Kisah anak 2 tahun 3 bulan.

Assalamualaikum dan hai. Apa khabar anak-anak mak hayam ? Nampak sekarang mak dah rajin menulis semula kan ? allhamdulillah. Dah stop bisnes online jual baju budak. Sangat letih .. tak sanggup mak nak berniaga kecuali ada pembantu. Sekarang mak cuma aktif bisnes emas dengan kawan-kawan sahaja di facebook. Ada juga buka group kutu just for fun. Sambil menabung simpan duit dan reward ke diri sendiri. Selain dari itu mak jadi mak supir , mak chef dan juga mak akauntan domestik. Job besar-besar kemain kan ? MAK SUPIR tu mak buat part time bawa anak jiran dan anak saudara sendiri. Total 9 orang kanak-kanak riang dalam kereta mak. Itu lah hikmah nya beli kereta besar-besar. Memang family besar. Duit upah bawa anak-anak jiran boleh rolling isi minyak kereta sesambil bawa anak sendiri. Boleh beli jajan-jajan.

Mohamad Syamim 2 tahun 3 bulan usianya. Ikut tahun dah pun 3 tahun. Tapi nampak kecik lagi sebab lahir hujung tahun kan. 2 tahun 3 bulan baru lah mak dia boleh tenang – tenang menulis blog semula. Lama nya mak ber ” hibernasi.

Buat Sendiri : Resepi Popia Basah

Jul 27, 2012 @ 06:14 : Baru sekali buat sendiri popia basah di rumah menggunakan resepi di bawah. Sebelum ni asyik merengek pada kakak ipar untuk beliau buatkan popia basah setiap kali balik ke kampung. Resepi asli dari arwah mak mentua katanya. Suami selalu sangat sebut-sebut ,popia basah arwah mak nya sedap. Entah kenapa 10 tahun kawin , baru sekarang tergerak hati nak cuba resepi ini. Sebelum ni rasa macam tak akan jadi je kalau saya buat sendiri. Tapi tak .. resepi popia basah yang di beri sangat senang nak di ikut.

Sekarang simpan resepi di blog senang nak ingat. Nanti nak resepi sendiri cari di blog sendiri.

Langkah demi langkah buat popia basah.

Bahan untuk buat kulit popiah (A):

  • Setengah kilo tepung gandum
  • 4 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air
Bahan untuk buat inti (B):

  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji sengkuang
  • 15 biji kacang panjang/kacang buncis
  • 2 biji telur
  • 50 sen udang kering
  • 1 biji bawang besar-ditumbuk
  • 2 biji bawang putih-ditumbuk
  • Bawang goreng
  • kiub lembu 2 biji
Bahan untuk buat sos (C):

  • 15 tangkai cili kering
  • 30 sen gula merah
  • Garam
  • 1 sudu besar cuka
  • Sedikit belacan

Kalendar 2016 – Rumah Kasih Nurul Hasanah

Assalammualaikum w.b.t .. Sekadar ingin membantu.Share kepada rakan-rakan Tuan/Puan. Kalendar 2016 ini dijual untuk mengumpulkan dana perbelanjaan bulanan Rumah Kasih Nurul Hasanah. Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH ) ada menjual Kalendar RKNH 2016 sebagai projek Ekonomi RKNH berharga RM10 Sahaja ,didalam Kalendar RKNH ini juga lengkap ,Waktu Solat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya ,Tarikh2 penting dalam Islam,Cuti Penggal Persekolahan 2016,Hari pelepasan am persekutuan 2016,Petikan Ayat Al-Quran,Jadual Aktiviti Tahunan RKNH .. Tuan/Puan boleh dapatkan Kalendar RKNH di Asrama kami beralamat : No 1,Jalan Pimping kanan Ukay Height ,68000 ,Selangor…

Simple. Diy Sendiri Sarung Tablet Kesayangan.

