ubat kurap

Pabila di jangkiti kurap petua mengubati dan elakkan di jangkiti.

Baru lagi laila di jangkiti kurap.Susah nak hilangkan 100% kalau ada petua tu sila lah kongsi di dalam komen di bawah. Rasanya dah 5 bulan gitu la laila asyik gatal di bahagian paha dan kawasan berdekatan tu. Selepas habis 2-3 tiub ubat yang di beli dari farmasi kurap tu hilang. Lama sikit laila mengadu lagi gatal-gatal di kawasan yang sama. Pergi lagi ke farmasi. Jenuh juga la nak berubat kurap ni.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

ubat kurap

Cara nak kenal penyakit kurap ni mudah je. Kulit seakan kasar dan di kelilingi dengan bintik-bintik merah bewarna jambu muda. Gatal sangat lagi-lagi kawasan terjangkit kurap tu berpeluh dan waktu malam. Agak susah nak tidur melayan anak di jangkiti kurap. Kejap-kejap dia minta di mandikan. Selepas di sabunkan dengan sabun berubat gatal tu hilang sekejap. Kemudian muncul semula apabila badan berpeluh.

Kurap ni mudah berjangkit. Tetapi tak tahu pula laila jangkit kurap ni dari mana. Boleh jadi dari haiwan (kucing). Sebab biasa laila ni suka sangat main-main dengan kucing2 jalanan tu.

Kalau lah takut di jangkitit kurap , baju tu kena basuh secara berasingan lah. Kalau tidak memang boleh berjangkit ke anak-anak lain pula.

Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Petua mak saya untuk ubati kurap.

  • Gunakan bawang putih yang telah di bakar sehingga lembik dan sapukan kepada kurap.( Saya dah cuba tetapi kurang serasi gamaknya)
  • Gunakan gamat kerana gamat terkenal untuk membunuh fungus.

Cara mengelak di jangkiti kurap. 

  • Ini biasa .. bukan kurap sahaja , lain-lain penyakit kulit pun kita di saran kan buat pekara ni.
  • Elakkan betukar pakaian.
  • Elakkan membasuh pakaian bercampur dengan penderita kurap.
  • Mandi bersih.
  • Sekali terkena akan kena berkali-kali. Apabila ternampak seakan-akan kurap nak muncul , sila cepat-cepat cari ubat sapu.

Orang kata , kalau kita ada penyakit kulit. Kita mandi laut penyakit tu akan hilang.. mitos semata-mata hehee .. Tetapi kalau cepat sapu ubat kurap tu hilang .. tetapi secepat kurap tu hilang cepat juga kurap datang menyinggah lagi. Tak tau cara nak hilangkan betul-betul. Tetapi kalau ada sikit kita tak ubat , kurap boleh merebak ke seluruh badan.

Ada petua kongsi laaaa ~

tips bela anak kucing

Smart Kucing

Kenapa ? ingatkan ada “smartphone ” je ke ? sekarang ni tak boleh tinggal rumah lama-lama sebab ada “smart kucing” ni kat rumah . Umur anak kucing ni dah masuk 18 hari , masih belum makan dan membuang lagi . Baru kencing sikit tapi tak hancing sangat la.

Rupanya ramai yang tak tahu anak kucing tak membuang hehe .. cuma monitor je bila anak kucing ni semua nak membuang , sangkar belum cari lagi .. haishh ..

tips bela anak kucing

Ada seekor kucing warna putih tu dah ada mummy angkat .. selalu tanya khabar sihat ke tidak … mummy azie wan jangan risau setakat ni sihat walafiat je dia .. dah semakin licah pun.

Nama di beri tapi tak melekat semua berubah2 ikut suka tuan , tuan , tuan , tuan , tuan kucing nak panggil .

5 tuan sebab semua berebut nak sorang sekor ..

Nota : Update live .. malas buka laptop nak gerak ke rumah kakak .. untuk maklumat penduduk kawasan ampang dan sewaktu dengan nya ” Tiada air di bekalkan buat masa sekarang ” huu ~

bonus asb 2012/2013

Bonus ASB disember 2012 – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Pengumuman bonus ASB telah di umumkan pada 21 Disember 2012 kelmarin. Mungkin dah ramai yang tahu dan masih lagi tercari-cari maklumat nya kan ? . Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir iaitu pada 31 Disember 2012 ini.

bonus asb 2012/2013

Penagguhan urusniaga bagi pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2012.

