Pengalaman keguguran di awal kehamilan.

Cerita pengalaman sendiri , imabas kembali kejadian terjadi semasa hari raya aidiladha 2015 , tak ada gambar. Luar biasa bagi puanbee kan ? walaubagaimana pun , semoga perkongsian ini bermanfaat.Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan.Saya tahu saya keguguran apabila merasakan sakit seolah segugut dan darah yang keluar luar biasa banyak selama lebih kurang 7 hari. Ya dah seminggu. Kebetulan. Suami pun dah pulang bekerja setelah bercuti selama sebulan.

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.

Pengalaman saya

Tips Menjual Barangan Preloved Anda Di Facebook

Facebook , ada kebaikkan ada keburukkan , dah alang-alang menjadi pengguna facebook marilah kita gunakan sebaiknya. Walaupun dah ramai beralih ke instagram. Tetapi masih ramai juga pengguna facebook. PRE-LOVED bermaksud , barang yang kita sayang , masih elok dan cantik tetapi kita dah tak guna , so kita jual murah-murah. Itulah masudnya preloved , berbeza dengan bundle.

preloved item di internet

Baru-baru ini saya terjebak dengan group preloved di facebook. Tak sangka .. masih ramai mendambakan barangan pre-loved. Sesetengah orang berlumba-lumba membeli barangan mengikut jenama , trend. Tetapi sesetengah orang bertindak bijak dengan berlumba-lumba mendapatkan barangan pre-loved dan juga menjual barangan pre-loved sendiri. Jualan saya laris … macam pisang goreng. Saya jual banyak tudung AJ , baju anak-anak semurah RM5 ke RM20. Saya jual beg tangan , saya jual kasut , saya jual pandora .. semua pun laku lah. Allhamdulillah.

Apa ada dalam Jerebu ?

Selamat mengharungi jerebu , saya kongsikan gambar jerebu pada petang sabtu 3 / 10 / 2015. Paling teruk rasanya di ampang. Saya yakin saya boleh harungi jerebu jika di bandingkan masaalah tak ada air. Di kesempatan sekolah yang asyik di tutup ni , boleh lah saya fokos meniaga untuk kurangkan stok baju di rumah. Biasanya tak sempat nak jual pun. Gambar jerebu tahun 2013 klik link . Amboi tiap tahun ada gambar. Isnin dan selasa sekolah di tutup ya.  Apa ada dalam Jerebu ? sejak tahun 1991, jerebu telah…

Air buah tunjuk langit berkhasiat untuk lelaki

Kini air buah tunjuk langit telah pun menjadi minuman kegemaran suami. Rasanya pahit , tetapi tidak mengapa demi kesihatan dan stamina tak berbelah bagi kata encik suami. Sehinggakan jika encik suami pulang.Ramai kawan kawan beliau kirim untuk di beli. Air tin buah tunjuk langit ni jarang jumpa. Setakat ini saya hanya tahu terdapat di satu sahaja kedai. Terletak di pandan jaya, Ampang. Harga Rm8.00.Suami saya bekerja di Johor dan kadang-kadang ke Indonesia. Memang tak jumpa lagi di Johor. Jika ada yang tahu , kedai yang menjual air…