Tablet samsung saya dah tua. Saya beli pada tahun 2013.. Masih berkeadaan elok sampai sekarang. Dulu – dulu ada meragam sikit-sikit. Tetapi sekali format pada 2013 tu terus elok sampai sekarang. Rezeki sungguh. Tetapi sekarang ni adalah zaman di mana , kau akan rasa kedekut sangat nak laburkan duit untuk beli sarung tab. Biasa nya golongan mak-mak akan rasa begini.

diy ppage

Anak-anak dah letakkan mural di sarung tablet yang lama , tengok pun dah tak lalu. So kita DIY menggunakan kain felt sahaja. Disebabkan tab ni hanya di gunakan oleh anak-anak. Kongsi 4 beradik. So begitulah coraknya. Biar kalau bawa bejalan pun orang tak syak itu adalah tablet. Tips juga ni. Elakkan di ragut. 

Kura – kura

Red- Eared Slider – jenis kura-kura yang saya bela. Dah bela hampir 6 bulan. Dari kecik sebesar duit 50 sen , sekarang dah besar tapak tangan. Yang betina tu lagi cepat besar dari jantan. Kemain. Kura-kura saya belum ada nama , oh dah 6 bulan masih tak ada nama ye. Paling lemah nak bagi nama pada binatang peliharaan ni. Tapi suka bela binatang. Dulu bela kucing. KUCING masih ada dengan sepupu dan rumah mak. Tak sesuai beli di rumah tak ada tanah.

kura - kura 1

Kura-kura ni terputus makanan dah dua hari. kesian cuti CNY kedai semua tutup. Saya pun lupa nak beli sebelum makanan betul-betul habis. Nah kena makan sayur.. padan muka dia.. baru pertama kali cuba. Tak tau la ada selera makan ke tidak tuh.

Kek coklat minyak lembab di kukus sukatan cawan

Kek coklat minyak di kukus menghasilkan kek lembab dan sedap. Saya gunakan sukatan cawan .. ianya lebih mudah dibandingkan guna penimbang. Resepi yang sama saya telah kongsikan di blog ini berkali-kali. Setiap kali buat mesti ada perubahan sikit cara hias nya. Bila beli rasa tak puas makan. Buat sendiri insya- ALLAH berulang-ulang makan.

kek coklat

Coklat tu sengaja di limpahkan begitu , anak – anak suka .. layan kan je lah selera anak-anak. Saya sendiri sejak dah terbiasa dengan diet atkins , kurang sikit makan benda manis. Minum air nescafe dengan 2 sudu gula sehari pun dah rasa bersalah sangat. Jadi saya cuma rasa sesudu je lah kek coklat saya ni.

Kedai gunting rambut menarik hati kanak-kanak – Tesco Ampang

Semalam , demi mengubat hati yang lara tak balik kampung , mak buat kenduri tapi kita tak balik atas sebab tertentu. Bawa anak-anak cuci mata di tesco je la. Saya suka ke tesco sebab semua ada di satu tempat. Kedai gunting rambut anak pun ada , senang. Kedai gunting rambut baru buka hujung tahun 2015. Boleh lah rata-rata kanak-kanak suka potong rambut sambil duduk dalam kereta tu , kurang sikit adengan drama. Tapi biasa la .. anne potong rambut tak dak style .. hentam je la labu…

Pertama kali isi e-Filing salah pula.

Kita baru pertama kali nak isi E-Filing , dah 2 tahun kebelakangan ini baru bos potong cukai melalui gaji so kelam kabut juga la. Suami tak ada masa nak ke LHDN . Sekarang baru je terhegeh - hegeh nak claim , sah sah kena penalti ni sebab hantar lambat. Dah la lambat salah pulak .. aduhai .. macam mana nak betulkan.. kena call LHDN lah tanya dulu nampaknya. Dah hantar baru perasan , bahagian pendapatan belum isi , selepas google banyak blog baru lah tahu kena isi…