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

  • 18 DISEMBER 2012 hingga 1 JANUARI 2013

SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)

  • 26 DISEMBER 2012 hingga 1 JANUARI 2013

Pencarum ASB / ASN boleh mula meyemak status caruman / bonus masing-masing mulai 2 JANUARI 2013 nanti.

Petikan Berita ASB

ASB UMUM AGIHAN PENDAPATAN LEBIH KOMPETITIF
21 Disember 2012

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2011 : 7.65 sen seunit).

Malah, kadar ini adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun, sepanjang 2008 sehingga 2012 (2008 : 7.00 sen seunit; 2009 : 7.30 sen seunit dan 2010 : 7.50 sen seunit).

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 17.5% berbanding dengan RM6.92 bilion yang dibayar pada tahun 2011.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM712.21 juta oleh PNB (2011 : RM600.4 juta).

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.82 juta pemegang unit yang melanggan 110.2 bilion unit ASB.

Sehingga 19 Disember 2012, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. Pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.80 bilion atau 56.21% daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak RM2.68 bilion atau 31.38% dan selebihnya, iaitu RM1.06 bilion atau 12.41% adalah daripada lain-lain pendapatan.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2012. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2003 sehingga 2012.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit. Para pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2013.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan pada 18 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2013 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 6 bulan ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa yang sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.  – sumber 

Suka ? meh open table .. he he he ..  khas buat senoipraaq 

persiapan membeli buku sekolah

Senarai blog paling aktif 2012

Senarai blog paling aktif dan hebat beraksi 2012 di blog Life In-Between Mom. 2012 semakin meninggalkan kita. 2013 akan menjelma. Sudahkah kita bersedia menyambut tahun 2013 ? ada azam tertunggak ? azam tegendala ? atau azam berjaya di tunaikan ?

Penghujung 2012 saya menerima pelbagai berita baik dan buruk. Semua nya mematangkan saya di dalam melayari hidup di muka bumi Allah ni. Korang bagaimana ?

persiapan membeli buku sekolah

Tiada hadiah mahupun insentif yang dapat saya hulurkan. Hanya terima kasih dapat di ucapkan buat anda yang terus menerus memberi sokongan melalui pelbagai cara. Tanpa pembaca setia , blog puanbee.com tidak akan lengkap.

Top 10 – Tukang komen Aktif 2012 ialah :

  1. Akubiomed ( 549 )
  2. Ummiehanie.com ( 494 )
  3. Denaihati.com ( 452 )
  4. Pondokkecil.com ( 422 )
  5. Earncent.com ( 302 )
  6. Puankutu.blogspot.com ( 276 )
  7. Jebengotai.com ( 265 )
  8. dzuandiey.com (241 )
  9. bardboo.com ( 224 )
  10. Wanwidget.com (224 )

Top 18 – Refferal Aktif 2012 ialah :

  1. yanmieonline.com
  2. denaihati.com
  3. ariffshah.com
  4. melayukini.net
  5. lizarazak.com
  6. kujie2.com
  7. rafinamimi.com
  8. esempoi.com
  9. ardinihumaira.com
  10. melvister.com
  11. ziefauzi.com
  12. syaisya.com
  13. salamborneo.blogspot.com
  14. cthoney.blogspot.com
  15. kongsibersamanora.blogspot.com
  16. bardboo.com
  17. akubiomed.com
  18. syamilamohd.com

Istimewa – Laman ping aktif memberi traffic untuk blog puanbee ialah : 

  • Apesal.com

     

 

Terima kasih daun keladi,

Tahun depan jumpa lagi.

Jika kelapangan .. tolong klik butang 1+ disini  ( sambil kelip2 mata macam muka meaww!! )

kejadian 21-12-12

Kejadian 21-12-12 – Tahniah!

Inilah kejadian 21-12-12. Dek kerana tarikh ini blog saya menerima perubahan mendadak. Kecoh sementara walaupun sebenarnya kisah 21-12-12 telah lama saya tulis. Tahun 2011 dulu. Tak sangka orang akan membangkitkan kisah itu sekarang.

