Di lahirkan pada tahun lompat – 29 Februari

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. 29.2 merupakan tarikh lahir anak sulung saya. Nama nya aliya , dia di lahirkan awal dari tarikh janggan sebenar dulu doktor jangkakan aliya akan di lahirkan pada 28.3 tetapi di sebabkan beberapa masaalah maka saya di paksa besalin, kena pula hari tu jatuh pada 29.2. Makanya 4 tahun sekali lah baru muncul tarikh lahir aliya. Dulu semasa kecil aliya selalu sedih. Soalan biasa ..  ” kenapa tahun ni tak ada tarikh lahir kak ? ” dulu selalu juga cakap dia di lahirkan pada tahun lompat. Tapi sekarang baru aliya faham nampaknya.

Budaya sambut hari lahir tak ada dalam keluarga saya . Tetapi untuk mengembirakan hati anak-anak kebiasaan nya buat makan-makan dengan famili atau beli sebiji kek. Biasanya juga hari lahir aliya kami makan-makan pada 28.2 tu , anggap je lah esoknya ada 29.2 .. padahal nya esok ada 1.3 kan. Tapi tahun ni aliya minta nak bawa kek ke sekolah. Gigih ibu buat ye .. tak pernah buat krim kek .. nasib baik menjadi juga.  Lagipun aliya dah masuk 12 tahun , pada tahun 2016 ni. Mungkin kali terakhir nak makan kek dengan kawan-kawan. Sah sah tahun depan masuk tingkatan 1 kan. Belum tentu lagi semua kawan-kawan akan ke sekolah yang sama.

Ucapan selamat hari lahir ibu , combine dengan ayah di bawah ni . Lepas ni kita buat kad pengenalan lah ye. Apa-apa pun tunggu ayah balik. Hadiah ibu beri special sikit tahun ni.

tarikh lahir 29.2 tahun lompat

Tahun Lompat mengikut wikipedia. Read More

resepi bubur nasi herba

Bubur Nasi Herba Segera Faiza

Published on: May 17, 2012 @ 09:20 : Cari kelainan dalam memasak  kita cuba buat bubur nasi herba segera pulak , ye lah sejak akhir-akhir ni sibuk sangat , tapi masak tetap ko… dah pegang title mak dan surirumah ni, mana boleh tak masak.. paling bodoh-bodoh pun buat telur masak kicap , masak juga… tapi kalau agak rajin sikit boleh lah buat macam-macam jenis masakkan. Ni kes agak malas nak masak.

resepi bubur nasi herba

Keluarga saya adalah keluarga yang paling tak suka makan di luar. Ayah budak-budak ni lah yang sebenarnya tak suka , ibu ok je… boleh cuti memasak kan. Bila pergi shopping barang dapur tu , kalau ternampak apa-apa yang menarik saya mesti beli dan simpan , tunggu masa sesuai cubalah buat resepi baru .. Read More

Hosting Terbaik Untuk Blogger 2016

Assalamualaikum dan hai, Malam-malam jam 2 pagi ni nak menulis tentang Hosting Terbaik Untuk Blogger 2016 . Saya seorang pelanggan ye. Bukan penjual tetapi jika berminat nanti boleh lah klik link di bawah. Nak cerita kan saya dah guna hosting serverfreak ni dulu tetapi saya tukar konon-konon nak murah sikit. Tetapi rupanya ada bias terhadap income blog saya. Dulu saya pernah beberapa kali menukar syarikat hosting , masaalah dan sebab tu pelbagai … Antara perkara yang saya tak suka tu blog selalu down , blog tak dapat akses , tak mesra google , blog slow , data tak cukup.Ada plugin / theme yang tak sesuai. Dan banyak lagi , tak tahu nak sebut sebab saya bukan seorang yang pandai bab ni. Saya tahu saya guna best dah cukup.
Malaysia Web Hosting

