Bonus powergold – BUKAN TIPU

Salam dan hai , saya na share bonus dari powergold .. saya membeli gold bar , syiling emas dan dinar sambil - sambil tu jual pada kawan-kawan yang berminat. Kemudian tengok-tengok , eh dah ada bonus masuk. Buat sambil-sambil sahaja. Tak lah susah mana , ada internet di rumah lagi senang la. Bonus di bawah tidak termasuk untung jualan runcit barang kemas dan juga syiling , gold bar dan dinar ye. Allhamdulillah , rezeki jangan di tolak. Marilah sama-sama join ahli dan beli emas untuk simpanan diri…

Ubat cacing – Bila last makan ubat cacing ?

Bila last makan ubat cacing ? saya teringat nak beli selepas nampak satu posting di facebook yang menjadi viral. Bila dah baca sampai habis , mungkin ada sedikit tanda-tanda anak tu ada cacing terdapat pada laila. Laila 6 tahun , tak mahu makan .. jenuh kita paksa. Perut buncit sikit , muka pucat dan lemah je. Lama tak bagi dia ubat cacing dah setahun lebih rasanya. So terus pergi beli ubat cacing jenama ZENTEL di farmasi. Jenis ni je senang sebab semua cacing boleh mati dengan ZENTEL. Jenis lain tak pasti.

Duluuuuuu … kalau makan ubat cacing , cacing keluar sekor-sekor. Sekarang tak dah .. cacing dah mati dari dalam perut lagi.

zentel

Saya beli 4 botol , cukup untuk 4 anak. Syamim pun dah 2 tahun so boleh lah makan ubat cacing ZENTEL. Kanak-kanak bawah 2 tahun tak boleh , doktor kata sebab tak buat ujian untuk kanak-kanak bawah 2 tahun lagi. Ibu mengandung atau rancang nak mengandung pun tak di galakkan , takut bayi cacat kata doktor . Sebab masa ujian makmal di buat tikus mati. Entah la.. ni info saya kongsikan selepas saya baca blog Doktor Azwan 

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.”

Cacing-cacing yang popular di Malaysia :-

  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

Rumah Anak Yatim Di Selangor : Rumah Kasih Nurul Hasanah

Assalamualaikum dan hai , saya terpanggil untuk menulis sedikit info tentang Rumah Kasih Nurul Hasanah. Dah lama saya berkawan dengan ustazah RKNH ini di facebook  dan memberi sumbangan sedikit mengikut kemampuan saya , namun saya rasakan apa yang saya buat masih tidak cukup. RKNH masih memerlukan banyak lagi sumbangan wang ringgit dan juga barangan kegunaan harian. Sepanjang saya mengikuti facebook ustazah , saya tak tahu pula RKNH ada blog sendiri dan di sediakan banner untuk memudahkan usaha penyebaran info tentang RKNH ini di sebarkan di internet. Kalau tahu dah lama saya tempek. Jadi untuk memudakan Tuan/Puan .. boleh lah klik banner di sebelah kanan blog saya ini untuk melihat sendiri gambar dan update terkini dari admin.

Terkini , penyelia RKNH memerlukan dana untuk membayar sewa rumah anak yatim tersebut. Semoga dengan hasil penulisan saya ini dapat membantu serba sedikit.

Di harapkan pembaca blog ini dapat sama-sama memberi sumbangan semampu mungkin , RM1 pun tak apa … dan tolong lah viral kan benda baik begini.

Memohon Kerjasama membantu Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)

Sinopsis tentang RUMAH KASIH NURUL HASANAH

Resepi Ayam Masak Halia untuk ibu berpantang

Resepi ayam masak halia untuk ibu berpantang timbul bila saya masakkan untuk adik saya sendiri yang baru sahaja melahirkan cahaya mata ke dua beliau. Awal tahun lagi keluarga kami dah terima 2 orang kelahiran orang baru. Di taiping adik bongsu juga melahirkan seorang baby boy anak sulung beliau. Seronok bau baby …  sedap… Sekarang beralih ke cara masa ayam masak halia resepi khas dari saya . Masaakan ini mudah , bahan tak terlalu susah nak cari , ada je di ceruk dapur kita. Suami-suami pun boleh cuba masaakan untuk isteri tersayang.

Resepi Ayam Masak Halia untuk ibu berpantang
ayam masak halia

Bahan :

  1. Ayam setengah ekor
  2. Halia sebesar penumbuk , ricik halus atau potong nipis terpulang
  3. Bawang merah besar 2 biji
  4. Bawang putih (satu labu)
  5. Minyak bijan atau minyak biasa.
  6. 2 cawan air.

Tahun 2016 untuk blog puanbee.com

Salam dan hai , ada ke pembaca blog puanbee.com lagi ni ? setelah tahun 2015 menjadi tahun paling sikit entri di update membuatkan saya terasa nak buat wish list dan sedikit perubahan lah pada tahun 2016. Memandangkan usia baby dah semakin meningkat , kemungkinan ragam dia semakin berkurangan. Maka saya ambil beberapa tindakan untuk megembalikan mood menulis. Menukar syarikat langganan hosting dan domain. Rasa tak manis pula saya ceritakan di sini , provider sebelum ini DataKL . Tidak ada apa-apa masaalah .. saya cuma tukar kerasa saya…