Mari tengok wajah tenang di kecil mulus ini. Geram nya tengok baby .. Tahniah di ucapkan buat Yanmieonline.com di atas kelahiran anak ke – 3 ini . Akhir nya keluar juga baby ya ..

kejadian 21-12-12

Status fb ibunya :  ” Memperkenalkan Muhammad Irfan, lahir sesudah azan subuh tadi, hari jumaat 21.12.12, Alhamdulillah ^__^ “

  1. 5 Komen Tentang Hari Kiamat Yang Patut Saya Berkongsi Di Sini.
  2. 21/12/2012 – Hari kiamat ?
top blogger alexa

Top blogger di Alexa.com 2012 (kategori peribadi )

Dah lama sangat tak nampak mana-mana blogger membuat senarai Top blogger di Alexa.com ini , dulu rajin la buat senarai ni di keluarkan setiap bulan oleh blogger INI . Perbezaan paling ketara yang saya nampak , dulu ranking alexa.com ini di monopoli oleh blogger / penulis blog amatur.

Sekarang ni kemain banyak website perbankan , website kerajaan , blog/web artis , blog/web politik , web/blog surat khabar , web/blog peniagaan dan tidak ketinggalan blog/web lucah pun dah tersenarai di alexa.com untuk negara Malaysia .. dulu takde la ..  Apa yang dapat saya rumuskan ranking Alexa.com kini semakin di ambil kira dan di beri perhatian , berbanding dahulu.

top blogger alexa

Di bawah adalah ranking blog peribadi terkini yang tesenarai di dalam carta Alexa.com. Sebanyak 500 blog/website yang tesenarai .. hanya blog di bawah sahaja yang ada ? kemana blog yang tersenarai suatu ketika dulu ? Saya sendiri pun nyaris je tidak tersenarai 🙂

  1. Denaihati.com : 20,720 Global Rank / 111 Rank in MY
  2. Benashaari.com : 67,290 Global Rank / 380 Rank in MY
  3. Ciktom.com : 89,696 Global Rank / 388 Rank in MY
  4. eyriqazz.com : 78,293 Global Rank / 465 Rank in MY
  5. akubiomed  : 82,952 Global Rank / 472 Rank in MY
  6. Kujie2.com : 75,785 Global Rank / 474 Rank in MY
  7. Broframestone.com : 75,482 Global Rank / 487 Rank in MY
  8. Puanbee.com   : 67,101 Global Rank / 488 Rank in MY

Pada tarikh 04/07/2011 saya pernah buat satu entri Top Blog Melayu Mengikut Carta Alexa – Top Alexa Malaysia . Disini boleh tengok senarai blog sehingga 40 blog tersenarai. Tetapi di dalam ini kategori blog tidak di asingkan.

Pada tarikh 23/07/2012 saya buat lagi senarai

TOP 12 Ranking Blog Malaysia 2012 ( Mengikut Alexa) . Di sini boleh tengok ada blog yang tidak tersenarai di atas masih ada di dalam carta . Hanya dalam masa kurang dari 6 bulan je carta ini telah berubah.

Ranking website/blog yang memang ada nama  besar-besar tak perlu lah tesenarai disini.

Berkenaan Alexa ni ramai yang beri pendapat masing-masing , ada yang cakap tak kisah , ada yang kisah dan ada juga yang masih ingin melihat prestasi blog masing-masing kan ? Bagi saya ..saya suka 🙂 sebab pernah 2-3 pengiklan mengaku mencari saya setelah membaca entri blogger tentang top blogger di Alexa.com untuk beriklan. Bermakna ada kepercayaan dari pengiklan jika kita tersenarai itu je ..

Tapi tak kisah lah benda ni …

Suka2 je ..jangan sampai stress pulak  .. rezeki Allah yang bagi ..

Jika saya ada terlepas pandang mana2 blog sila tinggal kan komen di bawah yek .. Terima kasih ..

ALEXA

  1. CARA MASUKKAN TAG ALEXA DALAM BLOG
  2. CARA DAFTAR ALEXA
  3. APA ITU ALEXA RANKING
Drama hanya padamu (sinopsis) dalam slot zehra tv3

Drama hanya padamu (sinopsis) dalam slot zehra tv3

Drama hanya padamu (sinopsis) dalam slot zehra tv3Drama hanya padamu merupakan drama terbaru yang akan di paparkan di tv3 bagi menggantikan drama runtun kalbu bermula pada 28 disember ini.

Cinta hadir tanpa di duga ” itulah jalan penceritaan untuk drama ini.

Drama hanya padamu menjanjikan pelakon  hebat di antaranya  Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, dan Nazeera Sardi.

Drama hanya padamu berkonsepkan islamik dan mempunyai 13 episod. Drama ini menjanjikan bukan sahaja menghiburkan malahan mempuanyai mesej-mesej menarik sepanjang drama ini berlangsung.

