Ladies only Zumba classes Ampang

zumba5Tajuk je speaking lebih , isi bahasa melayu okay ? Dah lama saya nak kurus , dari sejak gemuk selepas ambil pil perancang sejak melahirkan anak no.3 si laila .. macam-macam dah buat , tapi cara salah dan tak berhenti pil perancang .. maka nya saya menjadi sangat gemuk … hampir 100 kg .. dah berenti pil perancang berat tak naik , tapi perut naik .. Allhamdulillah .. dapat sorang anak lelaki. SELEPAS melahirkan anak ke – 4 memang dah target nak kurus balik , baju semasa kurus tu semua masih ada simpan , memang tekad nak pakai semua baju semasa kurus semula , lagi-lagi baju kurung tu.

Allhamdulillah .. selama 1 tahun 4 bulan jaga makan ,  berat saya turun banyak .. 96kg ke .. kadang-kadang 80kg hingga ke 75kg . Asyik duk turun naik .. risau la naik lagi … so nak tak nak saya kena excersise …

zumba
Umur pun dah tua dik non …. kalau en suami balik saya memang rajin main badminton , bila dia tak ada saya ikut kelas zumba untuk ladies sahaja ni , bayaran pun cuma RM5.00 sekali join , dekat pula tu dengan rumah ..dan part paling best bawa je anak-anak sekali. Anak-anak free saja. Anak saya bawa kasut roda .. mereka main kasut roda , baby tu kakak long tolong jagakan.

Demam panas akibat jangkitan virus ( Viral Infection & Pneumonia )

Anak demam ? Mari saya kongsikan pengalaman anak demam , di mana ianya bukan demam biasa. Demam ini berpunca dari jangkitan kuman di paru-paru dan sedikit di dalam darah , kalau istilah doktor nama penyakit ini adalah “ Viral Infection & Pneumonia “. Sekiranya anak mengalami demam panas , selesema dan batuk melebihi tiga hari , cepat-cepat lah bawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Saya sendiri rasa serik , kerana tiga orang anak perempuan saya tak pernah sakit , demam teruk2 . Ketiga-tiga nya akan sembuh selepas 2-3 kali makan ubat , paling lama pun 3 hari demam dan klinik yang biasa pergi adalah klinik berbayar biasa tu je. Bukan apa … agak renyah kalau pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan mahupun Hospital. Memang lama nak tunggu , saya tak salah kan mereka yang berkerja di sana. Mereka buat yang terbaik.

Tapi anak saya SYAMIM ni , setelah 5 hari demam on / off , kadang2 baik demam , kadang suhu badan naik tinggi . Syamim demam tiba-tiba , tak ada jangkit dari siapa-siapa , syamim muntah , tak selera makan dan banyak sangat hingus meleleh , muka pucat dan tak aktif macam biasa. Biasa nya syamim demam pun aktif bukan main. Tu yang pelik sangat.

Masuk hari ke 5 , suhu badan syamim naik mendadak , mula dari 38 ke 40. Hati memang risau sangat-sangat , terpaksa minta ayah nya balik Johor. Selepas ayah nya balik saya bawa syamim ke Klinik Kesihatan Kerajaan , saya tahu doktor di KK memang ambil berat kalau anak kecil demam mereka sudah tentu akan buat pemeriksaan darah.

Syamim di rujuk ke Hospital Kecemasan Ampang untuk ambil darah.

demam panas kanak-kanak
masuk gas

Syamim dan 5 hari tak kencing , setiap kali tukar lampin dia kering , setelah darah di ambil dan di buat ujian Syamim di tahan di wad kerana ada sikit jangkitan dalam darah dia , dan doktor juga nak pantau dan pastikan syamim kencing seperti sediakala , risau-risau virus dah menyerang buah pinggang.

Ya !! memang lama menunggu di wad sementara untuk dapatkan katil di Hospital , dari jam 6 ptg hingga 11 malam baru dapat katil , tapi ianya berbaloi … anak di pantau di sana kita pun tak risau.

Hari pertama ,doktor buat xray di dada syamim , dan juga terapat sedikit jangkitan di paru-paru syamim (pneumonia). Tapi doktor tak ada lah cakap benda ni serius sangat ke apa , doktor cuma nak syamim baik dari demam dan kencing. Tangan syamim memang kena masukkan air lah , sebab syamim tak nak makan minum , nasib baik syamim masih mahu menyusu susu ibu.

Santai bermain buih 

Khas buat orang berdekatan Kajang , boleh la merasai suasana petang yang sangat meriah , bermain buih , bermain kasut roda dan lain-lain . Lepas penat main boleh perkena sate kajang Haji Samuri. Ye dok ? sejak saya berkawin , 12 tahun lepas .. tu lah satu satunya tempat makan yang paling saya suka . Walau pun sekarang dah ada pelbagai versi sate dan restoran .. IMG_7090.JPG
IMG_7094-0.JPG
IMG_7092-0.JPG
 
Rasa sekejap sangat , syamim pun dah besar … sekarang dah susah nak ambil gambar dari depan … asyik la dari belakang aje .. tu tandanya anak dah semakin aktif …