Pertama kali nampak mesin untuk reload celcom dan buat bayaran bil celcom di dalam sebuah farmasi di sebuah pasaraya berdekatan Ampang , kemain canggih .. belum pernah cuba lagi , akan datang mungkin akan menggunakan nya …. Posted from WordPress for Android
Toshiba Canvio Slim II 1TB , USB 3.0  dari TOSHIBA MALAYSIA   ….. Saya kan …. rasanya cari Hard Drive External Portable ni dah bertahun dah. Dah 3 kali laptop lama rosak sampai ke tukar ultrabook  baru awal tahun kelmarin. Data dalam laptop lama semua hilang bersama dengan laptop lama , simpan dalam laptop dalam lemari sebab nya tak jumpa pula hard drive external portabel yang berkenan. Sekarang dah dapat sebijik Toshiba Canvio Slim II 1TB  dari TOSHIBA MALAYSIA . Kemain happy … dah tentu tak ada data yang akan hilang lagi. Data dalam laptop lah .. bukan dalam kepala ni. Nak bagi tau …
Allhamdulillah , rezeki anak-anak gamaknya … tahun 2013 ni ada la menang hadiah besar kecik .. dulu pernah menang bila masuk contest comfort di facebook diorang , menang 1 buku pampers dan sebotol pewangi baju jenama comfort. Syukur .. kecik pun menang juga kan. Kemudian masuk contest Nokia , ini di antara blogger dan saya menang Nokia Lumia 925.
Mungkin di sebabkan ibu nya seorang blogger yang terdedah dengan dunia teknologi dan gadget , jadi anak-anak turut sama suka dengan teknologi dan gadget ni. Saya ada pengalaman dengan anak-anak yang telebih suka dengan gadget ni. Laptop saya telah beberapa kali rosak apabila anak-anak keterlaluan bermain laptop. Percaya lah .. anak saya masih kecil dan berminat sangat. Kamera DSLR , Smartphone , Laptop , Tablet .. semua mereka dah pun mula berjinak-jinak menggunakan nya , walaupun saya tak pernah ajar mereka.
Bersempena raya haji konon-konon nya , ajak adik sekeluarga pergi makan sedap sikit , pekena steamboat buffet di restoran m2cafe di setapak , depan festival city.  Memandangkan suami ku tak ada , jadi malas lah nak masak kesian orang tu request macam-macam selepas tengok menu di facebook  , balik nya belum tahu , jadi susun senarai apa nak makan je la . Sebagai isteri saya pun kurang la nak masak sedap-sedap dan upload di facebook tu , kalau makanan di restoran mana-mana suami tak kisah. Dia kisahkan masakan isteri dia je … ( bangga pulak aku rasa )