Makan ala shell out "seafood" di Melaka.

Allhamdulillah merasa maka shell out , saya sebenarnya cadang nak buat sendiri di rumah , konon-konon tunggu suami balik baru buat , tapi mana tahu suami yang berada di kejauhan pun merasa teringin nak cuba makan seafood ala-ala shell out ni. Tak pa lah kita pun … ” mata yang mengantung di sorongkan bantal , mana mungkin kita tolakshell out

Saya pergi berpandukan google maps , dari Johor singgah di Melaka kemudian singgah Port Dickson baru lah pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan satu hari sahaja.

SPA DI RUMAH – Aromatheraphy Foot & Bath Salt

Salah satu cara untuk manjakan diri dan rilekskan badan sendiri. Tetapi saya bukan lah seorang yang suka ke SPA , terdapat banyak sebab saya tak pergi salah satunya jimat duit. Aromatheraphy foot & bath salt adalah salah satu produk jenama Sutra. Tetapi jika ada orang belanja saya okey je…

Kebaikan yang kita akan dapat apabila melakukan spa kaki adalah :

  • Kulit kaki terasa lembut.
  • Mengurangkan rekahan pada tumit kaki.
  • Membenarkan kaki rilek dan mengurangkan ketegangan pada kaki. Sangat sesuai kepada mereka yang selalu memakai kasut tinggi dan kasut sarung.
  • Aromaterapi nya akan membuatkan minda kita tenang.

Cara untuk melakukan SPA KAKI di rumah anda menggunakan produk SUTRA.

sutra 2

Tuangkan air suam ke dalam bekas , sesuai untuk merendam kaki anda.

Nak pergi Johor

Ada apa di Johor ? Nak tidur hotel apa versi bajet ? tujuan ke Negeri Johor adalah sesaja , melawat lokasi tempat kerja encik suami , kali ini saya akan drive bertemankan anak saudara dan anak-anak. Harap sangat semua anak-anak beri kerjasama. Tak pernah drive sendiri ke Johor , sebab tu lah agak terasa gusar sedikit , risaunya jika terjadi perkara tidak di ingini seperti tayar  kereta pancit di highway tempoh hari.

johor

Saya telah pun buat beberapa peracangan , rasanya hotel akan di tempah terus dari Agoda.com. Saya nampak dan berminat dengan hotel murah yang berharga cuma RM70-RM90 Semalam untuk satu bilik. Saya mungkin akan tempah 2 bilik dan haruslah ada sarapan. Tahu tak ? dengan adanya sarapan kita jimat banyak jika ada anak ramai , lagi pun pagi-pagi agak susah nak merayap cari sarapan. Kerenah anak-anak masing – masing kadang-kadang menduga.

Sutra Deep Sleep : Mudahnya mengatasi masaalah susah tidur malam

Masaalah Susah Tidur Malam kini dapat di atasi dengan Sutra Deep Sleeps Aromatherapy. Apakah korang mengalami susah tidur di malam hari ? Saya sendiri dah cuba seminggu. Sekarang memang dah dapat tidur lena. Walaupun tidur lewat kalau kita dapat  tidur tu lena dah memadai bagi saya. Kalau sebelum ini saya tidur memang tak lena ya ampun. Mata pejam tapi bunyi cicak ke , bunyi suis aircond off sendiri pun saya dengar tau . Tahu-tahu dah bunyi alarm jam 5 pagi. Bila azan subuh terpaksa la bangun ye tak ? saya selaku ibu mithali ni dah tentu akan bangun siap-siap untuk hantar anak ke sekolah. Bayangkan.. tak tidur lena , bangun dan drive pagi-pagi. Kepala pening sangat sangat.

SUTRA DEEP SLEEP

Testimoni saya sendiri : memang sangat – sangat rekomen pada korang semua. Kelakarnya saya dulu tak percaya kepada kuasa aromaterapi ni , tapi suka masuk SPA. Dan bila duduk dalam SPA tu , lampu malap-malap , ada pula bau bauan bunga yang membuatkan kita tenang , lepas tu ada pula tukang urut buat urutan refleksologi ke kaki kita.

Ikan Patin R&R Lanchang

R&R Lancang terletak di dalam laluan LPT Highway (Lebuhraya Pantai Timur). Saya bergerak dari Gambang ke arah Kuala Lumpur. Saya dengar R&R Lanchang ni ada kisah seram nya ye ? LPT pun sama ye ? Allhamdulillah kami ke gambang tu pukul 11 malam dari KL , singgah juga di R&R dalam jam 2 pagi tak ada apa-apa usikan. Saya tak nak cerita kisah seram tu , nak cerita pasai ikan patin dia sedap sangat.
2015-09-11 18.52.13

Pertama kali saya makan ikan patin masak lemak sedap. Serius .. tak pernah rasa lagi ikan patin masak lemak pahang. Kedai makan nombor berapa tak ingat dah , tapi ada 2 je kedai yang jual masak lemak ikan patin ni , ada 2 jenis ikan patin juga , ikan patin sangkar atau ikan patin buah. Saya tanya apa beza dia , adik kedai tu cakap ikan patin buah lebih manis. 

