Urusan pertukaran sekolah Selangor ke Kuala Lumpur

Ini cerita pengalaman menukar sekolah dari kawasan Selangor ke kawasan Kuala Lumpur. Ya ampun .. teruk sangat rasanya untuk orang yang tak tahu jalan. Selalu sesat di kawasan tengah Kuala Lumpur.

Kalau boleh elak  , memang tak mahu langsung masuk ke kawasan KL dengan memandu sendiri. Nak saja harapkan suami buat semua. Tapi terpaksa lah suami bekerja kan.

urusan pertukaran sekolah selangor ke kuala lumpur Read More

Salam Media Berfungsi Sebagai Ejen Pengiklanan Blog & Pengguna Media Social

Salam buat Salam Media.

Terlebih dahulu siapa Salam Media ? Salam Media adalah satu tapak pengiklanan yang memfokoskan kepada penulisan di Blog atau media social lain seperti Facebook , Instagram , Twitter dan lain-lain media social yang tumbuh bagai cendawan pada masa kini. Unik nya Salam Media. Mereka adalah satu-satunya tapak pengiklanan yang mejadikan “patuh syariah” sebagai penunggak syarat untuk beriklan dan seterusnya memberi manfaat  yang baik kepada pengguna media social.

salam media adsvertising company malaysia Read More

Kami di Putrajaya

Tak pernah sampai di Putrajaya , ini lah pertama kali .. walaupun tinggal dekat aje ..  Perjalanan ini tak di rancang.. selalunya kalau tak merancang lah menjadi , kalau di rancang tak menjadi. Pada mula nya rancang hendak tidur di rumah adik yang terletak di kajang , kan ke ampang tak ada air .. jadi saya dengan anak kecil 4 orang ni memang tak boleh nak harung situasi tak ada air ni. Jadi sediakan payung sebelum hujan.

Tau-tau adik ipar ajak bejalan di Putrajaya. Dah memang tak pernah sampai ke Putrajaya , jadi siggah lah kejap ..walaupun sebenarnya nak pergi beli barang dapur.

pemandangan putrajaya waktu malam

Pemandangan waktu malam .. cantik dan tenang .. kalau tak ada anak kecil nak duduk lama sikit. Tapi ada anak tak sesuai .. jadi singgah untuk begambar saja lah ..

pemandangan di masjig putrajaya

Bergambar depan Masjid Putrajaya…dah hampir senja pun.. Ini lah peneman kalau nak pergi kemana-mana semasa ketiadaan suami . Tak berani nak berjalan sendiri. Takut macam-macam … ( sendiri faham lah kan ? )

bermain di putrajaya

Terkejut tengok aliya … mula-mula malu takut nak main sport drift ni , tapi di paksa oleh ibu sebab dah bayar … haha mahal kan .. sekali dah main , tak nampak macam anak dara dah .. lagak macam anak jantan. Kuat sungguh tenaga dia .. terkejut habis semua orang tengok .. dia memang minat lah aktiviti lasak ni .. dulu pernah cuba sekali .. 3 tahun lepas kot.

Pilih-pilih nak apa … budak kecil kaki pendek main motor , baskal untuk orang kaki pendek lah ye … walaupun mahal gak ler .. 15 minit RM10 .. tapi berbaloi … tengok aanak-anak , adik ketawa seronok .. lepas tension .. ibu tak naik lah ye .. Read More

Pusat Bayi Tersembul

Kadang-kadang rasa takut juga bila jaga anak kecil sorang-sorang dan kuat menangis , lelaki pula tu .. almaklumlah biasa jaga anak perempuan saja. Lagi pun setiap anak lain ragam nya. Alhamdulillah ..dulu walaupun saya begelar ibu pada usia muda (sekarang pun muda lagi ) ketiga-tiga anak perempuan saya jenis tidak meragam. Sangat baik.. berbeza dengan anak lelaki seorang ni. 🙂

2013-12-12 19.55.13

Tak tahu apa yang tak kena. Baby syamim kuat menangis , minum susu pun muntah .. dan kadang-kadang mengamuk sampai tak nak meyusu. Pusat nya yang normal seperti di atas. Tapi bila baby syamim menangis kuat , pusat baby akan tersembul seperti gambar di bawah.