Di bawah adalah bill untuk 2012 – 2014 , kali pertama saya langgan hosting serverfreak. Kemudian saya tukar ke hosting lain murah sikit. Tapi di sebabkan beberapa perkara saya tukar kembali hosting saya ke serverfreak pada awal bulan 12  tahun 2015. Nampak tak ? tiba-tiba saya rasa menyesal sangat buat keputusan untuk pindahkan data dari serverfreak ke host lain dahulu.  Yang terpaling effect adalah jumlah pelawat semakin hari semakin sendu. Padahal semasa saya dengan serverfreak jumlah pelawat sangat baik.

sf 1
tengok tarikh je … lain jangan tengok .. itu harga domain

Selepas berfikir panjang saya langgan balik hosting serverfreak. Nasib baik lah proses nya sangat senang. Dan serverfreak pun memang terbaik buat kerja. Cepat dan pantas. Kita cuma perlu pergi web serverfreak , pilih pakej dan langgan. Buat bayaran dan tunggu pihak serverfreak email kita untuk proses pemindahan data. Mudah sangat – sangat. Sehari siap. Hari ke dua tunggu blog stabil dan boleh beroperasi seperti biasa. Read More

cara buat sambal belacan sedap

Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Published on: May 20, 2012 @ 14:19 : Mintak maaf pada yang bertanya di Facebook tu , saya cuma ambil dan nak share disini , Ibu-ibu bapa-bapa yang baca ni boleh share disini tips membuat sambal belacan sedap , asal korang makan sambal tu rasa sedap kira sedap lah tu , boleh lah share dengan kawan-kawan yang lain kan…

Biasalah perempuan semua nak masak sedap-sedap untuk suami kan, Bila suami komplen sambal belacan tak sedap , harus buat sesuatu … setakat ni sambal belacan saya memang hari-hari suami suruh buat …sebab tu guna cara cepat … Sambal belacan yang sedap banyak versi sebenarnya , janji cari belacan yang sedap dulu , kalau boleh lepas beli belacan tersebut , haruslah di bakar sikit sampai keluar bau , nanti bila dah buat sambal belacan ada rasa belacan yang telah di bakar , sedap wooo…

cara buat sambal belacan sedap

Kalau ikut cara saya buat sambal belacan versi cepat dan mudah sekali , malam2 blender je … ngengngeeenggg dah siap ! .. biasa saya nak buat apa pun kena cepat , sibuk.. ahaks… Read More

petai

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai

Published on: May 20, 2012 @ 17:12 : Satu lagi resepi minimalist , senang di masak sedap dimakan sambal ikan bilis petai , siapa yang tak makan memang rugi … banyak gambar dalam laptop/iPhone tak di buat entri lagi , pecut ..sambil buat bisnes , hal anak-anak dan masak-masak memang tak boleh tinggal.

petai

Semasa pergi beli barang , saya ambil petai , ternampak 2 orang pekerja disitu yang berasal dari Bangladesh bercakap-cakap sambil tunjuk ke dalam bakul tempat saya letak petai , saya pandang bakul dan pandang mereka semula.

Mungkin depa nampak saya pandang terus tanya saya ..

“U makan itu buah sedap ka ? , U buat apa dengan itu buah ? U masak apa dengan itu buah ? “

Saya pulak terfikir dan tanya pada depa tu balik

“Eh orang bangladesh tak makan petai ke ? , disana memang tak ada petai ? ”

“Tak de lah , tak pernah makan “

“Oh ini buah namanya PETAI ,boleh di makan begitu saja dengan sambal atau pun di masak sambal tumis , boleh campur ayam , udang , sotong , daging , ikan bilis , ikut suka U lah nak tambah apa “

Lepas tu dia tersenyum sambil cakap lagi dengan kawan dia…

Baru saya tahu orang Bangladesh tak tahu makan PETAI dan belacan.

