Kasut Dr Martens – INDICA

Kasut Dr Martens jenis Mary jane memang dah lama masuk senarai wish list nya pun  , sepatutnya ini kasut raya .. tapi lambat sikit pergi beli sebab suami tak balik raya. Tapi tak kisah la , asalkan suami ku itu tunaikan janji dah la. Hari tu berpenat lelah shopping baju anak sesorang , Dia janji nak belanja la apa kita nak sebagai reward gitu. Saya cuma boleh pakai design ni jek , design lain agak kecil di bahagian depan , boot high cut memang tak sesuai la , sebab kalau boleh nak yang cepat sarung dan jalan. Eh anak lagi…

Continue reading

Moeder susu khas untuk ibu menyusu dan hamil yang ingin memperbanyakkan susu

Kali ni saya nak memperkenalkan Moeder yang mmpunyai fungsi untuk menambah khasiat dan pengeluaran susu ibu. Seterusnya ibu ibu yang hamil dan menyusu dapat menjaga kesihatan diri sendiri dan bayi mereka di samping dapat menyempurnakan perjalanan menyusu bayi selama 2 tahun. Saya percaya ramai ibu di luar sana berhajat untuk menyusukan anak mereka sehingga cukup 2 tahun dan mengalami masaalah susu kurang atau baby tak cukup susu. RASA MOEDER : Saya dah cuba sendiri rasa moeder sebelum tulis di blog ini , rasa moeder lebih kepada rasa susu bijirin , seolah-olah nestum atau pun soya. Tidak terasa seperti susu kambing…

Continue reading

Shopping raya untuk anak-anak

Yuhuuu … korang semua mesti dah shopping lengkap dah kan ? kita baru terhegeh-hegeh beli baju raya , cadang nak tunggu ayah diorang balik dan beli sama-sama , malangya ada masaalah sikit di tempat kerja , paip bengkok la , paip bocor la , laut pulak bergelora , so kena lah siap kan kerja baru boleh balik. Macam ni lah nasib pekerja offshore. Dah berapa haribulan ni , kesian pula kalau tunggu-tunggu ayah nya , tak sempat nak beli baju raya. Anak pun dah keluarkan nada sedih sendu dah , kawan tu beli baju raya , kawan ni dah beli.…

Continue reading

Review Buffet Ramadan 2015 – CASA OMBAK AMPANG KUALA LUMPUR

Allhamdulillah , di jemput untuk merasa buffet di bulan ramadan pada tahun ini. Agak sedih tahun ni. Berpuasa dan berbuka tanpa suami kesayangan. Semoga tuan tanah yang jemput di murahkan rezeki. Anak-anak memang seronok dapat berbuka di buffet sekali sekala. Bukan tak boleh bawa , tapi memang susah dan tak selesa sikit keluar malam bersendirian dengan anak-anak semata-mata. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan mencari buffet yang sesuai untuk berbuka puasa besama keluarga , saya cadangkan cuba lah ke Casa Ombak bertempat di Banglo No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Ianya merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala…

Continue reading