2013-12-12 19.55.22

Saya dah bawa jumpa doktor , tapi doktor  hanya buat temujanji sebulan akan datang .. mungkin tak ada apa-apa penyakit yang teruk kata mereka. Saya selalu tuam perut baby dengan bunjut herba yang di buat sendiri. Selalu juga sapu minyak telon dan minyak bawang putih. Rasanya baby syamim kembung perut ( masuk angin ). Jadi saya cuba beri sejenis ubat  di panggil GRIPP WATER. Pun baby masih menangis terutama bila cuaca sejuk. Saya pernah tulis cara elakkan bayi kembung perut , tapi semua tips saya sendiri tak berkesan. Kelakar pula. Jadi kena cuba tips dari orang lain.

2013-12-13 11.57.16

Mujur ada kawan ajar saya jaga anak lelaki. Kebanyakkan anak mereka lelaki.. petua yang di kongsi yang baru saya tahu adalah memulas pusat baby menggunakan jari. Lipat jari dan pulas ke pusat mengikut arah pusat. Susah sikit nak terangkan , kalau anak ada masaalah tanya pada orang tua atau bidan , diorang tahu.

Lega dah 2 hari saya buat , pusat syamim nampak cantik .. tak tersembul dan urat yang timbul semakin mengecil .. syamim kurang sikit menangis. Tapi kadang-kadang meragam tak nak tidur bawah. Tu ok la … setakat nak bermanja , ibu tak risau .. ini menangis sampai biru muka. Cuak wehhh …

tarikh buka sekolah 2014

Persediaan buka sekolah 2014

Semua ibu bapa dah mula membuat persediaan buka sekolah bagi tahun 2014 kan ? Lumrah hidup begitu la .. dulu mak pak kita buat untuk kita , sekarang kita buat untuk anak-anak kita. Hidup bagaikan roda , pepatah biasa orang gunakan sekarang. Dengan lahirnya anak saya yang ke – empat bertambah sibuk lah perjalanan hidup saya. Bukan merungut tetapi berkongsi sedikit sisi hidup saya yang setiap hari sibuk menguruskan anak-anak.

tarikh buka sekolah 2014

Tarikh buka sekolah 2014 :

  • 2hb Januari 2014  / Khamis bagi semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bersekolah pada  1hb Januari 2014 / Rabu.

Ketiadaan suami di sisi dek kerana tuntutan kerja menambahkan lagi paras sibuk tu. Namun Insyallah .. segalanya akan di uruskan dengan sehabis baik. Suami bekerja sebagai krew kapal. Memang kadang kala di darat , kadang kala di laut. Sekarang suami belayar ke Jakarta Indonesia. Lebih kurang 11 hari baru sampai katanya. Talian terputus seketika.

Tiada apa yang lebih menyakitkan selain dari tidak mendapat berita dari suami tersayang. Sungguh saya beranak sendiri , uruskan anak-anak sendiri tidak lah seperit rasanya akibat tidak dapat berita dari suami. Entah apa la cerita dia di sana. Sihat ke ? makan minum macam mana ye ? Setiap masa , setiap saat saya mampu mendoakan kesejahteraan kesihatan suami dan semoga selamat tiba di sana dan balik.

( mata serasa berabuk 🙂 )

Tahun 2014 ..

Saya terpaksa menukar sekolah anak sulung ke sekolah baru , kerana hendak mendapatkan sekolah satu sesi. Anak no 2 baru masuk tahun 1 , jadi jika kakak masih di sekolah lama , mereka akan bersekolah 2 sesi. Jadi saya tukar sekolah anak sulung dan daftarkan semula anak ke dua ke sekolah baru. Walaupun sebenarnya anak no 2 tu telah pun di daftarkan di sekolah lama kakak nya 2 tahun lepas. Saya merancang dari 2 tahun lepas , mana tahu kini saya terpaksa tukarkan sekolah mereka.

Anak no 3 pula telah layak masuk ke tadika. Maka saya akan mencari sekolah tadika untuknya , jika boleh hendak sekolah yang berada di satu laluan dengan sekolah kakak-kakak nya. Almaklumlah .. jalan di KUALA LUMPUR 24 JAM SESAK. Tak sanggup saya menempuh jalan sesak dengan membawa baby yang baru sahaja di lahirkan.

Dah tukar sekolah kebangsaan , maka sekolah agama pun kena tukar. Sekolah lama kawasan Selangor , sekolah baru kawasan KUALA LUMPUR. Jadi waktu sekolah tu tak sama.

Kalendar Cuti AM & Cuti Sekolah 2014 ( Persekutuan & Negeri )

Baju-baju semua selamat , saya dapat sediakan semasa saya sarat megandung kelmarin. SYUKUR sangat. Tinggal urusan sekolah sahaja.

Dan saya masih berpantang sebulan. Mujur ada adik datang tolong menjaga anak-anak dan menjadi kawan berbual. Kalau tak meroyannnnn ….