Sinopsis Hanya Padamu 

Drama yang mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Adawiyah (Nazeera Sardi) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku, bakal menambat hati penonton dengan pelbagai babak menarik yang diselitkan menerusi drama tersebut.

Arman watak di lakonkan oleh Beto Kusyairi merupakan seorang lelaki yang memiliki konflik dalaman kerana cabaran hidupnya begitu hebat sehingga dia marah dengan ketentuan dan takdir.

Semuanya berubah setelah Arman mengenali seorang gadis bernama Adawiyah. Manakala Zahiril Adzim memainkan  watak sebagai Bukhari yang merupakan abang saudara kepada Adawiyah .

Bukhari adalah seorang lelaki yang tersepit di antara ibu yang sering membuli dan mendera Adawiyah dan dalam masa yang sama, dia cuba membela nasib adik saudaranya itu.

Walaupun dia tidak bersetuju dengan tindakan ibunya, dia bagaimanapun tetap menghormati ibunya dan mahu menjadi seorang anak yang baik. Namun dalam diam, dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Adawiyah dan dari situlah segala konflik bermula .

Jangan lupa saksikan Drama Hanya Padamu slot Zehra bermula 28 Disember ini.

SEMAK KWSP DI UTC KUALA LUMPUR

Aku dan UTC Kuala Lumpur (Puduraya)

Dulu puduraya lepas tu Pudu Sentral , kini UTC. Puduraya dah tukar nama dan wajah. Pernah tak sampai ke UTC ni ? saya baru pergi dua kali , hantar mak naik bas dari Kuala Lumpur ke Perak. Masuk je pintu UTC / Puduraya ni memang terasa terpegun dan bangga seketika. Wajah UTC tak serupa terminal bas pun. Nampak sangat selesa dan menarik. Selain dari tu banyak lagi kemudahan yang di sediakan oleh pihak kerajaan.

SEMAK KWSP DI UTC KUALA LUMPUR

Kenangan saya dengan puduraya dulu … saya biasa la naik bas di puduraya , sebelum ada kereta dan anak-anak bertambah .. mesti bau asap dan minyak tau .. tempat menunggu tu penuh bau asap rokok. Panas dan terlalu ramai orang .. tapi kali ni dah macam ada di lapangan kapal terbang pun ye. Kadang-kadang kerusi menunggu tu penuh , penyeluk saku berleluasa .. ye lah tempat ramai orang sesak dan agak kelam kabut,  itu dulu laaa …

Kelmarin selepas hantar emak naik bas. Saya bejalan-jalan di dalam UTC .. Saya hendak buat semakkan KWSP di kiosk yang di sediakan di UTC. Masukkan ic tetapi cip kad pengenalan rosak. Jadi saya tak dapat la nak tengok baki KWSP saya ..dah lama tak bekerja pun .. saja je nak tengok .. Suami tengok saya pun juga .. hehehee … boleh lah di terima pabila cip Mykad tu rosak , dah hampir 9 tahun saya guna ic tu.

Mykad baru  / ic baru / kad pengenalan baru

Lepas tu begerak ke depan sikit , ada pejabat urusan pendaftaran peniagaan lepas tu ada jabatan pendaftaran negara . Suami terus cakap ..tu .. pergi buat ic baru .. saya masuk dan buat ic baru ..bayaran cuma RM10 dan boleh siap dalam masa satu hari. Jam menunjukkan 8.15 pm. Boleh buat ic dalam masa satu hari dan waktu malam. Bagus kan ? Esoknya saya minta suami tolong ambil kan MyKad baru saya di UTC .. amboi senang nya hidup. 🙂

Teringin nak tengok pusat aktiviti belia nya pula , di khabarkan ada aktiviti wall climbing dan studio  aerobik  .. tetapi cuma satu je .. jalan untuk ke UTC ni sesak tak hengat punya. Jam berapa pun mesti sesak la .. masa tak sesak adalah semasa hari perayaan dan cuti panjang jek.. Lain pada tu jalan raya di kawasan itu tak pernah sunyi. Kalau saja-saja nak pergi memang tak la …

Info mengenai UTC :

