Hawa dan emas : Join powergold akhirnya

Assalamualaikum.. Hai .. Kini , akhirnya setelah lama berfikir untuk menyertai mana-mana syarikat yang menawarkan emas murah-murah untuk simpanan , akhirnya saya telah memilih untuk menyertai POWERGOLD. Setelah hampir 5 tahun teringin nak join mana-mana syarikat trading emas ni setelah tengok abang ipar saya sendiri membuat jual beli emas , tapi takut nak beri tahu suami.

Ya .. saya seorang yang suka berniaga , dari jual produk jualan langsung ke jual baju-baju dan pun cuba. Cuba untuk tengok sesuai ke tidak. Sekarang nak cuba untuk mejadi seorang yang menabung di dalam emas . Sumpah saya tak boleh ada duit di tangan , bank mahupun ASB semua korek. MACAM-MACAM nak beli , dah la surirumah saja. Jadi .. rasanya dengan meyertai syarikat powergold ni , harapnya dapat la menyimpan 1gram sebulan. Atau lebih ..

Dah 3 tahun rasanya , tak pernah miss main kutu emas .. percayalah .. emas tu bukan saya pakai semua.. memang untuk simpanan , anak perempuan 3 orang beb + 1 orang anak lelaki , simpan duit asyik tak berjaya , mana lah tahu mereka akan sambung pelajaran tinggi-tinggi nanti. Mana nak korek duit. Zaman sekarang ada PTPN , saya tengok orang yang belajar tinggi bergelut nak bayar balik. Harap la anak saya esok ni tak perlu pinjam mana-mana agensi untuk menyambung pelajaran. Semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan.

Kebaikkan sertai POWERGOLD.

Sebab paling UTAMA perlu memilih produk powergold adalah kadar harga beli balik syarikat yang tinggi dengan mengenakan spread yang kecil 6-10%, ini akan memberikan anda keuntungan yang lebih cepat sekiranya harga emas naik. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas.

Produk Utama Powergold 
GOLD BAR 999.9 

  • Di datangkan dengan jumlah paling minima 1GRAM , mampu di beli oleh setiap golongan.
  • Selain dari GOLD BAR 999.9 1Gram , ada juga 5GRAM , 10GRAM Dan 20GRAM.
  • Harga ahli lebih murah berbanding harga jualan. Harus menjadi ahli untuk mendapatkan lebih untung ..

GOLD BAR 999.9 POWERGOLD

Kisah Benar : Penipuan kad kredit hanya melalui telefon , jual insuran konon.

Amboi tajuk , macam tajuk berita , saya nak kongsi pengalaman saya sendiri dan suami tentang penipuan kad kredit melalui telefon , seperti yang di alami oleh suami dan saya sediri  , seperti yang kebanyakkan kawan kawan tahu , saya seorang PJJ. So kad kredit ini memang membantu jika … tiba-tiba habis pampers susu , minyak kereta ke apa-apa yang urgent lah. Tiba-tiba .. kita tak tahu apa yang akan datang. So ini salah satu persedian. Tak kan la pakai kereta besar nak isi minyak takde duit nak pinjam kat orang .. malu la .. okay … seloroh je lah ya.

penipuan kad kredit

Hari tu .. waktu kejadian , saya baru je balik dari ambil anak balik dari sekolah .. saya terus sinsing lengan baju hendak ke dapur untuk masak , kelam kabut sikit .. sebab lambat masak .. baby pun dah bawa pinggan nak makan. KELAM KABUT SANGAT WAKTU TU.