Review : ARANDA NOVA HOTEL CAMERON HIGHLANDS

REVIEW SUKA HATI , TIADA BAYARAN DI TERIMA UNTUK REVIEW INI. Ini adalah entri sambungan dari entri FAMILY TRAVEL ke Cameron Highlands tempoh hari.  ( boleh klik jika belum baca ) Semasa kami sekeluarga berada di Cameron Highlands tempoh hari , saya dan suami membuat keputusan untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Semasa sebelum bertolak ke Cameron Highlands dah jenuh kami search di google untuk melihat review dan mencari hotel apa yang sesuai namun tak dapat jawapan. Kemudian terpaksa lah kami ke Cameron Highlands itu sendiri dan melihat lihat hotel sendiri. Keadaaan jalan yang agak sempit dan banyak pula kenderaan meyukarkan pencarian , di tambah lagi hujan renyai-renyai , ada juga terseremak tiga tempat pasar malam. Hari pun semakin gelap. Jadi kami terus buat keputusan untuk masuk ke kawasan HOTEL  ARANDA NOVA ini dan terus bertanyakan kekosogan bilik.

ALLHAMDULILLAH ..  masih ada bilik , tetapi hanya bilik berstatus suite. Tetapi harga nya tidak lah mahal. Masih di bawah RM200 semalam.

IMG_1803
Ini adalah gambar pemandangan dari bilik hotel. Hotel ini masih baru lagi. Ya memang agak kecewa melihat pemandangan sebegini rupa.
IMG_1802
 

Semasa kami sekeluarga sampai cuaca agak mendung , hujan renyai – renyai ..dan sejuk sangat .. tapi apa yang megejutkan di hotel kami tak ada aircond , cuma ada kipas syiling di bahagian ruang tamu .. di dalam bilik berkaca tu tak ada apa-apa kipas mahupun penghawa dingin. Tetapi masih sejuk sehingga ke tulang.

IMG_1808
 

Saya masih belum berani membiarkan anak tidur di bilik berasigan. Jadi semua anak akan tidur di dalam satu bilik. Cuma minta tambah bantal dan selimut. Di Hotel ARANDA NOVA ini mengenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Satu selimut RM20 , Sebiji bantal RM20. Sebenarnya tak pernah lagi ke mana-mana hotel dalam Malaysia ni yang kenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Serius… 

Family Travel : Ke Cameron Highlands 3 hari 2 malam

Hi pembaca blog puanbee. Saya tahu walaupun jarang sangat update blog ni , ramai yang singgah membaca termasuk baca entri lama saya. Terima kasih sangat saya ucapkan buat kamu semua. Sekarang memang agak sibuk dengan hal keluarga dan bisnes suam – suam kuku tu. Cuti sekolah pada september lalu kami sekeluarga melawat Cameron Highlands , perjalanan kami kali ini tidak di rancang , spontan sahaja si ayah mengajak kami semua bersiap dan terus bertolak dari Taiping ke Cameron Highlands , perjalanan mengambil masa cuma 2 jam lebih.

IMG_1867

Syamim dan ibu di KEA FARM  – Kami tidak mengambil mana-mana pakej , terus terjah ke sana dan cari hotel. Agak susah hendak membuat pilihan hotel kerana terlalu banyak pilihan. Setelah penat pusing-pusing dari bawah bukit  ke atas bukit dan menuruni bukit , naik semula ke tanah rata. Kami membuat pilihan untuk terus daftar masuk ke ARANDA NOVA HOTEL.  Bagi kami , hotel ini sangat lengkap dan sesuai untuk famili  yang ada ramai kanak-kanak seperti kami. Review akan di lakukan di dalam post lain.(  review klik sini ) Al-maklumlah terlalu banyak gambar.

IMG_1889Saya suka konsep hiasan begini , terasa jika satu hari nanti di takdirkan saya berpindah dan tinggal di rumah yang ada sedikit tanah , boleh lah bercucuk tanam macam ni.  

Pasang Streamyx Akhirnya (3 November 2014)

Akhirnya , Streamyx menjadi pilihan , saya mengalah dengan keadaan , hampir setahun menyepi kerana line internet asyik meragam , saya pengguna YES sebelum ini , dari pakej paling bawah saya langgan pakej paling mahal , namun hasilnya ? mengecewakan. Semakin hari semakin teruk , seingat saya semasa mula-mula melanggan internet YES dahulu , line bagus , data pun tak cepat habis. Sekarang .. Teruk sangat .. lagi tinggi kuota data yang di langgan , lagi cepat habis dan saya perlu topup data berulang kali , ye la .. saya perlukan internet untuk bisnes kecil-kecilan dari rumah dan juga update blog tak seberapa ni.

Ejen Streamyx Tesco
Ejen Streamyx Tesco

Setelah membuat kajian terperinci , dan menyiasat sama ada di kawasan rumah saya boleh atau tidak jika ingin pasang UNIFI , tetapi hampa .. Memang tak ada Unifi walaupun rumah di tengah bandar .. 30 minit ke KLCC. Gah sangat bunyi nya kan ? Padahal …. Apa pun terima kasih di ucapkan kepada blogger shakiddo.com kerana melayan pertanyaan saya.

