganda-ganda. Nak tengok kasut apa saya beli ? tengok bawah.Ala- ala Dr marteen boots untuk syamim , Laila dan Husna.
kasut raya 1

Ini untuk syamim. Di Malaysia pun ada ramai seller jual. Saya beli sendiri dapat murah sikit.  Harga RM17 tak masuk kos shipping. Kos shipingg dari seller ke warehouse baru 8 yuan. Bersamaan berapa tah. Malas kira pula. 

Resepi : Ayam goreng bersalut oat ( mengidam !! )

Hidang resepi ayam goreng bersalut oat la pulak … buat lama dah .. malam – malam terasa nak makan Ayam Goreng , tak kisah la ayam goreng macam mana , macam di pasar malam pun ok , tapi mana ada pasar malam lagi di buka jam 1 pagi .. lapar tak tentu hala perut ni , siang nak tido malam nak berjaga , makan .. akhir nya pergi la ke dapur gaul – gaul ayam yang ada dalam peti , semua bahagian ada .. kepak , hati ayam , kaki ayam , leher , pehe .. belasah je semua .. potong kecil-kecil sama saiz jadi senang nak goreng , takde la yang mentah dan terlebih masak nanti.

SONY DSC

Giveaway – Menang Gold Coin 0.5g dari blog puanbee.com

Assalamualaikum dan hai. Siapa nak menang GOLD COIN 0.5g dari blog puanbee.com boleh lah teruskan membaca. Maaf jika terpanjang buat intro sebab puanbee memang suka tulis panjang-panjang. Saya dah lama pasang niat nak buat giveaway di blog ini. Tapi asyik kelaut ja. Sekarang ada mood rajin sikit. Jadi mari lah tengok syarat-syarat untuk menyertai giveaway kecil ini.

Riadah di Taman Botani Perdana , Kuala Lumpur

Assalamualaikum , Kali ini tak rancang pun nak pergi ke Taman botani perdana , Kuala Lumpur. Tiba adik call tanya tempat ni , saya pun lagak tak malu tanyakan dia semula. ” Hang tak mau ajak aku ke ? ” Bukan apa … kalau pergi dengan anak sahaja risau sikit lah. Ni Kuala Lumpur macam – macam boleh jadi. Kalau pergi ada peneman rasa selamat sikit. Padahal Taman Perdana ni 17 minit je dari rumah. Jika tak ada kesesakkan lalulintas lah.
taman botani perdana , kuala lumpur 5

Saya suka bawa anak ke taman sebenarnya , saya suka hijau pokok , saya suka berpeluh berjemur di bawah panas. Saya suka tengok tasik. Tetapi tu lah , nak pergi tak ada peneman jadi malas lah pula.  Disini ada tempat permainan sebesar gudang , lupa nak ambil gambar tadi .. sebab tak minat gambar tempat permainan jadi lupa terus. Saya bawa anak – anak pusing taman , jalan keliling tasik dan ke taman – taman yang di sediakan. Ada 2 video taman saya upload di instagram. Best sangat.