# Sesibuk saya sekarang , sesedih pilu kerinduan ke suami  masih boleh bertahan , lagi sedih tengok update dari kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir .. habis semua barang musnah .. semoga kalian tabah ye … ujian dari ALLAH .. besar ganjaran nya nanti.

19 Foto di Muzium Taiping Perak Sempena Cuti Sekolah

 

Ini cerita dah lama juga , awal cuti sekolah bulan November 2013. Saya meluangkan masa dengan anak – anak dan pergi melawat Muzium Taiping Perak. Baby belum lahir lagi .. baby lahir 3 hari selepas melawat Muzium. Seboleh – boleh nya nak juga lah anak ada kenangan cuti sekolah kan. Cuti kali ni mereka tak dapat pergi bercuti jauh-jauh dek kerana ayah kerja jauh , ibu pula sarat mengandung.

Jadi melawat Muzium pun ok la … eh ibu nya pun baru dua kali sampai ke Muzium Taiping ni .. nama ja orang Taiping … ala korang pun , yang tinggal di Taiping mesti tak melawat Muzium kan kan kan ?

muzium taiping perak

Ini kubur batu zaman dulu-dulu .. kalau korang datang baca lah kisah kubur ni di situ .. ada betul-betul depan pintu Muzium.

bayaran masuk ke muzium taiping | harga muzium

Waktu lawatan ke Muzium Taiping adalah 9 pagi hingga 6 petang . Waktu tutup Muzium nya pula adalah Hari Pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Special kan ? bila-bila je boleh melawat muzium taiping … pergi lah …

Bayaran Masuk

  1. Tiket berharga RM2.00 untuk dewasa.
  2. Masuk adalah percuma bagi kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dan pelajar berpakaian seragam sekolah.

muzium perak taiping

Aliya dengan peralatan pemadam api zaman dulu-dulu ..

lawatan ke muzium

Husna dengan peralatan menaip zaman dulu ..

info muzium di taiping

Husna , Laila dan Opah … eh opah pun tak pernah masuk Muzium .. kalau padang besar banyak kali sampai … hahaha …

melawat muzium di taiping perak

Laila .. macam comel je .. macam kecik je ..
2013-11-06 15.39.20

Maksu … entah apa di sembangkan dengan seladang tu .. agenda rahsia mungkin. Di Muzium ni ada banyak replika binatang / binatang yang telah di awet untuk di jadikan pameran. Ada berbagai jenis binatang .. nak tahu lebih lanjut kena datang sendiri .. gambar banyak sangat nak tunjuk satu-satu pun ..

Apa yang pasti teruja juga bila bawa anak anak mengjelajah muzium ni ..riuh rendah dah .. kalau lah binatang tu boleh dengar . mau di kejarnya kami …

2013-11-06 15.42.37

Pelajaran dan sedikit ilmu mengenai kewujudan logam di …

2013-11-06 15.43.12

Tembaga hasilan orang dulu -dulu .. sekarang macam dah pupus kan ?

2013-11-06 15.50.01

Sedikit ilmu tentang kewujudan Orang Asli di Malaysia.. banyak sangat info .. tak ingat sangat nak tulis pun .. gambar banyak la .. kalau nak tahu pergi sendiri ..
2013-11-06 15.50.45

Ini di antara barang hantaran untuk perkahwinan ORANG ASLI .

2013-11-06 15.51.02

Pengakutan Orang asli ..

2013-11-06 15.56.01

Saya suka tempat ni .. dengan lampu suram terbentang peta dan ilmu SEJARAH AWAL TEMBIKAR. Anak- anak yang kurang nak ambik tahu terus tekun membaca .. bijak ..

2013-11-06 15.56.28

Dengan mak ..dan adik bongsu … mengandung sarat tu … buat kenangan .. 🙂

2013-11-06 15.58.36

Ilmu tentang adat perkahwinan semua kaum di Malaysia .. elok bawa anak-anak , dalam masa sehari banyak info dan sejarah dia tahu ..

2013-11-06 16.06.58

Antara pengakutan terpenting zaman dulu ..

2013-11-06 16.07.55

Entah apa yang di tulisnya .. satu pun ibu tak boleh guna untuk banyak kan info di blog ibu ..

2013-11-06 16.08.44

Ini apa ?

2013-11-06 16.09.01

Ini lah van jenazah dulu – dulu .. tulisan jawi lagi …  ingat mati … insaf seketika …

Ada masa lagi … Keluarga yang tinggal berdekatan boleh bawa anak-anak melawat Muzium Taiping . Bayaran masuk pun tak mahal mana … kalau rajin sikit lagi sediakan buku , pen tulis … anak-anak saya rakam .. kemain belagak … Taiping sejuk sekarang ni kan ?