Sakit bahu , urat belikat dan bahagian belakang

Sejak akhir-akhir ni , prestasi saya sebagai ibu dan pekerja di rumah amat-amat merosot. Seingat saya … semasa mengandungkan syamim ( anak bongsu yang kini berumur 11 bulan ) selalu sangat sakit bahagian belakang , ingatkan ianya gejala biasa ibu mengandung , mana tahu ke sakitan bersambung semula setelah syamim di lahirkan dan berumur sekitar 6 bulan.

Sakit urat belikat bukan lah satu sakit yang boleh di buat main. Rasa nak sekeh orang ja .. duduk pun sakit. Terasa nak baring sahaja. Tetapi .. mana ada ibu beranak kan 4 orang anak yang masih kecil dapat baring 24 jam sepanjang hari. Lagi-lagi orang macam saya , seorang isteri yang berjauhan dengan suami dan menguruskan empat orang anak sendiri.

sakit bahu , tulang belikat

Cara Langgan Broadband Altel

Saya tulis cara langgan broadband Altel adalah kerana saya sendiri yang selalu lupa. Ya ammpuunnn tiap kali nak topup data atau broadband Altel ni mula la mengelabah cari info di internet , susah pulak tu nak dapat. Tulis sendiri lagi senang. Cara nya adalah setelah topup kredit baru boleh langgan broadband ye. Top up kredit : *122*pin# Top up Broadband / data : *104# dan ikut step seterusnya seperti di bawah. Alaa sampai sini korang mesti dah tau kan.     Harga data / broadband altel :…

#MYCyberSale 2014 : Promosi hebat dari Nile.com.my

MyCyberSale akan bermula pada 29 September – 1 Oktober 2014 ,bagi mereka yang masih samar-sama , apa itu MyCyberSale ianya adalah kempen membeli-belah dalam talian.

MyCyberSale adalah sebuah program dari kerajaan Malaysia dan diterajui oleh MDeC (Perbadanan Pembangunan Multimedia) . Ianya adalah berita yang sangat hebat buat peminat membeli belah secara online , anda dapat menikmati diskaun terhebat sehingga 90% diskaun untuk produk yang di tawarkan oleh mereka yang turut menyertai program ini.

Sempena MyCyberSale 2014, nile.com.my juga tidak ketinggalan menyertai program ini , bagi bersama-sama dengan kerajaan Malaysia.

Dipercayai mereka yang meyertai MYCyberSale akan memberi potongan harga terbaik di samping penghantaran percuma ( *bergantung kepada terma dan syarat )

Di bawah adalah senarai beberapa produk yang di turunkan harga dan anda boleh mendapatkan nya pada harga RM9.90 sahaja . Ingat program ini hanya berlangsung selama 3 hari dari 29 September-1 Oktober 2014, cepat dapatkan nya sekarang , sebelum anda terlepas … Gigit cari weh … sementara stok masih ada dalam masa 3 hari ini sahaja.

nile 1 nile 2

Selamat hari jadi Malaysia dan Diri Sendiri

Update ringkas lagi , Selamat hari jadi Malaysia , semoga bertambah maju jaya dan sentiasa selamat dari segala jenis bencana. Dan selamat hari jadi buat diri sendiri juga , syukur allhamdulillah ... mak dan semua keluarga datang untuk kenduri , tapi secara tak langsung mereka ketika ulangtahun kelahiran saya , maka suami belanja satu keluarga makan - makan malam tu , tak sempat nak ambil gambar semua kalau dah seronok sangat berkumpul. Tapi saya suka restoran Andalus ni , restoran arab yang menghidangkan hidangan arab dan sedap.…

Review Mandarin Court Hotel Kuala Lumpur

Live update secara ringkas dahulu. Pada ketika ini , 30 / 8 / 14. Semua hotel penuh , jika nak sewa 1 bilik senang lah dapat , tapi jika nak sewa secara bundle sehingga 10 bilik memang dah susah. Sebenarnya dah booking melalui agoda.com , tapi cuma lepas 1 bilik sahaja. Lagi 4 bilik tak lepas , kad kredit dan kad debit tak boleh pakai. Satu bilik tu adalah bilik Hotel Citrus. Kemudian saya book Hotel Citrus dari website mereka sendiri. Mana tau mereka tak simpan bilik…

Restoran asam pedas claypot Jalan Laksamana Melaka

Kami pergi makan di sini pada bulan puasa kelmarin , cerita dah basi ek ? bak kata seorang blogger tu , tak ada cerita basi jika cerita pasal diri sendiri , so korang boleh baca cerita ni tanpa akan di serang keracunan makanan. Atas permintaan seorang blogger nak tahu apa cerita dan rasa makan di sini. Alkisah dah 6 tahun lepas suami pergi makan di situ , suami kat sedap sangat , kita pun teringin nak rasa juga , janji punya janji sampai 6 tahun baru la…

Testing live update ..

Tak ada apa nak cakap , cuma mampu pasang tekad dalam hati kalau - kalau bertambah rajin untuk update blog ni nanti , rugi pulak bayar hosting tapi tak update .. mau di jual jugak blog ni karang. Syamim berseluar pelikat semalam ..