  • UTC Kuala Lumpur mula di lancarkan pada 22 september 2012.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bangunan Pudu Sentral yang dulunya Hentian Puduraya akan dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL).
  • Menerusi pengenalan UTC KL itu, warga kota kini boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat , cukai , urusan MyKad, pasport dan beriadah sama ada wall climbing, senaman aerobik mahu pun futsal.
  • Perdana Menteri turut melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang pertama di negara ini iaitu terletak di tingkat satu bangunan tersebut.
  • Ia merupakan UTC kedua selepas UTC pertama diwujudkan di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Anak kucing untuk di bela

Anak kucing nak cari mak & ayah baru

Anak kucing terbiar sebenarnya. Kucing mana entah la datang rumah selepas saya balik dari melancong dalam negeri kelmarin. Kita pergi melancong , ada pula makhluk Allah melancung ke dalan rumah kita .. 😛  Berapa kali letak dia di luar , tau-tau ada dalam rumah semula. Asal buka pintu je kucing tu cepat-cepat meloloskan diri untuk masuk ke rumah. Kira cam penat la duk bergaduh dengan kucing tu .. last sekali letak ibu kucing tu kat luar jam 1 pagi .. dah penat .. saya pun tidur .. rupanya ada lagi ibu kucing tu .. Ibu kucing tu masuk ikut tingkap bilik aliya yang berlubang atas sekali untuk pengudaraan. Cerdik betul ..

Anak kucing untuk di bela
5 Ekor anak kucing  .. 2 jantan 3 betina ..muka bulat2 comel .. Lahir pada 10 / 12 /2012 sekarang ni baru 8 hari la umurnya

Esok pagi nya , aliya menjerit macam orang kena apa-apa , terkejut la juga .. duk ibu .. ibu .. pagi-pagi buta apahal kan .. Sekali dia cakap .. banyak nya anak kucing ibu .. pastu keluar pulak ibu kucing tu dengan muka tak besalah dari bawah katil. Rupanya kucing tu dah beranak di bawah katil aliya. Patut la dia tak nak keluar rupanya ibu kucing tersebut mencari tempat selamat untuk beranak. Berdarah-darah atas lantai , nasib la dia tak beranak atas baju – baju yang elok lagi tapi di simpan bawah katil tu .. kalau tak habis berbau ..

Lepas cuci kan darah kucing tu , kita orang nak keluar rumah .. sekali lagi pindahkan anak-anak kucing dan ibunya keluar rumah. Saya bukan apa ..risau dia beyak kencing dalam rumah tak lalu woii ..rumah atas kayangan faham je la ..

Bila dah letak luar , kunci pintu semua kucing tu merayu .. mengiau kuat sungguh ulang alik dari anak dia ke pintu rumah , lepas tu kejar saya .. pegi ke anak dia , lari pulak ke pintu rumah ..

Saya pun tak sampai hati , angkat balik letak dalam rumah .. kesian tau .. Si ayah budak2 ni marahkan saya . “Ada ke kucing dalam pantang nak buang-buang ” .. erk ?!

mak angkat kucing di cari Ai malu tau .. tengok bulu ibu kucing ni kembang di jugak ..

Saya cadang nak jaga sampai anak kucing tu cerdik sikit lepas tu nak bagi orang je bela .. memang tak boleh bela .. 5 ekor tu .. rumah kecik atas kayangan nanti bebau dan saya pun tak ada masa nak duduk rumah jaga anak-anak kucing tu . Esok ni sekolah di buka dah sibuk jadi driver ke sana ke sini.

Lagipun saya tak pandai la bela kucing , ayah nya dan aliya jek suka sangat dengan kucing ni. Saya kesian tapi tak sampai tahap nak tidur dan bela kucing .. siyes ..

Kalau lepas keluar takut orang buat apa-apa tak elok pulak kat kucing-kucing ni .. di lema betul la .. Dulu pernah jumpa kucing , selamat dah bawak balik kampung bagi kat orang .. kalau bawak balik ke kampung lagi mak marah pulak nanti , banyak kali sangat bawak balik bagi mak hehe .. mak duk merungut tak larat nak bagi makan dah .  Ingat lagi 30/01/2011  ada juga selamatkan anak kucing – Ini cerita dia ..  —  >  

Tak cukup anak 3 , Nak tambah lagi..

Siapa nak ? email saya tie2kay@gmail.com lokasi ampang KL ..

P/s : Ayah bebudak ni cukup la marah kalau ambik gambar kucing , dia cakap kucing tu akan cepat mati .. betul ke ?