Curi masa taip entri .. si kecik asyik meragam manja .. nanti ada pertambahan info saya update .. insyallah …

Alamat : Muzium Perak Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak

Tempat menarik berdekatan : Taman Tasik Taiping & Zoo Taiping.

Kemudahan pegangkutan : Menaiki bas sehingga ke Stesen bas Taiping dan seterusnya menaiki teksi.

Terdapat banyak pilihan tempat tinggal.

Berhadapan penjara Taiping .. penjara lama tu ..

Balik rumah sendiri ( petua masuk rumah baru )

image

Allhamdulillah , tiada apa yang lebih baik dari tinggal di rumah sendiri , terasa lebih tenang jiwa ni. Nak buat apa pun senang ..

Banyak petua orang dulu yang mak perturunkan jika nak bawa bayi baru ke rumah lain setelah bayi di lahirkan.

Antaranya :

Bawa air dari tempat asal dan mandikan setelah sampai ke rumah baru.
Pakaikan bedak comot comot.

Dan macam macam lagi.

Satu pun saya tak ikut huu ..

Cuma masa bawa balik Syamim risau juga la , di Taiping kuat meragam juga.. risau dia tak biasa di rumah Kl , risau meragam naya.

Tapi .. elok jek ..

Lega sangat – sangat .. tapi saya buka yassin la juga berulang kali sepanjang malam hari pertama saya balik tu.

Psssttt .. rumah sebelah dah hampir 6 tahun tak de penghuni. 🙂

Mana lah tahu ada penghuni lain , gossip dari jiran2 boleh tahan menyeramkan. Macam2 cerita , tu baru tinggal rumah tak sampai sebulan.

Feling – keletihan ya amat .. kemas rumah .. sapu habuk2 sampai terlupa masih dalam pantang. Adoiyai ..

Kita guna theme baru .. yeayy ..

Amaran !! Update secara langsung dari Android Phone , Segala ” typo ” tidak di sengajakan. Harap Maaf 🙂

Wajib ada bila anak demam + selsema

termometer , baby balsam , vicks

Hari sebelum buat majlis kenduri kesyukuran sempena lahirnya syamim. Baby syamim dah demam .. boleh bayangkan bayi 20 hari demam. Risau juga … risau demam panas. Memang ada spare cool fever jadi terus tempek kan kejap.

Kemudian minta adik belikan termometer untuk monitor suhu badan syamim. Mujur tak tinggi ..

Tapi , syamim selsema .. biasa lah musim hujan ni kan .. sejuk kot.

Sediakan pula babybalsam ni, jenama vicks juga tapi khas untuk baby ( selama ni tak tau pun ada vicks khas untuk bayi , mujur kawan kenalkan , dah siap beli vicks dewasa )

Paling kesian bila syamim tidur hidung nya ” ketat ” mengamuk juga dia. Mula-mula tak tahu , tapi setiap kali sapu vicks syamim tidur semula. Maka sah la hidung syamim ” ketat “.

Hari-hari monitor suhu , sapu vicks dan pastikan bayi minum susu banyak-banyak. Jika bayi muntah urut belakang. Biar bayi muntahkan kahak tu. Mandikan bayi dengan air suam , 2 kali sehari. Jika bayi selsema lah. Sedikit info di kongsi bersama .

Memang tak ada ubat untuk bayi.

Petua banyak , malas nak praktik kan pula. 🙂 urban lah sangat . Hehehe

Posted from WordPress for Android

Gambar ( KLIA 2 ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dalam pembinaan.

Beruntung nya dapat melihat gambar pembinaan KLIA2 ( Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ) yang telah hampir siap. Gambar eklusif ini di beri oleh seorang rakan blogger juga. KLIA 2 di jangka akan di buka pada 2 Mei 2014.

klia2 gambar eklusif

KLIA2 dibina untuk menjadi hab lapangan terbang antarabangsa dengan kos yang rendah seperti LCCT. Ia direka untuk memenuhi 45 juta penumpang setahun.

klia2 setakat 1 november

Bangunan utama KLIA2

gambar lapangan terbang antarabangsa klia2

IMG-20131129-WA0005

klia2

klia2 dalam pembinaan

Terima kasih di ucapkan kepada rakan blogger Muhammad Tarmizi di atas sumbangan gambar eklusif KLIA2 ini. Untuk gambar eklusif dalaman lapangan KLIA2 boleh lawati blog rakan blogger kujie2.com