Azam 2016 – Saving Emas

Assalamualaikum dan hai .. Dah nak masuk bulan 3 2016 dah kan ? saya baru nak cerita pasal azam. Okay la.. dari tak ada azam langsung. Dulu-dulu tak berapa ada azam sangat. Sekarang  ni umur dah pun makin meningkat anak-anak makin membesar. Sekarang ni baru terasa , banyak nya nak pakai duit untuk sekolah anak-anak. Makan pakai boleh lagi lah ala kadar. Tapi makan dan perbelanjaan sekolah tak sanggup nak ala kadar. Anak masih lagi sekolah rendah aje . Belum sekolah menengah atau universiti.

Dulu .. tak lama sangat lah dulu pun. Saya mempunyai satu kegilaan dari pada gadjet ke handbag ke pandora. Semua yang orang jual di instagram saya nak beli. Tak dapat yang mahal dapat yang murah pun jadi lah. Duit boleh kata banyak ( tapi tak kaya ).. sebab saya buat bisnes sendiri kan. Lagi pula husband bukan jenis ambik tahu pasal duit saya. Eh nak beli apa suka hati la. JANJI … Duit yang dia bagi tetiap bulan tu saya boleh guna sehingga cukup sebulan.

Kemudian , masuk awal tahun 2016 .. eh macam tersentap ..banyak nya nak guna duit. Sejak bulan jun 2015 saya dah join powergold. Duit ahli tu saya bayar dengan guna duit kutu. Saya pelahan -lahan jual emas dan beli emas. Allhmdulillah. Ada emas baru dalam tangan. Bertambah. Tapi saya tinggalkan perangai shopping macam-macam tu. Saya kena pilih salah satu. Shopping baju atau beg atau pandora yang boleh puaskan hati saya tapi buatkan akaun menagis kekosongan atau saya biarkan akaun kosong juga tapi shopping emas sebagai simpanan saya.

saving 2016 Read More

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu TV3

Assalamualaikum dan Hai. Drama Tundukkan Playboy Itu menarik perhatian saya untuk menulis. Mari lah kita baca sinopsis nya dulu. Walaupun dah lama rasanya tak menulis tentang drama. Tak berapa tengok dah sekarang. Kecuali kalau betul-betul berminat seperti drama terkini ini. Hihihi siap tengok online lagi kalau dah berkenan tu ye. Sekarang ni dah episod ke 5. Cantik jubah yang Uqasha Senrose pakai semasa jadi model ber niqab tu. Mata pun cantik .. Sempat lagi tu kan ?

Drama tunddukkan playboy itu telah pun di tayangkan pada 17 Februari 2016, slot Akasia bakal membawakan drama rantaian terbaharu berjudul ‘Tundukkan Playboy Itu’ yang merupakan adaptasi daripada novel nukilan Anjell setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang eksklusif di TV3.

Bersiaran sebanyak 30 episod, drama arahan Khairul Amri Haji Khalid (KEOI) itu bakal membawakan para penonton kisah jejaka kasanova yang cuba memahami erti cinta selain mengangkat tema kekeluargaan.

Sinopsis pendek Drama Tundukkan Playboy Itu :

Bila cinta disalah definisi sebagai nafsu, Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) hanya melihat wanita sebagai subjek mainan. Lahir dari keluarga berada, Harraz hanya mengikut kata hati dan suka berfoya-foya. Sebut sahaja tentang Harraz, semua tahu dia seorang ‘playboy’ dan menjadi dambaan ramai wanita. Namun bertemu dengan Nurin Arissa (Uqasha Senrose) bagaikan membuka sisi hatinya yang lain. Dalam masa yang sama dia terpaut dengan pandangan wanita misteri yang merupakan seorang model yang mengenakan niqab. (Mata cantik macam tu , i pun jatuh hati)

Tundukkan Playboy Itu mengisahkan Harraz Naufal seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa, anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz.

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy ‘Harraz’? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin?

Tonton drama bersiri ‘Tundukkan Playboy Itu’ di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang eksklusif di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter @TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya menerusi portal Tonton di www.tonton.com.my.