Cara buat KIMCHI sendiri : Resepi KIMCHI

Salam , saya dapat resepi untuk buat kimchi sendiri ni dari group facebook , saya suka simpan resepi di blog , maklumlah kalau buku asyik hilang sahaja , ribuan terima kasih kepada kakak Nora Sabri kerana berkongsi resepi kimchi ini dengan begitu detail cara nak buat tu.

1 : kobis dibelah dua dan basuh. Toskankimichi

2 : Lumur kobis dengan garam kasar sehelai demi sehelai. Perap selama 6 jam atau lebih.

kimichi 2

3 : Bilas kobis dengan air dan buang sisa sisa garam. Tos kan.

Gadai Emas Di Ar-Rahnu Bukan tak ada duit.

Masuk Arrahnu?? Hmmmm xde duit la tu.. Kadang2 mentaliti org masuk barang kat arrahnu sebab xdak duit.. tengah pokai, sempit hujung bulan.. xdak duit nak makan, pakai.. Biasa la mulut org, kita  tak boleh pegang dan jahitkan.

Arrahnu memang tempat anda pajak barang, tapi pajakkan tu lah yg menolong anda simpan aset dlm masa 6bulan..

Mari sama2 kita belajar lg sekali.. bg mudah hadam, mudah faham..

Contoh:
Rantai tangan  : 8.74g
Harga sy harini : 165/g upah RM49
(165×8.74)+49
=1,491.10

Jadi, anda perlu bayar kat sy, RM1,491..

Rawatan jangkitan kutu rambut dan telur kutu

Masyallah , sebenarnya tak tahu lah nak cerita macam mana , macam malu pun ada. Tetapi demi kebaikkan bersama , mana lah tahu ada ibu ibu di luar sana mencari Rawatan jangkitan kutu rambut dan telur kutu  yang telah lama berjangkit di kepala anak-anak tu.

Rawatan jangkitan kutu rambut dan telur kutu

Setiap kali anak di jangkiti kutu , apa rawatan terbaik untuk mengelakkan jangkitan kutu berulang kembali ?

*Saya kongsikan tindakan rawatan terbaik yang ibu bapa boleh buat disini mengkiut pengalaman saya sendiri. Jika ada tips lain kongsikan di ruangan komen ya. 

Blogger Contest : Review lynk.my 2015

Nak join juga Contest review lynk.my 2015 boleh tak ? rasa macam dalam tahun 2015 ni tak  ada join apa-apa contest blog lagi , terasa gian nak join pula. Hadiah bagi saya tolak tepi dulu , saya join sebab nak test plugin seo yang baru sahaja di gunakan , dan skil saya meng review sesuatu lama web , entah masih ada ke tidak ni. Dah lama jadi blogger di pinggiran ni. Saya dapat email dari lynk.my tentang contest ni , mula-mula … eh .. ingatkan dah tak ada website ni , dulu selalu guna kot untuk pendek kan url ketika nak share iklan churp churp lah , iklan says lah di facebook , korang yang blogger mesti tau , jangan duk buat pening pulak.

Jadi .. nak tahu pasal contest atau review website lynk.my dulu ? REVIEW dulu lah ye … Ehemm .. di bawah adalah review saya ..  harap anda faham ya.

Review lynk.my 2015

Contest review lynk.my 2015

Alkisah Pampers Murah Dari Surirumah Cyber

Mood sentap! saya pergi jaya jusco , nampak sale RM35 je untuk lampin pakai buang jenama drypers , biasanya jenama tu mahal di tesco dan kedai–kedai lain berdekatan. Maka saya surirumah cyber ni terus update status , sekali dapat komen dari surirumah cyber lain. Makan hati beb .. murah gila harga diorang beli. Ni nak minta tolong speedmart buka satu cawangan kawasan kampung pandan ke , taman cempaka ke , taman nirwana ampang tu ke .. senang sikit saya nak berjimat. Jangan main -main dengan surirumah sekarang ek. Tak main la ngumpat-ngumpat. Surirumah sekarang dah macam ejen kedai mana murah dah. Dari barangan asas ke barang mahal-mahal. Semua tau ehhh …

pampers