Kek cawan berperisa coklat

Asal budak-budak nak sambut besday ini je la yang mampu ibu buat. Tak ada lain dah … Resepi dari kek coklat lembab tapi saya bakar je , lembab juga … Ibu kurang pandai masak-masak ni , minat yang mendalam tu tak ada .. Jadi la …

kek coklat cawan

Tak la banyak sangat buat , tetapi boleh ambil masa berjam-jam juga … mengantuk hee ~ Ini untuk hari jadi kawan-kawan una dari bulan januari sampai bulan mac , kemain cikgu himpun ..  Read More

Program SARANA (Apa yang baru di sekolah )

7 Mac 2013 , semua ibu bapa di jemput hadir ke sekolah untuk di perkenalkan dengan Program SARANA di sekolah anak-anak. Saya tak pasti program SARANA ini ada ke tidak untuk sekolah menengah , tetapi yang pastinya ada untuk sekolah renadah kebangsaan. Kerana anak saya ada bersekolah di sekolah rendah kebangsaan tahun 3.

  • Program SARANA di bentuk untuk menggalakkan ibu bapa aktif melibatkan diri di dalam pembelajaran anak di sekolah.
  • Ibu bapa hanya boleh bertindak / mengadakan aktiviti / aktif untuk kelas yang di duduki oleh anak. Jika 2 sesi maka sesi pagi dan petang di gabungkan menjadi satu.
  • Ibu bapa tidak boleh membuat kerja-kerja di luar kelas anak-anak.
  • Ibu bapa boleh menganjurkan aktiviti luar seperti melawat sesuatu kawasan. Mengutip derma atas dasar untuk anak-anak di dalam kelas tersebut.

2013-03-09 10.50.21

Pertama kali dengar , terkejut juga. Alaa rasa macam agak “segan” hendak terlibat dengan aktiviti sekolah ini. Saya pasti ramai ibu bapa yang lain mempunyai perasaan yang sama. Apa tidaknya .. untuk kelas anak saya sesi petang dan sesi pagi sepatutnya ada 64 orang ibu bapa. Tetapi yang hadir hanya 7 orang ibu bapa. Read More

Sleeping girl

laila potret

Laila 4 tahun pada 19 mac 2013

Kalau ikut nak update ada banyak luahan jiwa ingin di update. Namun … diam itu lebih baik.. Syhhh ~

UPDATE 20/3/2013 : MAAF sangat – sangat , tarikh di atas bukan hari lahir laila tetapi saya letak tarikh untuk kenang – kenangan saya di masa hadapan . Nanti bila  tahun depan , saya tengok gambar laila saya nak tahu gambar tu di ambil bila. Bukan tarikh lahir .. Ramai pula wish hari lahir di bawah huu~

Website rasmi GMKlang untuk mendapatkan barangan perniagaan secara borong online.

Terdapat satu laman web borong yang baru dan terkini di Malaysia yang mendapat sambutan ramai iaitu Gomuah.com !  Apa yang terdapat di Gomurah.com  ? Sebelum itu mari kita tengok senarai semak di bawah.

  1. Adakah anda seorang peruncit ataupun peniaga?
  2. Adakah anda menghadapi masalah membeli ataupun mencari stok perniagaan anda?
  3. Anda tiada masa membeli stok?
  4. Anda keletihan mencari stok?

RALAT 11/4/2015 : website rasmi gomurah.com kini telah di berhentikan operasinya ,  saya baru mendapat info dari pihak mereka , Ada yang pm saya di facebook bertanya tentang gomurah.com kan , jika anda ingin mendapatkan barangan murah-murah , boleh rujuk ke website : beligood.com 

building Read More

Laila demam malam

Sebelum tu buka cerita laila demam malam , puanbee tukar theme blog.. jangan tanya kenapa , tak ada apa-apa sebab , saja je tukar sebab teringin nak guna theme warna putih. Lagipun ini adalah theme lama saya. Rindu ~  Laila demam berjangkit dari ibunya.. Saya rasa serba salah ni , esok ada event .. tak pernah tinggal anak kepada ayahnya lagi-lagi dalam keadaan demam. Harap ayah boleh jaga Laila la . Lagipun Laila nampak sihat di siang hari , cuma malam je meragam sikit. Amin!

anak demam malam Read More

4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai

Penyakit angin . Siapa sini yang selalu kena penyakit banyak angin ? sesetengah orang kata gemuk angin. Yang ni saya tak pasti la sangat , gemuk angin macam mana. Tetapi penyakit badan mudah di masuki angin tu saya sendiri telah mengalaminya. Sejak melahirkan anak ke dua dulu. Entah la mungkin semasa saya dalam tempoh berpantang kurang penjagaan dari segi makanan. Makan bihun goreng dengan durian selamba jek.

Perut selalu rasa sebu. Pencernaan tak bagus.Nak kentut pun susah. Semua tu tanda perut/badan ada “angin”.

Apa yang saya buat ketika perut berangin tu ? saya cuma gunakan serai dan air panas melegak untuk buat Teh Serai. Hancurkan  batang serai kasi keluar semua isi di dalam nya. Masukkan ke dalam air panas melegak dan boleh minum perlahan-lahan. Kalau rajin boleh rebus juga.

khasiat serai Read More