Ubat Ulser Mulut Paling Mujarab

Banyak nya petua dan kaedah untuk ubat kan ulser mulut. Tetapi yang paling mujarab ada satu. Ni pun sebab lama dulu kawan ada berkongsi petua. Ulser mulut sangat memedihkan dan membuatkan kita kelesuan , hilang mood dan terasa macam nak marah selalu. Baru kena ni 2-3 hari. Ingatkan sikit. Rupanya banyak. Jadi kenalah cari petua yang paling mujarab untuk singkirkan ulser mulut ni.

Ada yang kata punca ulser ni sebab cuaca panas dan kekurangan vitamin c. Banyak lagi la. Tetapi mengikut kejadian yang saya alami, Ya mungkin kerana panas. Maklum la .. mak supir ni ke hulu ke hilir tengah panas jemput anak-anak balik sekolah.

ulser mulut

Petua untuk hilangkan ulser serta merta dan mujarab adalah menggunakan Asam keping.

  • Basuh dahulu asam keping
  • Ambil sedikit asam keping agak-agak boleh tutup semua kawasan yang terken user
  • Letakkan di tempat jangkitan ulser mulut tu selama 2-3 minit.
  • Jangan lebih nanti pedih tak tahu.

AsamKeping

Rasanya semasa letakkan asam ni , masam masam dan pedih pedih sikit. Huwaaaa .. sakit .. dah sembuh satu tempat ada satu lagi belum sembuh ni. Kita ulang step yang sama je lah ye.

Selamat mencuba ya.

Jom baca :   Petua : Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Petua : Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Published on: Aug 11, 2011 @ 11:02 ; Kelmarin saya jalan-jalan membeli barang dapur , biasalah kan ibu-ibu mesti ke pasar beli barang dapur .. dalam duk pilih-pilih bawang putih tu ada seorang uncle berbangsa cina tengah memilih bawang putih , dia pilih saya pun pilih , tapi cara dia pilih lain sikit.. saya pilih bawang putih yang elok , tak busuk ..

Saya yang terlebih peramah ni pun tanya uncle tu pilih macam mana ? uncle tu jawab , pilih yang kulit bawang putih di bahagian luar dan dalam berwarna kemerah-merahan .. Baru elok… Getah dia masih banyak.. ooo saya pun ber ooo bulat panjang-panjang.. bila saya balik ke rumah saya belek .. bawang putih yg kulitnya semua berwarna putih dan bawang putih yang kulitnya kemerah-merahan tu .. apa bezanya ?

senang citer .. bawang putih yang kulitnya kemerah-merahan masih bergetah , tak terlalu kering dan fresh .. bau pun kuat .. tapi kalau bawang putih berkulit putih tu , dah kering , tak de getah bau pun dah kurenggg … OOOOOooo lagi .. heheh.. selama ni saya tak tahu pun ada beza antara ke dua-dua bawang putih tu ..

So itu satu tips yang baik bagi saya ..contoh tengok dalam gambar ye ..

Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti
Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Khasiat Bawang Putih

Sumber [link]
Bawang putih dan tekanan darah tinggi

Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal. Read More

NURRAYSA – Kelebihan StemCell Feminin Wash

Assalamualaikum dan hai ,  Saya kembali menulis untuk berkongsi pencuci wanita yang sangat best ini. Bagi anda , wanita yang di luar sana pastinya tercari-cari produk feminim wash bukan ? apa kata mai pakat cuba produk Nurraysa pula. Banyak testimoni di terima memuji-muji produk ini. BETUL KE ? kalau nak tahu kena cuba sendiri lah ye.

AN - StemCell Feminin Wash Nurraysa

Kelebihan StemCell Feminin Wash Nurraysa

  • Merawat Keputihan
  • Menghilangkan Bau Hanyir
  • Mengurangkan Jangkitan Kuman
  • Haruman yg wangi
  • Menyegarkan Miss V
  • Menjimatkan(cecair pekat)
  • Merapatkan bhgn intim
  • Menghilangkn kegatalan

Harga asal RM30
Anda berminat???
Offer hanya RM25 sahaja

Whatsapp / Telegram ke 011-32095406

Atau order dengan Isi borang contact DISINI