Tukar Duit Rupiah

Seronok bawa anak-anak belajar benda baru.Semalam bawa anak tukar duit Malaysia ke duit Indonesia Banyak soalan keluar dari mulut anak-anak. Paling best bila sebut dapat 2 juta. Wah terbeliak mata masing-masing konon macam banyak sangat. Tak sabar menanti hari esok.

Add Watermark App

Senang rupanya letak watermark menggunakan telefon sahaja. Ok dah tahu caranya .. Korang nak boleh cari di Google Play bagi android search applikasi Add Watermark. Untuk smartphone IOS tak pasti. Cuba lah cari di Apple Store okay ? Sekarang ni kena update blog guna telefon saja lah .. tak sempat .. kecuali Adsvertorial .. kita sempatkan juga ... Duit maa .. siapa tak nak ?

Panduan buat passport di UTC Kuala Lumpur terkini

UTC Kuala Lumpur … memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak kerajaan. Saya suka sangat dengan konsep di UTC ni. Cuti Tahun Baru Cina ini saya cadang hendak ke luar negara . Berjalan + berjumpa dengan abe. Perjalanan tak di rancang .. kebetulan abe cuti dan akan naik ke darat.

Agak kelam kabut buat passport .. tinggal seminggu .. nasib ada UTC .. di sana saya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itu pun setengah jam di habiskan untuk ambil gambar passport.

passport 2014

Tayar Pancit Lagi

Entah kenapa .. hati akan jadi semacam kalau hendak ke bengkel kereta untuk membaiki sesuatu . Korang pernah rasa bedebar untuk ke klinik dan cabut gigi ? begitu lah perasaan saya setiap kali ada sesuatu tak kena dengan kereta ni.Tak tahu kenapa tayar yang sama ni suka kempis tak ada angin..dulu sebelum bersalin syamim dah jadi sekali. Kena kerap isi angin. Tayar lain tak ada masaalah.Mungkin dah tiba masa nya ganti tayar baru. Atau rim baru ?Mesti ada yang tak kena dengan rim sebab tu lah selalu…

Misi mencari baju pengagkap selesai

Cuti 3 hari di gunakan sebaik nya. Hari sabtu kami anak beranak mencari pakaian seragam pengangkap untuk aliya. Tahun 3 dah mula ada kelab , persatuan beruniform. Jadi mak ayah boleh lah besedia duit lebih sikit jika anak akan masuk tahun 3. Sepasang baju pengangkap termasuk aksesori .. tshirt dan tudung RM150. Kasut lain. Kalau nak murah dan berbaloi dengan harganya pergi lah ke pertama komplek. Kalau rajin tawar menawar dapat murah lagi. Tapi saya kurang cekap tawar menawar .. anak-anak minta air la .. minta makan…

Snowdrop cloth pad review , kebaikan cloth pad dengan harga berpatutan.

Tahukah anda  ?  Sanitary pad atau pad pakai buang sebenarnya tidak elok untuk kesihatan bahagian intim wanita ? sebenarnya pad pakai buang ini di perbuat dari pulpa kayu dan bahan terbuang. Walau nampak macam putih suci je tapi sebenarnya ia datang dari bahan yang kotor.

Pad pakai buang mudah di dapati .. macam murah dan mudah tetapi sebenarnya  agak mahal dan mendatangkan keburukan kepada wanita khususnya. Masaalah segugut , darah haid berbau , bahagian intim wanita kegatalan , ruam , keputihan  semuanya berpunca dari penjagaan + pad pakai buang.

snowdrop cloth pad review

Perjumpaan Blogger Pembuka 2014

SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.

anak blogger

SUSAH.

Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang.  Ya ampun..

Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.

Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..”  ya saya hanya mampu tersenyum.

Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.

Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.

pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.
pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.

Hari Pertama Husna & Buku Teks

Pengalaman yang tak mungkin di lupakan. Tahun 2014 ramai anak murid tahun 1 tersepit celah kerusi kan ? Husna juga ada kisah nya tersendiri. Kelakar habis. Kalau ingat cerita dia ni boleh buat saya gelak sampai menitik air mata.
husna tahun 1

Husna jatuh longkang .. kesian dia .. hari pertama kan .. dah 2 bulan cuti makan tidur je .. bangun lewat sekali kena bangun awal .. mengantuk agaknya. Lepas balik dari sekolah .. saya parking kereta . maksu , kakak dan syamim dah naik atas. Husna jalan selepas diorang. Saya lambat sikit sebab nak kunci kereta dulu.

Husna dah merungut beg berat. Tolong lah bawak.

Tapi semua orang tak layan dia. Ibu nak angkat beras 5kg , sabun 3kg dan banyak lagi barang dapur. Maksu dukung syamim. Kakak ada beg sendiri. Jadi terpaksa la bawa beg sendiri.

Pengumuman Pemenang Shopping di Uor.my

Salam dan hai .. Maaf semua yang menantikan pengumuman contest meneka jumlah shopping saya kelmarin. Tidak ramai yang meneka. Jadi mudah hendak membuat pemilihan. Agaknya blogger sibuk dengan urusan sekolah anak-anak kan. Takpe ..di bawah adalah bukti shopping saya kelmarin. Dan tukang komen yang paling hampir adalah sicantikmatahari .. baca komen mereka di entri #CONTEST : Shopping baju anak murah dan berkualiti secara online Tahniah ...... anda boleh claim hadiah di Facebook atau Email ok .. yang belum berjaya usaha lagi. Coming soon ada lagi contest simle…

Snowdrop cloth pad

Bertuah rasanya di beri peluang untuk mencuba produk cloth pad dari  jenama snowdrop. Sebelum ni pernah cuba jenama lain. Kita tengok pula apa bezanya rasa yang saya dapat dari pemakaian cloth pad dari jenama snowdrop ni. Bagi yang belum tahu .. cloth pad ini adalah untuk wanita yang ” datang bulan ” , sekadar di pakai sebagai ” liner ” ataupun untuk wanita lepas besalin (dalam pantang / maternity )

snowdrop cloth pad review

Kalau orang dulu pakai kain , selain dari menjimatkan dan memudahkan .. tak perlu keluar untuk membeli pad moden. Sekarang wanita kita dah kembali kepada pemakaian pad jenis tradisional iaitu kain. Cuma kain itu telah di modenkan di datangkan dengan bentuk yang lebih menarik.