MF230 REVIEW

Aku dan MF230 (P1 4G MiFi Modem)

MF230 (P1 4G MiFi Modem) kini telah selamat bertukar tangan di antara pekerja pejabat P1 dengan puanbee. Lantas MF230 ini saya bawa pulang untuk di review , walaupun sebenarnya saya tak wajib untuk review produk MF230 ini dek kerana ada kesilapan logistik sikit.

Sepatutnya saya review MX230 produk baru dari P1. Tetapi tidak mengapa .. peluang tak datang selalu .. ada peluang untuk cuba kita belasah je la .. Lepas tu haruslah saya kongsi disini sikit-sikit .. takde lah nak review secara gempak sangat.

Dan sepatutnya saya harus bawa MF230 ni bejalan-jalan baru sesuai kan , tetapi ye lah baru 3 hari ada di tangan ni .. sabar je la dulu yek .. nanti dah cuba merata-merata tempat saya kongsi lagi.

MF230 REVIEW

Di dalam kotak MF230 ada barang-barang di atas .. Modem , Wayar USB dan buku kecil tutorial nak guna modem MF230

Saiz MF230 ni cinonet sangat .. cinonet maksudnya kecil 🙂

harga MF230

Sebelum buka plastik .. tangan saya lagi besar dari MF230 …

  1. Saiz : 50mm (lebar ) x 96mm (panjang ) x 15mm (ketebalan ) = 72cm³
  2. Berat : 62 gram .. tak timbang la … baca di website P1 .. tapi ringgan jek tak terasa pun kalau nak usung pi mai .. pi mai ..
  3. Wifi : Boleh pakai sehingga 5 device
  4. Bateri  : boleh bertahan sehingga 4 jam .. saya dah cuba … sampai 5 jam.
  5. Cas : 4 jam baru penuh betul.

ketebalan MF230

Tempat cucuk wayar sambungan untuk cas bateri ..cas  guna USB ..

mf230 review

Nipis jek kan ? boleh bayangkan Hp nokia kecik tu .. lebih kurang je nipis dan saiznya…

MF230 review

Password , No SSID  dan lain-lain ada di belakang nya .. boleh tukar password di website P1 ..

cas MF230

Macam ni gaya nak cas bateri nya ye ..

review MF230Tengok dalam gambar ada 3 lampu .. mulakan butang hujung sebelah kiri adalah WIMAX LED .. ianya adalah butang signal .. jika

  1. Hijau : Line bagus
  2. Oren : Line baik
  3. Merah : Line Lemah
  4. Review line MF230 :
  • Di kawasan rumah saya di Ampang  , butang bewarna merah ..boleh lagi la nak online facebook , main game farm ville2 , buka blog , update blog , upload gambar dan lain-lain .. setakat ni laju lagi la .. cuma bila laptop dah buka banyak tab dan ada 2 device pakai serentak , line terputus-putus sekejap .. Lepas tu hujan je line hilang sekejap .. sekejap jek .. lepas tu ok semula.
  • Belum cuba di kawasan lain lagi.
  • Saya seorang pengguna internet tegar .. jadi nak tengok juga kemampuan P1 MF230 ni. Kalau lah dalam masa 3 minggu ni kuota 6gb yang di beri tidak habis di gunakan boleh lah  subcribe. Saya memang mencari pakej broadband / internet terbaik untuk iPhone dan laptop saya untuk di gunakan di luar kawasan rumah ni. Tetapi MF230 bukan broadband , ianya adalah wiFi begerak gitu .
  • Lagi bagus kalau P1 bagi saya guna selama-lamanya  🙂

Butang di tengah di dalam gambar di atas adalag WiFi LED 

  1. Hijau/statik : WiFi telah di pasang.
  2. Hijau / berkelip : Data sedang di gunakan (Data is transmitting) tak tau nak terjemah macam mana.
  3. Hijau/Off : WiFi :tidak di gunakan.

Butang Kuasa untuk buka dan tutup modem ada di sebelah sisi .. lupa nak ambil gambar .. pheww~

Butang ke tiga itu adalah butang untuk bateri . Nampak gambar macam bateri kan ? 

  • Butang merah ketika modem di buka : bateri sedang di cas
  • Butang merah bekelip : Bateri rendah
  • Butang Biru statik : Kapasiti bateri  > 25%
  • Butang biru bekelip : Kapasiti bateri < 25%

Harga : RM69 Sahaja .. ada tawaran menarik lagi , kalau korang terasa nak melanggan Plan P1’s ToGo™  sila terjah ke website P1 ..

http://www.p1.com.my/mifi/